Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Saidin. Show all posts
Showing posts with label Saidin. Show all posts
Sunday, March 11, 2012 0 comments

'Malam Jumaat' Night Ride - Rare Line-up

4 orang je. Saidin - Abg Din - akoo - Nasrul

Gambar dari setting Night Version henpon

Exitway Nasrul vs XDS Abg Din

Raleigh dua sepupu - full-sus vs hard tail

Saidin: Oi cepat la aku dah lenguh dah ni

uMMi dah balik dari outstation dan akoo pun mula mengorak langkah dan juga mengayuh. Jiran satu blok plak dah dapat khalifah so dia kena gantung basikal la. Jadi akoo main petik la bebudak ni tapi semua ada hal. So akoo petik plak geng rare ni. So dapat la kumpul empat orang - Saidin, Abang Din dan Nasrul. Pun dah cantik dah tu.Ini memang rare punya line-up.

Start macam biasa dari rumah. Gi Desa Pinggiran Putra gather dengan Saidin dan terus ke flyover Limau Manis utk gather dengan Abang Din dan Nasrul. Mula je dan panjat bukit sejauh 2.7km yang digelar Bukit Mental oleh bebudak Meditop. Saidin la laju ke depan akoo plak maintain kat belakang sekali je.

Next gi Masjid lalu dataran dan tak naik pun simpang PICC. Malam tu ada event kat atas tu dan Saidin tak nak naik ke sana. Terus ke Desa Pinggiran pekena air dan akoo juga kena kayuh sensorang balik ke rumah. Manage sampai ke rumah sebelum pukul 12. Kira hebat la tu.
Sunday, February 19, 2012 0 comments

Night Ride - Sesi cecah tanah basikal baru Haji Ikram

Pit stop buang air di Presint 5 (Bawah PICC)
Yusri, Haji Ikram, Saidin & Abang Din Driver Tersohor







Lepas sesi panjat - turun bukit ke simpang PICC


Start/Finish - Dataran Masjid Putra


Tuan Haji dengan Exitway berbau kedainya

Kasut futsal akoo yang dah tercabut tapaknya...

Sesi nih berlangsung setelah sesi petik memetik di dalam email futsal geng opis. Haji Ikram yang akoo duga telah membeli mtb Specialized silver telah memberi hint untuk berbasikal selepas futsal geng opis di Aktif Futsal Bangi. Rupanya telahan akoo salah. pemilik Specialized kekal misteri dan Haji rupanya sedang mengacukan senapang ke arah lain. Bermula dengan Polygon 24 speed tetapi berakhir dengan Exitway 27 speed dan hydraulic brake lagi pada harga yang sama.

Sesi petik memetik telah berjaya menarik minat beberapa makhluk ganas - Yusri (yang 50/50 sebab akoo rasa dia nak ride dengan pemilik misteri Specialized), Saidin (sanggup datang bawak van sebab tak nak cabut tayar), Hafiz (tapi tak datang di saat akhir. Basikal dah dapat tapi tayar plak sudah rosak), Abang Din (tunggu kat Masjid) & Man of the Hour - Haji Ikram dengan basikal barunya. (Kalau tak jadi beli dia ride naik basikal wife dia je)

Oleh sebab start futsal lambat, abis pun lambat dan sampai ke Masjid pun lambat. Ada pula sorang lagi makhluk ganas - Encik Azizan HR Manager yang datang dengan kereta panjangnya ditemani anak beranak. Apesal la boss tak bawak Mongoose made in Banting tu. Goyang ka? So sesi Night Ride ni di lepaskan oleh HR Manager kita.

Quote of the day by Yusri: Kita pusing bagi Ikram biasa dulu. (Yang nyata akoo tinggal 2 kampung)

Start je akoo dah tertinggal jauh. Jumpa balik di Jambatan bawah PICC tu. Masa tu jugak nampak satu group folding turun bertentangan. Baru tahu tadi yang tu lah geng Putrajaya Urban Riders (PUR). Oleh kerana tak tahan nak membuang, singgah la di Presint 5 tu. 

Yusri ajak pula naik bukit ke simpang PICC. Akoo tapau dia untuk 15 meter pertama. Lepas pada tu nafas dah abis. Tinggal lagi sekali dan jumpa balik di jambatan.Then terus menghala ke Masjid Putra ikut jalan Masjid Besi. Masa kat dataran, akoo dah flat dah. So diorang tinggalkan akoo 3 kampung.

Lepas abis penat lelah, gerak ke Presint Diplomatik dengan Haji Ikram - sesi meggi goreng.
Saturday, February 18, 2012 0 comments

Kayuhan malam - Saidin-san (opismet)

Raleigh full-sus vs Raleigh Folding

Zif, amik gambar nampak masjid...

Tadi tak clear la bang, nih clear skit...

Abang kena pakai beskal besar, adik pakai beskal kecik je....

Akoo memang nak riding beberapa malam sebelum main futsal Jumaat ni. Kiranya nak amik stamina la skit. So akoo ajak la Saidin-san (Workshop) ngan Abang Din F1 Driver. So dua-dua sudah setuju. Pacers (kayuh laju) macam Yusri memang rasanya tak yah ajak la sebab malam Jumaat rasanya dia kayuhan hentakan kat rumah je.

Petang tu akoo amik mak mertua dulu kat Saujana Putra ngan Adam. Then settle tapau baru balik rumah. Malam tu plak punya la kelam kabut, lampu belakang lupa pasang, air 100Plus tinggal dalam kereta so kena la pusing balik gi amik. Saidin-san dah tunggu lama dah kat simpang Pinggiran Putra. Nasib baik dia tak balik rumah je.

So routenya. P5-Pinggiran Putra-naik bukit panjang-lalu depan Presint 1- Masjid Putra. Lepak sekejap. Kayuh balik dari situ-P5 lalu jalan depan dataran. Bila check dengan Google Map, jarak kayuhan mencapai 19.5km. Kira terbaek la tu.
 
;