Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Mr. Adib. Show all posts
Showing posts with label Mr. Adib. Show all posts
Tuesday, February 28, 2012 5 comments

PIPR14 - Pandangan peribadi saya

Mereka kata:
1. Ada baju
2. Nak pecah rekod
3. Ada cabutan bertuah
4. Helmet wajib

Hakikatnya:
1. Baju abis sebab orang main ambik je
2. Daftar pun kelam kabut cemana nak dapat official count
3. Tak de pun
4. Budak fixie selamba je tak pakai...


Pendafaran:
1. Check nombor
2. Beratur kaunter ikut nombor dan ambil kupon
3. Bawa kupon dan ambil baju
4. Ambil nombor

Yang berlaku:
1. Dah check nombor
2. Beratur dan ambil kupon - Tapi kaunter 1500++ sampai event start pun tak abis beratur lagi
3. Tak check pun kupon masa ambil baju. Ada cerita ada brader pakai satu kupon tapi ambil sampai 5 baju
4. Pilih la nombor mana-mana pun. Ramai je yang tak amik nombor, tak amik kupon dan tak dapat baju.

Kalau akoo jadi official utk Malaysia Book Of Record - akoo tak kan iktiraf langsung rekod diorang ni.

Pengumuman:
- Sila jangan pakai baju tu kerana kita belum dapat pengiktirafan dari Book of Record
Tapi...
- Baju yang akoo dapat tu tak de pun tulis Malaysia Book of Record

Dia tulis Karnival WOW je...

Paling best - Page diorang kat FB dah tak dijumpai lagi...

Akoo bukan nak condemn diorang pada posting kali ini. Tapi nak menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari itu. Ramai peserta tidak berpuas hati berkenaan event tersebut. Secara peribadi, akoo mengatakan pihak pengurusan PIPR masih belum mampu untuk handle event yang besar sebegini. Namun begitu, ada banyak improvement yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kelancaran event di masa akan datang.

Pun begitu, tetap ada bagusnya terutamanya kawalan trafik oleh PDRM disepanjang persimpangan yang ada lintasan di antara peserta dan trafik awam. Namun untuk satu event yang besar pada bilangan peserta, PIPR haruslah juga mempunyai bilangan petugas yang besar untuk menguruskan event dari awal sampai ke akhirnya. Terdapat peserta yang tidak menghabiskan kayuhan dan balik ke rumah di pertengahan jalan. Dan ada juga tidak tahu route yang sebenar dan salah laluan.

Opportunity for improvement.
1. Registration dibuat awal sehari atau dua hari (Cadangan dari Pak Adib - Putrajaya Urban Riders)
2. Dapatkan bantuan petugas dari kelab-kelab basikal yang aktif dan sentiasa join PIPR
3. Tambah marshal dan sweeper.
4. Susun permulaan ikut kategori dan semua kategori akan diiringi marshal dan sweeper

Huraian:
- MTB dan RB dalam satu group, Folding, minibike dan fixie satu group
- MTB dan RB dilepaskan dahulu - then hanya berpecah pada laluan off road (kiranya ada)
- Foldies, minibike dan fixie dilepaskan kemudian mengikut laluan yang sama pada awalnya dan dihalakan ke laluan yang lebih pendek, kurang berbukit dan lebih santai. Ini kerana kategori ini lebih perlahan dan ada kalanya membawa anak kecil bersama

5. Safety first - budak fixie tak pakai helmet - suruh balik. sapa buat aksi berbahaya seperti wheelie - suruh balik
6. Bantuan kenderaan iringan 4 roda (4x4, kereta atau van) sangat penting.

Tu aje yang dapat akoo pikir untuk malam ni. Jika ada lagi cadangan yang bernas silalah komen di bawah. Kerana pendapat anda akan disalurkan melalui ahli jawatan kuasa PIPR yang sah.
Monday, February 27, 2012 1 comments

PIPR14 bersama Putrajaya Urban Riders

Geng Brompton 

Beratur macam nak rak. Tapi ramai tak dapat baju.

No akoo lain. Tapi no ni je la yang dapat

Adus... gambar tak ikut turutan. Ni dah abis ride dah nih

Masa ni berenti makan pisang yang akoo tapau...

Masa nih akoo baru lepas kena trick dengan geng-geng PUR

Kita minum dulu....

Crank ada 3...

Another Foldies

Tayar dia kecik je

Couple dengan anak naik foldie. Kuat kaki brader ni

Ni ada bantuan nyawa tambahan....

Geng power ni. FB siap ada disc brake. Tapi naik bukit akoo tapau aa...

They are not oldies. Just foldies

Seawal pukul 7.30 akoo kuar umah ride gi Presint 2. Tengok ramai gila orang beratur. Nasib baik akoo tanya kat Megat Zulkarnain. Cara daftar - check nombor, beratur ikut nombor, amik kupon, bawak kupon amik baju dan amik nombor letak kat basikal/baju. Hakikatnya - hampeh. 

Jumpa gak bebudak yang akoo pernah kenal dulu-dulu macam Bacak (ex-SAS), Marv (ex-UTM). Tapi puas akoo perhatikan geng PUR tapi tak jumpa. Rupanya diorang tunggu kat belakaaaang sana. Tunggu abis suma orang gerak, baru la diorang nak gerak. 

Macam biasa la. Akoo layan Pak Adib je. Bawa slow and easy. Tapi ada gak geng folding yang laju. Tapi last-last akoo gak yang terkena. Diorang siap pikul basikal naik tangga sedangkan akoo naik bukit tinggi gila. Tak terasa hati pun. Seronok dapat cabar bukit tinggi tu.

Cuma akoo rasa pengurusan PIPR tak mampu lagi nak handle event besar macam ni. Serabut, terabur dan ramai tak puas hati. 
Thursday, February 23, 2012 0 comments

Saya sudah ada follower....

Ia adalah Pak Adib...

Akhirnya, selepas sebulan berlayar di lautan cyber, blog My Cyclo-Turbo Bike menerima follower yang pertama - Pak Adib dengan blognya Putrajaya Urban Riders (klik sini). Selamat datang kepada Pak Adib dan keep enjoy reading as I enjoy riding with you.
0 comments

Pak Adib: The Night Rides is ON (Rabu)

Berenti tunggu Pak Adib n Munir

Mr. Tajuddin the McGyver

Strapping jangan sampai kasi gegar aaa....

Refuel at P.5

Brompton

Pak Dib and The B

Pak Dib: Macam saya tapi bukan saya. I'm slimmer...

U go then I go...

Last pic. Lepas refuel at Umai Cafe

Akoo sebenarnya letih banget lepas gi mengadiri majlis pengebumian Mak Ngah uMMi yang telah pulang ke Rahmatullah awal pagi Rabu tu. Tapi bila baca posting Pak Adib di FB PUR, akoo jadi berbelah bahagi. So sampai rumah masa maghrib tu, akoo check sisa tenaga masih ok dan membayangkan Night Ride malam ni hanya santai semata-mata, akoo pun memberikan ON.

Siapkan apa yang patut. Masuk waktu terus solat dan siap solat terus drive ke Umai Cafe. uMMi ngan Adam tak tido lagi walaupun masing-masing letih sangat. Akoo memang target nak sampai 9.05pm. Tapi lepas nih akoo rasa akoo akan ride dari rumah je ke sana. Tapi sampai kat sana lambat skit la.

Ride 6 orang je malam nih. Pak Dib, Munir, Tengku Nash & Wife, Mr. Tajuddin dan akoo. 4 lipat dan 2 road bike. FB terdiri dari 1 Brompton, 2 Dahon dan 1 Raleigh. RB plak Specialized dan Merida. Specialized seberat 8kg je. Akoo angkat pakai satu jari je. 

Track - Umai Cafe - Suruhanjaya Tenaga - masuk ke tempat drag - Simpang PICC - Pullman - pusing kat padang Ragbi - P.5 (refuel) - lalu kat tepi rumah akoo - masuk ke tempat drag - pusing kat Kementerian Sharizat Jalil - lalu Masjid Besi - Umai Cafe (minum). Mari mendengar cerita percutian ke Eropah oleh Pak Adib dan Tengku. Rasa macam akoo ada kat sana sambil layan TGV (keretapi Perancis tau, bukan panggung wayang)
Tuesday, February 21, 2012 0 comments

All Gears Are ON but.. The Rides Called OFF

Safety bib dan suar trek sudah ready

Selepas diterima masuk ke dalam group PUR di FB, akoo sangat bersemangat nak join riding diorang dan telah dijemput untuk aksi pertama pada malam ini (Selasa - 21/2 - Birthday Adam Danial). So akoo pun dah kelam kabut nak pakai apa yang sesuai untuk malam tu tambahan pula skang nih musim sejuk dan akoo pun dah mula semput sebab selalu ride malam dan mandi malam. 

Memandangkan track suit dah reput setelah dilanyak 10 tahun dan juga kasut futsal dah tercabut tapak sebab asik dibiar berpanas di dalam kereta, akoo amik keputusan untuk beli baru. Tapi tak jumpa kasut futsal yang menarik dan murah maka akoo antar repair aje siang tadi. Cantik lagi kasut tu. Banyak jasa dalam score gol.

Sayangnya, hari Selasa petang hujan lebat. Petang pun masih ada rintik-rintik. Semasa akoo di Pasar Malam Putrajaya, sempat akoo mesej diorang di FB. Then bila check balik dalam pukul 8.00, Mr. Adib announced yang rides called of due to pavements wet and slippery. Akoo cuba contact rakan-rakan lain kalau free. Abang Din ada di opis lagi. Saidin-san main badminton dengan budak opis. Ajoi pula nak rehat lepas letih main ragbi sentuh petang tu. So layan birthday boy je la di rumah suruh dia tido.

The gears
Bike - always ON
Helmet - ON - dah ready depan pintu 
Base layer - ON - baru basuh
Sweater - ON
Track suit - ON - semalam beli
Safety bib - ON - baru jumpa lepas selongkar stor
Kasut - ON - baru siap jahit keliling
Glove - ON - dalam kereta
uMMi - permit is ON
Adam - ON Tido dan hantarkan kepada 32199
Monday, February 20, 2012 2 comments

Akhirnya. Ada orang komen kat blog ni



Setelah hampir sebulan blog ni di'apung'kan di alam maya, akhirnya seorang pengunjung bertuah telah mencoretkan komennya di blog ini. Mr. Adib bukan calang-calang orangnya. Beliau adalah blogger untuk Putrajaya Urban Riders (klik sini) dan salah seorang admin groupnya di FB.

Terima kasih Mr. Adib atas komen dan jemputan anda untuk Night Ride pada Selasa malam ini. InsyaAllah saya akan cuba melapangkan masa untuk itu.

Nota Lantai:
Untuk mencatatkan komen, sila klik kepada kepala tajuk atau perkataan 'comment' di atas kepala tajuk
 
;