Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label JonzCY. Show all posts
Showing posts with label JonzCY. Show all posts
Monday, September 30, 2013 0 comments

15 September - Comeback oleh Abra di PCP

Layan Trail DH

Minggu buat perangai. Kali ni Abra minta temankan dia nak comeback lepas kejadian patah tangan masa layan Bukit Kiara masa cuti Hari Pekerja (1 Mei) aritu. Dia yang mengajar akoo layan PCP ni so akoo amik masa sikitlah untuk temankan dia. Pada masa yang sama beberapa chatters kat BBS pun turut serta - Khalid (XCRider), Jonz dan BC Kelolo bersama segerombolan askar-askarnya. Total satu loop sahaja tapi lambat abisnya sebab banyak sesi networking dan soal jawab serta soal selidik. So far OK je sebab memang niat untuk bersantai.

Awal-awal tayar Khalid pecah sebab kurang pressure + lompat-melompat

Meriahnya...

Sesi rawatan (akoo jatuh dan kulit tersiat - ala skit jer)

Dari kiri - Resident Specialist, Resident Tech (e-Manager) & Resident Rider

Petang sikit akoo bawak la anak akoo gi mandi kat kolam Presint 6 tu. Seronoklah dia sebab sebelum ni ada sahaja yang tak bagi dia nak gi mandi kat situ. Akoo tak mandi sekali, hari Ahad kolam budak penuh. Anak akoo ni ajak gi kolam dalam skit dia tak nak. Karang kalau ditinggalkan, mau terapung sorang-sorang plak. 



Sunday, April 15, 2012 0 comments

Menjengah Putrajaya Challenge Park (PCP) buat kali pertama

Setelah 7 bulan berjiran dengan PCP, akhirnya akoo telah menjejakkan kaki untuk kali pertama di situ dengan basikal Raleigh Usang akoo tu. Kali ni setting dengan beberapa orang yang dah sangat familiar dengan track dalam PCP tu. Antaranya Rozaidin (satu blok), JonzCY (BBS), Yusri (Cip GTRiders) dan Syabrie (satu blok). Yang lain ON kecuali Syabrie sebab dia perlu jaga baby. Mithali tu derrr...

Then yang join lepas tu - Bang Mat (Ash Burn), Zul dan Haji Ikram jumpa di puncak sebelum turun ke tempat mula. Akoo terus terang memang sangat kekok masa masuk off road yang panjat memanjat, turun menurun dan lompat melompat akar kayu ni. Masa first downhill pun akoo hampir terbabas tapi tak jatuh. Cuma lepas tu masa nak naik tu akoo jatuh sebab salah pakai gear. 

Tapi fun layan PCP ni walaupun letih dan tak layan semua trail. Banyak tolak dari kayuh pun buleh jadi. Bila manjat bukit - tak larat - tolak. Bila turun switchback - tak berani - tolak lagi... So lepas ni buleh la layan lagi dalam tempoh 3 minggu. Pepahal pun tetap akan cuba untuk elakkan kecederaan.























 
;