Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Tuesday, March 20, 2012 11 comments

Kemalangan maut cyclist Le Tua - Pandangan Peribadi saya

Pertamanya, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rafizi Hamdan, 37 tahun. Semoga tabah dalam menerima pemergian Allahyarham.

Sesungguhnya ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah dan tidak akan dicabut nyawa dari badan sesaat awal mahupun sesaat lambat. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sakaratul maut itu kerana kita tidak tahu bila saatnya. Yang pasti selangkah kita bergerak, selangkah juga kita mendekati maut.

Saya tidak mahu komen berkenaan peristiwa yang sudah berlaku cuma saya ingin melihat kehadapan persediaan kita dalam aktiviti berbasikal kita yang mendatang. Saya ingin lihat dari persediaan peribadi kita setiap kali turun ke gelandangan, jalan raya mahu pun bukit bukau atau sawah bendang. 

  • Mulakan niat untuk berkayuhan dengan niat riadah - suatu ibadah
  • Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan - yang pastinya menutup aurat
  • Bacalah bismilah dan doa sebelum keluar rumah - disertakan surah al-fatihah, ayat kursi dan lain-lain
  • Mulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan - Rasulullah dah ajar...
  • Berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar perjalanan kita sentiasa dilindungi dan dihindari sebarang musibah
  • Iringi setiap kayuhan dengan ucapan membesarkan Allah - tahlil, tasbih, tahmid atau takbir
  • Mengucap syukur (Alhamdulillah) setiap kali sampai ke check point dan tamat kayuhan
  • Segerakan yang wajib (solat fardhu) setiap kali masuk waktunya - takut tak sempat
  • Mengucap salam dan senyum kepada pengayuh atau orang-orang yang kita jumpa sepanjang perjalanan
  • Sentiasa bersabar dalam meniti dugaan-dugaan yang mendatang sepanjang aktiviti
  • Jaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang air merata-rata tempat
Wallahu a'lam. Semoga kita sentiasa dapat manfaat dalam aktiviti duniawi kita dalam menuju alam akhirat. InsyaAllah.
Monday, March 19, 2012 1 comments

Aktiviti: Putrajaya Critical Mass (30 Mac 2012)


Dipetik dari Page@FaceBook - Putrajaya Masters Cycling Association

Tarikh: 30 Mac 2012
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Perkarangan Mahkamah Putrajaya
Maklumat lanjut: (Klik sini)
2 comments

GTRiders meredah Taman Cabaran, Putrajaya (PCP)

Gambar courtesy of Hashni Salleh - Captured by Canon EOS 5D











PCP, 17hb Mac 2012. Empat orang anggota GTRiders telah membelah keheningan pagi Sabtu itu bersama jentera mekanikal mereka. Kali ni akoo tak join sebab akoo dah set aktiviti keluarga. Cuma pagi tu akoo cuba gak berkayuh ke Presint Diplomatik tapi terlambat sampai. Diorang dah habis sarapan. 

Yang istimewanya aktiviti kali ini, tiga orang dari empat orang yang datang hari ini adalah first timer kepada off road dan yang paling menarik Hashni, selaku cameraman tak pernah pun join aktiviti kayuhan dengan GTRiders sebelum ini. Masuk ke PCP kali ini pun dengan basikal Kahlid. Kahlid beri pinjam sebab dia injured dalam aktiviti Sungai Lalang minggu lepas.

So kalau ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat jurugambar bolehlah tinggalkan komen di sini. Hashni sedang setup package yang sesuai. 
2 comments

GTRiders was born

GTRiders = Geng Top Riders

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan 

Sekadar gambar hiasan 

Setelah mendapat persetujuan dari ahli-ahli gabungan pengayuh bersatu Meditop Corporation, nama Geng Top Riders atau disingkat menjadi GTRiders telah dipilih untuk mewakili kumpulan kitorang. Jangan disalah erti sebagai GT Riders yang lain seperti perkumpulan penunggang Modenas GT128, penunggang GT BMW atau pengayuh basikal jenama GT. Kami ada sorang je yang pakai basikal GT.
Sunday, March 18, 2012 0 comments

Know your bike...

Credit to USJ Green Riders

Saturday, March 17, 2012 8 comments

New lineup - Foldie XDS (7 Speed)

Bau kedai lagi ni...

Kak Marina akhirnya berjaya mendapatkan sebuah basikal lipat - hadiah dari suami tersayang. Kak Marina cakap nak Dahon punya. Tapi XDS ni pun cukup bagus dah ni. Komen dari suami - Dahon tunggu jadi pro dulu.

Nanti hujung minggu boleh layang geng basikal lipat pusing Putrajaya - Putrajaya Urban Riders
1 comments

Kayuh Sihat / Santai 31 Mac 2012 - Route yg disahkan oleh PDRM

Map yang telah dipermudahkan oleh Saudara Fahmir Zamri

Setelah mendapat kebenaran dan pengesahan Polis DiRaja Malaysia, Kajang - route untuk event Kayuh Sihat / Santai - 31 Mac 2012 adalah seperti yang termaktub di atas. Ada sedikit sahaja perubahan pada jalan iaitu laluan di hadapan CCM dialihkan ke jalan di hadapan Onkyo.
Wednesday, March 14, 2012 2 comments

Test Run - Route Kayuh Santai Di Bangi

TEST RUN JE...

Sempena Kayuhan Santai pada 31/3/2012 nanti, pihak urusetia event akan mengnjurkan satu sesi test run untuk mengenal-pasti segala hazard dan risiko yang ada pada sepanjang route 25km tersebut. Kami juga menjemput kepada semua yang berminat untuk turut serta. Details adalah seperti di bawah:

Subject: Kayuhan Test Run - Santai Di Bangi
Tarikh: 18 Mac 2012 (Ahad)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Masa gerak: 8.00 pagi
Tempat kumpul: Meditop Plant 2, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (Dekat Masjid Hijau)
Jarak: 25km (2 check point - makanan dan minuman sendirian berhad)
Jenis basikal: Terbuka 
Route:

Sekiranya berminat menyertai kami pada Ahad ini, sila hubungi saya, Joe Radzif di talian o|3-3o3-namnam-patpat.
0 comments

Siri Ahaksz...

Credit to - USJ Green Riders

Tuesday, March 13, 2012 1 comments

Ugo balik kampung...

Oleh kerana barang skit. Ugo kali ni dapat peluang nak ikut

Adam pun nak ikut jugak....

Dia siap gi amik mainan Thomas dia

Tanah lot ni dulu gondol. Skarang dah penuh rumput macam padang ragut plak

Bukit kat atas tu tempat akoo main lompat-lompat pakai motor Honda Cup arwah atuk 

Tanah - takde hal...

Lereng bukit ni dulu ada penyengat hitam. Takut nak lalu kat sini 

Tempat yang sama

Jom masuk hutan

Kebun getah tu jalan nak gi tanah kebun

Vertical 

Sisi lain

Macho...

Kat bawah tu dulu sawah tempat 'mengoca' ikan dengan tangguk dan tapis sayur

Ala semak sikit je

Country side

Nombor ni lepas ni dah buleh buang

Air terjun....

Masjid Jamek Johol

Balai Polis. 

 
;