Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Bangi. Show all posts
Showing posts with label Bangi. Show all posts
Tuesday, April 10, 2012 0 comments

Kayuhan Sihat dan Santai terbit di Mingguan Malaysia

MD Meditop - Hisashi Morikawa melepaskan peserta Kayuhan Sihat / Santai.
Kapten GTRiders - Yusri mendahului lain-lain peserta

Kayuhan Sihat dan Santai sempena World Earth Hour pada 31 Mac 2012 telah berlangsung dengan jayanya walaupun hujan renyai-renyai telah membuatkan laluan telah disingkat menjadi 18km dari 25km yang dicadangkan. Bantuan polis trafik cawangan Kajang juga telah banyak membantu kelancaran lalu-lintas sepanjang perjalanan.

Kayuhan anjuran Meditop Corporation (M) Sdn Bhd ini adalah acara sampingan dari Majlis Gotong-Royong yang dianjurkan bersama dengan Bangi Industrial Area Association (BIAA) telah berjaya mengumpulkan kira-kira 130 orang peserta dari kilang-kilang sekitar Bandar Baru Bangi dan sekitarnya.

Acara telah dilepaskan oleh Pangarah Urusan Meditop Corporation - Hisashi Morikawa kira-kira jam 8.15 pagi di Meditop Plant 2 dan checkpoint adalah di Meditop Plant 1. Acara kayuhan tamat kira-kira jam 10.00 pagi dan disambung dengan acara cabutan bertuah.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang cabutan bertuah. Kami juga meminta maaf atas segala kekurangan yang terbit dari acara ini dan juga rasa tidak puas peserta di atas perjalanan yang agak pendek disebabkan hujan renyai-renyai sejak pagi.
Wednesday, March 14, 2012 2 comments

Test Run - Route Kayuh Santai Di Bangi

TEST RUN JE...

Sempena Kayuhan Santai pada 31/3/2012 nanti, pihak urusetia event akan mengnjurkan satu sesi test run untuk mengenal-pasti segala hazard dan risiko yang ada pada sepanjang route 25km tersebut. Kami juga menjemput kepada semua yang berminat untuk turut serta. Details adalah seperti di bawah:

Subject: Kayuhan Test Run - Santai Di Bangi
Tarikh: 18 Mac 2012 (Ahad)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Masa gerak: 8.00 pagi
Tempat kumpul: Meditop Plant 2, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (Dekat Masjid Hijau)
Jarak: 25km (2 check point - makanan dan minuman sendirian berhad)
Jenis basikal: Terbuka 
Route:

Sekiranya berminat menyertai kami pada Ahad ini, sila hubungi saya, Joe Radzif di talian o|3-3o3-namnam-patpat.
 
;