Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Jatuh. Show all posts
Showing posts with label Jatuh. Show all posts
Monday, September 2, 2013 4 comments

Kayuhan 5K di PCP - 1 Sept 2013

5K - Keseorangan, Kehujanan, Kelicinan, Kebasahan dan Kejatuhan

Bukit dikejauhan tu sangat akoo nak naik. Rumah akoo blok yang paling kanan (jauh)

1 September 2013 - bermula dengan cerah di waktu pagi, hujan di sebelah awal petang dan berhenti hujan selepas Asar. So akoo pun invite la beberapa orang di WhatsApp dan juga FB (Grup: PCP Regulars). Mulanya Ejeap (Warung Nasi Lemak / Roti Canai di hujung PCP) reply macam ON. Sekali dah sampai parking dia kata balik kampung pula. So nak tak nak kayuh aje la sensorang. Tapi sebelum masuk bacalah surah-surah lazim dan berdoa. Satu je yg akoo lupa - lupa bagi salam. Kera banyak yang teman masa kayuh tu.

Mulanya tak hujan. Pun begitu, akoo skip je rock garden tu. Tapi masa sampai kat gazebo tengah, Start pulak hujan. Masa akoo turun downhill tu akoo turun sambil mengigil-gigil. Lepas nak climbing zigzag (Switchback) akoo silap gear dan clip tak release dan jatuh. Bercalar yg pedih jugak la siku ni. Then naik ke desert hill dan start la amik gambar. Sampai ke puncak Menara Tinjau (gambar atas) rasanya dalam pukul 6.20. Turun dari menara, akoo nak layan rock garden tu tapi goyang. 2 kali akoo repeat sampai kali yg terakhir tu jatuh ke tebing dan rusuk terhentak batu. So jangan cari pasal, akoo tolak je la turun. Kalau berdua, akoo cuba juga untuk hilangkan perasaan takut. Hujan semakin lebat, lepas siap basuh akoo pun berkayuh balik. 

Galeri:

Entrance, masa untuk membaca doa

Redup jer kan

Gazebo tengah sejurus sebelum start hujan

Oh yeah. Jatuh yg pertama...

Pondok puncak Desert Hill

Kesan kebakaran hutan

Siapa nak gi tengok bunga api bulan 9 ni sangat clear

Tuesday, July 9, 2013 0 comments

Jumper jatuh kat PCP


Setelah 4 minggu berlalu lepas kejadian stunt not fun dulu, akoo try juga masuk ke PCP sebelum bermulanya Ramadhan 1434 ni. Dah banyak ajak orang, tak de pun yang kata nak join. So akoo layankan aje lah sorang-sorang. Dalam pukul 6.00 petang start. Sebelum sampai ke Rock Garden terserempak dengan seorang brader. Pastu ada lagi 2 brader muncul. Salah sorangnya adalah kelibat yang dikenali sangat biasa di PCP - Yazid. 

So follow diorang la. Ramai skit kurang skit risiko. Tapi yang pasti diorang ni downhill bukan main laju. Makan debu je la akoo. Dah la cuaca kering dan berdebu tambahan pula ada sisa-sisa asap dari pembakaran terbuka so agak bekerja keras juga paru-paru ni. Lepas habis semua loop, lepak sekejap kat pump track tengok geng Freeride & Dirt jump main lompat-lompat. Pastu sambung 2nd round. 

Kedengaran bunyi ambulan tapi tidak dipedulikan sebab tak terpikir apa-apa pun. Cuma bila dah abis loop, baru perasan yang ada rider berbalut bahu. Ada yg cakap dislocated, ada yang cakap collarbone fracture. Mana satu yg betul pun tak tahu. Yang akoo tau, masa landing dia silap dan jatuh ke sebelah kanan. Akoo sempat mengucapkan semoga cepat sembuh kat brader tu masa dia kat dalam ambulan. 

Macam biasa, lepas maghrib baru sampai di rumah. 


Wednesday, June 12, 2013 2 comments

Malang tak de bau di PCP 9/6/2013

Ujung minggu itu setelah membuat pembelian jiwa yang sangat meyakinkan, akoo bergerak ke Bukit Berhantu antara blok rumah akoo dengan PICC. Macam cerita didengar kat bukit tu. Bukit tu masih tak dapat tumbang khabarnya ada penunggu lah ada harimau putihlah. Tapi beberapa bulan lepas ada je bajak buat teres kat situ. So akoo pun naik la kat situ dan lepas tu gi plak ke PCP berseorangan. 

Rasanya masa start masuk kat PCP pun dah pukul 6.00 petang lepas kena roadblock dengan anak akoo yang nak makan nasi la nak mandi la. Akoo punya la nak cepat keluar sementara OG (Orang Ghumah) masih tidur. He he he. Amik gambar kat tempat PCP yang kena sodok tu. Dan seterusnya menghabiskan trail dan layan pump track dan meluncur dengan laju turun kat palang menuju ke parking. Kat situ ada sikit bonggol / ramp yang pada kebiasaannya memang akoo akan melompat kat situ. 

Seperti biasalah, laju + henjut + lompat + landing + (tayar tubeless kurang angin) = tayar burst + landing tak bagus + tergolek + sagat simen kasar + kulit tersiat. Usung beskal ke tempat basuh, syukur Mukhriz (Bangla) tu ada. Dia basuhkan beskal dan tolong akoo antar balik rumah naik motor. Syukur alhamdulillah, OG tak marah pun. Dia yang tolong cuci dan buat dressing. Yang bising dan berleternya adalah Adam Danial je. Sampai dalam bilik Doktor Zubir pun dia dok berleter. Pastu masa nurse buat dressing - dia berzikir. Huahahaha...

Pengajaran sepanjang hayat - sebelum keluar berkayuh sila pastikan pressure tayar dalam keadaan yang baik.

Sejurus selepas kejadian yang menyayat hati

Sejurus selepas kejadian menyakitkan kaki (mandi)

Selepas nurse menonyoh ubat kuning dengan gauze dengan kuat beserta zikir 'hasbi rabbi' dari Adam

Buat sendiri kat opis semalam. Selinsing seluar all the way sampai MD-san pun tegur.


Wednesday, September 5, 2012 0 comments

31 Ogos - Makan tanah di PCP

Sempena Merdeka ke-55, akoo dengan geng budak kilang Meditop - GTRiders meredah Putrajaya Challenge Park (PCP) atau nama Melayunya - Taman Cabaran Putrajaya meredah hutan. Walaupun pada asalnya akoo tak nak masuk hari Jumaat tu sebab nak layan ngan Geng Team Siput BBS hari Sabtu tapi entah macam mana akoo layan jugak hari Jumaat. Akoo dah terlambat so tunggu kat bawah dan tiba-tiba muncul Hazrul09 dan Zulsaturn (BBS) disertai oleh Qassim Merida O-Nine dan 2 orang lagi geng Bandar Kinrara.

Dengan confident akoo melusuri semua halangan dengan selamba berkat brek yang dah upgrade dari mekanikal ke hidraulik. Kali ini kitorang turun di trek tak bernombor atau akoo panggil 'Trek Jonz' cuma tak lalu Trek No. 2 sahaja. Oleh kerana otot dah kendur skit dan perut penuh hazard kuih raya, maka kebanyakkan pendakian lebih dinamakan penolakan sahaja.

Oleh kerana Allah nak memberi sedikit peringatan kat akoo, final corner sebelum sampai ke starting point akoo tersembam setelah terbalik kuang. Turun agak laju (confident lebih sambil riak dalam hati), sekali sedang brek ada lekuk skit. Tayar depan masuk, fork menyerap hentakan, tayar lock dan tayar belakang terangkat ke depan. Kedebum! Nangka busuk dah.

Kalau terbabas buleh sempat lompat ke tepi, pegang dahan, peluk pokok. Tapi kalau kena balik kuang nih memang makan tanah le jawabnya tak sempat nak nak golek-golek dah. Calar-calar je tapi 3 jari belah kiri agak kebas sampai ke hari ini tapi insyaAllah tak de ape yang teruk kot sebab rasanya bengkak sahaja. Terus macam blur lepas tu. Bukan sebab kepala terhentak tapi tak puas hati rekod tak pernah jatuh di PCP terlebur akibat perasaan terlalu yakin.

Tapi geng GTRiders pun rupanya semua dikhabarkan terjatuh. Yusri jatuh di tempat yang sama. Hashni tak pasti jatuh di mana tapi nampak kecederaan lebih serius. Haji Ikram pun mengaku jatuh tapi dia agak hampir pitam semasa di gazebo mengadap kuarters.

Dari kiri Hazrul09, ZulSaturn, Danny, Zack & Qassim

Sabtu pagi badan agak sengal-sengal jadi akoo tak jadi kayuh dengan geng BBS. Tapi datang juga ke PCP tunjuk muka sempatlah jumpa Maxxdin dan DsBke Wan.
 
;