Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Tour de France. Show all posts
Showing posts with label Tour de France. Show all posts
Monday, July 22, 2013 0 comments

Chris Froome menang Tour de France


Chris Froome telah menepati ramalan sebagai favourite untuk memenangi Tour de France edisi ke-100 dengan meninggalkan Quintana di tempat ke-2 dengan 4 minit 20 saat. Quintana juga telah memenangi kategori pelumba muda dan King of Mountain. Jersi Hijau kekal milik Peter Sagan. 

Ada yang mengatakan sepatutnya Froome telah menang sejak dari 2012 sewaktu beliau membantu Bradley Wiggins menjadi atlet British pertama memenangi TdF di mana Froome lebih hebat dalam stage berbukit seperti mana beliau telah memenangi 2 stage termasuk Vermont di mana kali terakhir pemegang Jersi Kuning memenangi stage tersebut adalah pada 1970 oleh Eddy Merck. 

TdF telah menutup tirainya pada Stage 21 yg tamat di Paris Champ-Elysees di mana Marcel Kittel telah menamatkan penguasaan Mark Cavendish selama 4 tahun berturut-turut di pentas penamat ini. 


Friday, June 28, 2013 0 comments

Le Tour de France 2013


LTdF datang lagi bermula 29 Jun sehingga 21 Julai 2013. Selama 3 minggu di jalanan dengan 21 stage untuk dijelajahi. 2013 merupakan edisi ke ke-100 acara berbasikal yang paling ber-prestij di dunia ini. Pemenang tahun lepas - Sir Bradley Wiggins tidak akan mempertahankan kejuaraannya akibat terpaksa berehat setelah mengalami kecederaan dan juga sebelum ini tidak menamatkan Giro d'Italia. Tempatnya akan digantikan oleh Chris Froome yang merupakan side kick beliau yang mendapat tempat ke-2 dalam GC tahun lepas. 

Antara nama-nama yang akan menggegarkan TdF 2013 ini antaranya adalah:

Chris Froome (SKY)
Peter Sagan (Cannondale)
André Greipel (Lotto-Belisol)
Adam Hansen (Lotto-Belisol)
Cadel Evans (BMC)
Phillipe Gilbert (BMC)
Alberto Contador (Saxo-Tinkoff)
Joaquim Rodriguez (Katusha)
Alejandro Valverde (Movistar)
Mark Cavendish (Omega Pharma-Quick Step)
Tony Martin (Omega Pharma-Quick Step)
Ryder Hesjedal (Garmin-Sharp)



 
;