Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Night Ride. Show all posts
Showing posts with label Night Ride. Show all posts
Thursday, September 27, 2012 2 comments

Kayuh Malam - Training elakkan cramp masa UPM Fete

Punyalah lama tak berkayuh malam sejak bulan puasa dulu dengan geng BBS Cyclist (Team Siput). Kali ni setelah mendapat restu orang rumah tersayang dan juga setelah settlekan budak comel lagi manja kat rumah tu, akoo pun plan nak berkayuh. Asal nak kayuh petang tapi kayuh malam. So akoo ajak la Syabrie yang duduk satu blok dengan akoo tu. Mulanya dia macam tak ON. Tapi berjaya di-ON-kan juga. Dia pun layan UPM Fete tapi tak training. Cramp karang baru tau. 

Jambatan depan PICC

Oleh kerana crank akoo tetiba buat hal, kayuh kurang smooth jugak la. So akoo cadang nak pusing-pusing sekitar PICC-Jambatan-PICC je. Nak naik sampai atas PICC memang dah tak leh dah. Then Syabrie ajak pusing sampai ke Masjid Putra ikut jalan dataran. So ikutkan saja tapi memang kayuh dalam keadaan susah, slow dan melawan angin kuat jugak. So dapat juga la 17.3km dalam masa 56:55. Average speed dia 18.2km/h. Tracking pakai Sports Tracker.

Pit stop kat Masjid Putra
Friday, May 18, 2012 0 comments

Jemputan berkayuh - 18 Mei 2012 (Night Ride)

GTRiders dengan bangganya menjemput tuan-puan berkayuh bersama kami di Putrajaya


Tarikh: 18 Mei 2012
Kumpul: Presint 5, Putrajaya (Sebelah jambatan PICC)
Masa: 9.00-9.20 malam
Gerak: 9.30-11.00 malam
Jarak: 25km++
Corak kayuhan: Separa lasak separa santai
PIC: Joe Radzif (o|3-3o3 6644)

See you there....
Thursday, May 10, 2012 0 comments

Target 40km tapi cuma dapat 35km...

Memandangkan beberapa basikalis tegar tidak free malam ini (Selasa malam Rabu - 8 Mei 2012) so akoo berkayuh dengan Haji Ikram sahaja. Dia dalam sesi latihan untuk menghadapi Jamboree Kuala Langat hujung minggu ini. Akoo plak hari terakhir kayuh minggu ini sebelum pergi sesi latihan selama 4 hari untuk menambah ilmu di dada.

Kumpul di Presint 5 - Taman Empangan dan target adalah 40km non-stop. At least berhenti seminit untuk minum. Set Sportstracker dan My Track tapi gps tak berapa nak detect. So track adalah seperti gambar di bawah. Dengan My track dia detect top speed dalam 48km/h tapi dengan Sportstracker = 64km/h. Gilo laju!

Data di Sports Tracker: (Klik Sini)


View 08/05/2012 21:19 in a larger map
Monday, May 7, 2012 0 comments

26km - Khamis Malam Jumaat - 3 Mei 2012

Untuk menguatkan otot-otot kaki dan kekuatan mental, Yusri petik untuk kayuhan malam sejauh 40km malam tu. Akoo memang tak de la nak cecah 40km tu sebab Jumaat kerja. Kalau Jumaat malam Sabtu punya kayuhan memang akoo pulun je sampai 40km tu. Takut esoknya tak bangun pula nak gi kerja.

Seperti biasa akoo ajak juga kat Facebook dan Group GTRiders. So ada la beberapa kerat yang turun. Akoo, Yusri, Apis, Syabrie dan Nasrul. Pastu masa lepak kat Simpang PICC datang lagi sorang solo rider budak SVS naik road bike. So berenam la malam tu dengan 2 RB. Yusri nak naik PICC tapi Security Guard tak bagi masuk. Tah apa yang ada kat atas tu. Kenderaan Polis pun beberapa kali keluar masuk.

Demi tidak mengecewakan Yusri, akoo cuba juga la kayuh laju lead jalan 30km/h+ tapi berjaya catat 26km sahaja. Route seperti di bawah sana. Cuma yang tak best bila kayuh camni, lambat sangat balik rumah. sampai rumah dah pukul 12.00 malam.

Pancit. Orang je. Tayar OK

Dua budak yang dihalang untuk masuk ke PICC oleh Pengawal Keselamatan

Dua budak yang kepancitan

Map: (Klik sini)

View Larger Map
Thursday, May 3, 2012 0 comments

Night Ride Route - 40km+ di Putrajaya

Route cadangan Yusri untuk training pemecah jantung
View Larger Map
Saturday, April 14, 2012 1 comments

Night Ride - 13th April - No comers so join other group

Ni la sekali berhenti di Cyberjaya

Memandangkan semua yang akoo ajak untuk kayuhan malam 13 April menarik diri so akoo decide nak join group abang Colnago. Diorang berempat 2 Road Bike dan 2 Mountain Bike dan jadi lima bila tambah lagi satu Raleigh Season. So diorang ni agak laju dan agak jauh perjalanannya. 

Akoo ingat an malam nih nak cuba route 25km yang akoo draw siang tadi. Tapi diorang ada route yang lagi jauh - 35km++. Dan yang paling haru - almost non-stop. Ada sekali je berhenti sebab ada sorang agak tertinggal. Tu pun selepas 17.7km - separuh jalan dah tu. Akoo siap tanya pada Pali Colnago - "Diorang ni tak de berenti ke?" Almaklumlah akoo pakai botol air karbonat je. Kalau tak berhenti, tak dapat la nak minum. Kena la pinjam Yusri punya satu lepas ni.

Tapi yang paling haru bila naik Bukit Mental - akoo rasa 3km tertinggal di belakang. Arghh....

Route tadi adalah seperti kat bawah ni. Adjust la bagi nampak semua. Kalau susah - klik je kat 'view larger map' tu.


View Larger Map
Friday, April 13, 2012 2 comments

Route untuk dicuba


View Larger Map
Wednesday, March 21, 2012 0 comments

KNR 23/3/2012 - Share The Road


The poster tells everything...
Monday, March 19, 2012 1 comments

Aktiviti: Putrajaya Critical Mass (30 Mac 2012)


Dipetik dari Page@FaceBook - Putrajaya Masters Cycling Association

Tarikh: 30 Mac 2012
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Perkarangan Mahkamah Putrajaya
Maklumat lanjut: (Klik sini)
Monday, March 12, 2012 1 comments

Night Ride - Edisi Meditop vs Kampung Limau Manis

Keyword: Mula asing-asing. Jalan pecah-pecah. Finish makan-makan. 

Port biasa - Jambatan depan PICC. Ni group yang kena tinggal

Kepten dengan bersahaja meninggalkan kitorang dengan laju

Geng Limau Manis yang kena tinggal

Azian Fuji yang dah berzaman tak turun berkayuh 

Tinggal 5 basikal je. Lagi 6 dah blah dulu

RB geng Limau Manis

Lobi PICC

Tembok PICC.

Dataran dari kejauhan

Sek Baghak sedang berlakon

Kami yang tertinggal ni tunggu orang yang dah kedepan

Fuji yang kecundang. Dua kali

Camouflage anyone? Bergambar bersama basikal sewa

Pandai gak Raleigh Abang ni menyorok

Dua puak geng laju - XDS Abang Din dan Giant Yusri

Makan dulu lepas bersatu kembali.

Start lambat dan asing-asing. Akoo gerak dari rumah sebab akoo tak gi main futsal malam tu. Yusri, Hafiz dan Azian start dari Presint Diplomatik. Abang Din plak ikut geng Kampung Limau Manis. So set jumpa di Dataran Masjid Putra aje. Tapi bebudak ni tak bawak handphone. Kumpul plak tempat lain-lain. Nasib baik bertemu juga.

Lepas regroup dapatlah 11 basikal semua sekali. Gerak ke Jambatan PICC dulu. Malam nih Yusri nak layan santai saja dia cakap. Tapi dia gak yang paling depan sekali. Sampai kat jambatan akoo nak rehat dulu tapi Yusri ngan geng Limau Manis lain terus gerak. Tak tahu gerak ke mana. Kitorang yang tinggal ni ingat diorang gi PICC. Jadi kitorang 5 orang naik la ke lobi tapi tak de nampak muka. Hafiz yang letih main futsal ajak patah balik ke Dataran. So geng Limau Manis 2 orang tu gerak ke tempat lain.

Episod tak berapa best berlaku. Azian mulanya jatuh masa nak turun PICC. Pastu cramp pula. So kitorang slow je la. Yusri dengan Abang Din dah sampai ke Desa Pinggiran Putra nak ke Presint Diplomatik. Mulanya kitorang ingat diorang nak terus ke sana. Rupanya diorang tunggu kitorang. Bila kitorang tak muncul diorang patah balik naik ke PICC. Tapi akhirnya jumpa juga balik di Masjid Putra.

Gerak sama-sama ke Presint Diplomatik untuk minum. Akoo siap makan megi goreng lagi. Pastu dalam perut membuat operasi menghadam tu akoo dengan Abang Din kayuh balik naik bukit mental dari arah berlawanan. Lagi la tegak. Pastu akoo sorang la berkayuh. Rasanya dari kedai mamak tu ke rumah ada juga 10km dan akoo amik masa 30 minit untuk sampai. Sampai rumah pun dah pukul 2.00. Lepas ni angkut juga la basikal masuk kereta. Letih nak kayuh sorang-sorang. Jiran pula tengah sibuk uruskan baby yang baru lahir.
Sunday, March 11, 2012 0 comments

'Malam Jumaat' Night Ride - Rare Line-up

4 orang je. Saidin - Abg Din - akoo - Nasrul

Gambar dari setting Night Version henpon

Exitway Nasrul vs XDS Abg Din

Raleigh dua sepupu - full-sus vs hard tail

Saidin: Oi cepat la aku dah lenguh dah ni

uMMi dah balik dari outstation dan akoo pun mula mengorak langkah dan juga mengayuh. Jiran satu blok plak dah dapat khalifah so dia kena gantung basikal la. Jadi akoo main petik la bebudak ni tapi semua ada hal. So akoo petik plak geng rare ni. So dapat la kumpul empat orang - Saidin, Abang Din dan Nasrul. Pun dah cantik dah tu.Ini memang rare punya line-up.

Start macam biasa dari rumah. Gi Desa Pinggiran Putra gather dengan Saidin dan terus ke flyover Limau Manis utk gather dengan Abang Din dan Nasrul. Mula je dan panjat bukit sejauh 2.7km yang digelar Bukit Mental oleh bebudak Meditop. Saidin la laju ke depan akoo plak maintain kat belakang sekali je.

Next gi Masjid lalu dataran dan tak naik pun simpang PICC. Malam tu ada event kat atas tu dan Saidin tak nak naik ke sana. Terus ke Desa Pinggiran pekena air dan akoo juga kena kayuh sensorang balik ke rumah. Manage sampai ke rumah sebelum pukul 12. Kira hebat la tu.
Wednesday, March 7, 2012 0 comments

Next Night Ride - Lepas futsal Geng Opis Meditop


Tarikh: 9/3/2012 (Jumaat)
Masa: 10.30 malam
Tempat: Berkumpul di Presint Diplomatik (Dekat Mydin)
Route: Sekitar Putrajaya (akan diupdate kemudian)
Details:
- Berkumpul disekitar Presint Diplomatik
- Taklimat ringkas oleh Chief da Mission malam itu
- Bergerak secara berkumpulan mengikut track pilihan Chief da Mission
- Setiap peserta yang terlewat akan ditunggu di setiap check point
- Kembali ke Presint Diplomatik untuk minum-minum

Berminat untuk menyertai kami?
Sila hubungi / sms Joe Radzif - o-se-3-3-o-3-namnam-patpat
Sunday, March 4, 2012 0 comments

Rainy Night Ride - Jumaat 2/3/2012

Setting basikal nak cecah tanah - Fuji Abe Zaki

Kapten kapal - Yusri tengah setting rim supaya lancar pergerakan dan penuh kelajuan

First pit stop - Dataran Masjid Putra - Lantai basah buatkan satu jatuhan peserta

Road Bike brader Man Ridza - Laju tu...

Satu lagi basikal pemecah tanah - Foldie XDS 8 speed baru beli petang tu

Inilah barisan kita - 10 orang termasuk tukang amik gambar

Raleigh abang tengah posing berlatar belakangkan PICC

Abang kawasan yang senak sebab makan kambing. Kapten happy sebab tak de sapa buleh challenge dia paling laju. (Ko tunggu la Ipin kerja pagi dulu)

Ok masa utk pulang naik carrier tumpangan

Hujan start senja tu. Since bebudak ni dah gerak. So kitorang decide minum kat P.14 dulu. Geng Keliwon pun standby kat port diorang. Hujan tak berhenti tapi macam nak slow down. Jadi kapten Yusri arahkan anak buah semua bersiap. Akoo malam tu tumpang jiran tetangga je - Syabrie. So basikal naik carrier je. Masa nak siap just turun pasang lampu - siap. Tapi bebudak ni dalam setengah jam gak nak siap. 

Dah la lewat siap pulak lambat. Rasanya pukul 11 lebih baru gerak. Kahlid plak nak tunggu kawan. Jadi berpecah dulu. So gerak ke dataran masjid dulu. Call kahlid tak dapat so kitorang terus ke P.5 tunggu situ. Tunggu lama sangat bebudak ni naik ke simpang PICC dulu. Lepas diorang sampai naik sekali lagi amik gambar. Member yg last tu pakai foldie XDS. 8 speed. Laju buleh bersaing dengan mtb. Rupanya crank dia besar gedabak. 

 Bebudak ni tak nak lalu bukit mental jadi akoo bawak ikut jalan dalam. Kira selari dengan bukit mental tu. Then folding yg laju tadi tertinggal la tunggu kahlid yg senak perut sebab sebelum kayuh tadi makan kambing. Siap sampai parking. Ramai yg blah. Tapi akoo, Syab, Kahlid, Yusri dan Apis minum dulu sampai la yang tersayang sms suruh balik. Hehehe.
Wednesday, February 29, 2012 0 comments

KELIWON NITE RIDE EDISI 'JANGAN GENTAR!'


Details di Group KNR Cycling Community di FB (klik sini)


Tarikh: 2 Mac 2012 (Jumaat) 
Masa: 9.00 - 11.30 malam 
Tempat: Berkumpul di Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Putrajaya (dekat Mydin) 
Route: Sekitar Putrajaya 
Level: Santai 
Jenis: All
Bercanda: 9.00pm
Bergegas: 9.30pm
0 comments

Beginners Night - Fun Ride bebudak Meditop

Hafiz - The Giant Justice

Izhar Geng Keliwon - LOOK

Toke kedai Hardware - Ajim aka Pali dengan Colnago

Eja bebetul - C O L N A G O

Apa motif ko posing ni bro. Apesal tak bawak DSLR

Brader Shidi - BH

Akoo tak ingat bila tapi yang start petik - Kahlid (The Silver Surfer). Dia cakap member lama akoo nak ride sama akoo (Ajim aka Pali). Pastu dia cakap Hafiz Iceberg aka The Giant Justice nak ride juga. So akoo patutnya nak test Mtb akoo dengan geng PUR. Tapi petikan mamat ni nampak lebih menyelerakan sebab semua Mtb dan semua nak tunjuk hebat walaupun tak hebat mana pun.

Seperti biasa, akoo sambung memetik kat dalam email opis. Dapat tarik lagi sorang beginner - Haji Ikram. Zuzaki tak yah cakap la sebab dia cakap je tapi basikal pun tak beli lagi. Yusri jual mahal. Saidin ada badminton. So additional as usual - Abang Din Driver Tersohor.

Janji pukul 9 tapi akoo sampai lambat skit. Diorang semua dah tunggu kat parking lot Presint 5 termasuk brader Izhar yang datang dari Banting selepas tertarik dengan jemputan akoo di link blog akoo yang akoo letak kat KNR Cycling Community. Route asal nak main 20km termasuk naik bukit. Tapi oleh kerana ada first timer dalam ride kali ni, kitorang bincang semula di Dataran Masjid dan reroute semula.

Route malam tadi: P5 - Simpang PICC - Masjid Besi - Masjid Putra - Pusing ke P5 - masuk ke taman - lalu bawah jambatan menyusur tepi tasik sampai ke Kolam Awam P6 - pusing belakang KIPT - Padang Ragbi - Parking lot P5. So dapat juga 20km di situ. It is really relax, lite and easy ride. Masa berenti kat jambatan P5, berselisih dengan satu group lain kebetulan ada member lama ada kat dalam tu - Bachak (ex-Alam Shah). Sekali member dia yang duduk satu blok dengan akoo kat apartment ni follow kitorang. 

Start ride dalam 9.30 dan habis dalam sebelum pukul 11.00. Akoo, Abang Din, Shidi dan Kahlid gi minum dulu dan kemudian Saidin datang lepak sekejap. Success....

The Meditop
1. Kahlid (beginner)
2. Hafiz (beginner)
3. Haji Ikram (beginner)
4. Abang Din (otai umur 52 tahun)
5. Joe Radzif (1st timer dengan Mtb)

The Associates
1. Shidi
2. Izhar (KNR - otai)
3. Ajim aka Pali (Colnago the 1st timer) - still dapat catch up dengan kitorang
4. Syabrie - Jiran satu blok

Esok malam akoo nak ride dengan The Legend of Speed plak...
Tuesday, February 28, 2012 0 comments

Night Ride bersama pekerja Kilang Meditop Corporation


Tarikh: 2/3/2012 (Jumaat)
Masa: 9.15 malam
Tempat: Berkumpul di Presint Diplomatik (Dekat Mydin)
Route: Sekitar Putrajaya (akan diupdate kemudian)
Details:
- Berkumpul disekitar Presint Diplomatik
- Taklimat ringkas oleh Chief da Mission malam itu
- Bergerak secara berkumpulan mengikut track pilihan Chief da Mission
- Setiap peserta yang terlewat akan ditunggu di setiap check point
- Kembali ke Presint Diplomatik untuk minum-minum

Berminat untuk menyertai kami?
Sila hubungi / sms Joe Radzif - o-se-3-3-o-3-namnam-patpat
 
Saturday, February 25, 2012 0 comments

Night Ride - Meditop + BBS Cyclist - Success!

Fuji RjSutan +  Raleigh Full-sus pinjam

Giant ATX Biru keADILan - Hafiz Iceberg

Sume superhero tolong betulkan brake depan abang kawasan - Kahlid Silver Surfer

Giant Yusri - nampak cun la...

Abang kawasan posing manja sedang orang lain bertungkus lumus

Ini champion punya - Corratec Mif Deale 

Setelah dapat kebenaran dari penganjur, akoo pun jemput geng chatters BBS utk join night ride semalam (Jumaat malam). Jemputan yang telah disambut oleh Mif dan RjSutan. Berbanyak terima kasih kepada meraka berdua yang sabar melayan kerenah bebudak kilang akoo nih. Termasuk sabar menunggu akoo yang jauh tertinggal di belakang akibat kesakitan pada kelangkang dan buntut akibat seat yang kerasa dan tak pakai seluar ada pad.

Pada awalnya, akoo rasa macam ada kegagalan skit. Akoo dan Abang Din Driver tersohor gerak dari Kampung Limau Manis - panjat bukit panjang (Bukit Mental kata bebudak ni) pastu sampai flyover Alamanda berpecah pula. Akoo ke P.14 nak jemput Mif dan RjSutan Abang Din plak dah masuk ke kiri. Sedang akoo naik, bebudak Meditop dah turun dari sana. Mif dan RJ tak kisah sebenarnya sebab geng Keliwon Night Ride pun ada kat P.14 tengah bersiap. Tapi dalam kelam kabut tu, dapat juga kitorang berkumpul di Dataran Masjid Putra.

Lepas regroup, gerak dari Masjid Putra ke PICC. Mulanya akoo dapat gak ikut phase bebudak nih. Tapi lepas ketidak selesaan di kelangkang. Akoo la orang terakhir dalam tu. Sampai Simpang PICC lepak berkumpul dulu melepaskan kepenatan. Dan turun semula ke arah P.14 melalui jalan Desa Pinggiran Putra dan naik bukit panjang tu. Akoo masa nih memang dah susah dah nak kayuh. So akoo kayuh la perlahan-lahan. Rupanya diorang tunggu kat puncak. Tak tahu lah berapa lama diorang tunggu situ.

Macam biasa abis kayuh lepak minum di Haji Tapah. Semua cyclist lepak minum termasuk offroad hard core- JonzCY yang datang lepak sekali. Settle minum memasing dah dekat dengan kereta memasing. Akoo ngan Abang Din ada lagi 5km termasuk 3 kali naik bukit utk sampai ke rumah Abang Din. Tapi Ipin ngan Razi offer untuk hantar naik Avanza - syukur....

The Cyclist
1. Yusri
2. Ipin
3. Akoo (pakai beskal pinjam)
4. Haji Ikram 
5. Kahlid
6. Hafiz (new comer) 
7. Saleh
8. Razi
9. Abang Din Driver Tersohor
10. Kawan Kahlid
11. Mif Deale
12 .Raja Sutan

Guest - Jonz Che Ya

Cyclist tercicir
1. Azizan (boss akoo)
2. Saidin - hantar wakil - basikal yang akoo pakai 
3. Botak - Chandra tak approve cuti. (Sapa boss??)

Ucapan terima kasih kepada BBS Cyclist yang sudi menyertai kami.Maaf atas segala kesulitan dan kekurangan yang ada pada pasukan kami ini.
 
;