Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Ajoi. Show all posts
Showing posts with label Ajoi. Show all posts
Wednesday, February 15, 2012 4 comments

Kayuhan santai bersama Enche Ajoi

Style... Ajoi bersama basikal Trek - hadiah dari Samba

Hari Ahad, 12 Februari. Akoo petik Ajoi gi berbasikal petang tu. Rupanya dia terlelap masa tengok game ragbi 6 Nations - Italy vs England. "Boring" katanya...

Ni kali kedua akoo ride dengan Ajoi yang tengah nak recover fitness selepas injured patah tangan masa main ragbi tournament NS Close tahun lepas. Kalau jogging kat padang takut banyak hentakan dan beri kesan pada tempat patah tu. So riding akan kurang risiko. Cuma dia pakai road bike, tak leh nak masuk jalan tak rata. Tambahan pula seat post dia nipis gila. "Sakit bontot" dia cakap...

Nih kali kedua akoo ride dengan dia. First time masa Jumaat malam baru ni. Sekali dengan Abang Din Driver. Gerak dari rumah akoo kat PICC, jalan kat dataran sampai ke Masjid Putra. Berenti lepak lama-lama. Adusss....  Pastu patah balik. Ni Abang Din punya route la nih.

Yang Ahad nih plak lagi la sekejap. Route ikut Pullman. Baru sampai kat jambatan lepak jap dah hujan. Terus patah balik. Masa nak naik ke simpang PICC Yusri call tanya Putrajaya hujan ke tak. Dia plan nak buat family ride. Akoo cakap la hujan. Sekali sampai kat atas simpang tu tak hujan pun. Sempat la bergambar. First time akoo amik gambar basikal akoo ni.
Sunday, February 12, 2012 3 comments

Tutup yang lama, kita buka LIPATAN yang baru


Memandangkan Phase 6 kat kilang akoo dah siap dan parking kereta jadi jauh di belakang kilang (datang on time. Kalau datang awal buleh parking dekat). So akoo amik keputusan untuk cari basikal untuk berulang alik dari parking kereta ke lobi opis. 

Sebenarnya basikal lipat bukanlah pilihan asal. Mulanya nak cari basikal besar (mtb/road) dan gantung di alat yang biasa orang letak kat belakang kereta tu. Tapi bila tanya pada Yusri, dia cakap JPJ tak lepas sebab halang lampu kereta (signal dan brake). Jadi akoo tukar kepada basikal lipat sebab buleh simpan dalam boot. Kalau dulu kereta Satria buleh masuk, tak kan lah kereta sedan yang akoo pakai skang tak muat plak kan.

Jadi pencarian bermula ke Mudah.my seperti biasa. Ada sorang mamat jual basikal lipat terpakai dari Jepun tapi operasinya di Kedah. So akoo tak nak ambil risiko. Sampailah akoo jumpa satu brother nak jual basikal lipat Raleigh model Ugo pada harga RM700. Duit insuran ada lagi so kira boleh terimalah harga tu. Tapi Nego tetap nego until let go. 

Akoo sms minta RM400. Dia kata RM600. Akoo minta RM500 dia cakap up la RM50. So setuju la pada harga RM550. COD di Shell Equin Park Jumaat malam Sabtu beberapa hari sebelum Raya Haji 2011. So akoo pun ajak Ajoi yang setuju nak follow tapi tak setuju naik Honda Accordnya. 

Masa jumpa brader tu, akoo tanya - muat ke masuk boot kereta saya nih. Dia lipat basikal tu, dan masukkan basikal tu dalam boot - Muaaaaat.... dia cakap. Sekali dah masuk, tak keluar dah. Yang keluar duit RM50 sebanyak 11 keping je. 
 
;