Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Aznan. Show all posts
Showing posts with label Aznan. Show all posts
Wednesday, August 14, 2013 0 comments

6 Syawwal - Kayuhan Semput


Sudah lama bercuti jadi dah sebulan tak jengah PCP. Lagipun projek nak kayuhan trainer tak berapa nak memberangsangkan akibat kekangan masa. Jadi masa yang ada adalah Selasa 6 Syawwal la untuk melepas geram. Mulanya ramai gak yang nak join tapi akoo tak available pagi Selasa tu so ada la yang tarik diri. 

So yang ada akoo, Hashni, Ejeap (Toke warung) dengan Aznan. Yazid sampai lambat dan catch-up kitorang kat Desert Hill. Then jumpa dengan Tez dan John yang dah kayuh loop ke-4. Ejeap nak masuk 2nd loop tapi tak de sapa nak teman. Kitorang semua pancit teruk. Bak kata Hashni, bukan setakat lemang yang keluar, batang buluh pun dah terkeluar sekali. Maybe dia dah lama tak telan catuaba la tu.



Sesi try and matching 650b ke BH Hashni. Tak leh tido malam dah pas ni....

Mukhriz takda. Kena cuci sendiri sahaja

Sunday, November 18, 2012 3 comments

Kota Warisan - Dari Dengkil (14 Oktober 2012)

Lama dah akoo tak update blog ni. Rasa malas nak update. Sebab gambar banyak kat handphone dan kat opis tak leh nak download sebab MIS block. Hari nih wife tersayang dengan rajinnya download software kat laptop dia so akoo pun amik kesempatan.

Tarikh tu geng kilang - GTRiders join dengan SPRides gi Sungai Lalang. Tapi akoo macam biasa la malas nak gi jejauh so pilihlah trail berhampiran dengan rumah yang di-initiate-kan oleh Hazrul BBS. Join plak dengan geng Junk - DR2 dan akoo punya junior kat sekolah dulu - Aznan pun nak join. Masa kumpul kat bengkel Junk pun ada budak satu floor dengan akoo kat kuarters pun join. So ada la dalam 15 orang.

Akoo gerak dari PCP je kayuh dengan Aznan tapi menunggu semua orang kat Bengkel Junk memang lama. Pastu gerak masuk Kota Warisan dari Pekan Dengkil. Akoo macam biasa, depan skit je dari sweeper. Tapi Aznan agak laju. Walaupun khabarnya baru main beskal tapi memang kuat. 

Junk bagitau yang trail ni tempat training geng diorang. Naik bukit je kerjanya. Tapi scenery ladang kelapa sawit la. Pertengahan jalan selisih dengan satu grup lain kat tempat gas. Amik gambar dulu. Diorang kenal satu sama lain. Akoo sebagai beginner tak kenal pun. Masa nak naik ke pencawang, akoo naik ikut jalan landai tapi panjang. Mental koyak so akoo lebih tolak dari kayuh. Aznan naik bukit pacak. Memang impressive. 

Lepas lepak lama kat atas tu menunggu semua regroup, turun ke pekan KW dengan reverse trail yang selalu akoo lalu. Lepak kat mamak biasa tu dan kemudian ikut jalan belakang kawasan perumahan. Dah tak jauh sangat dah lepas tu. Kumpul balik kat Bengkel Junk tapi ramai yang terus balik sebab kayuh dari rumah. So akoo pun ke PCP dulu basuh basikal sebelum balik ke rumah.

Bengkel Junk di Dengkil

Kona Aznan - 12kg+

Vicnie yang sangat ringan

Orbea yang sangat mahal

Trail finder Tuan Hazrul dah sampai

Berehat di puncak bukit pertama

Donat Peanut Butter

Berehat sebelum naik bukit pacak

Beskal ni pun nak kena rehat sekejap

Raleigh - Mongoose - Vicnie

Dua bijik penunggu PCP

Dua budak Siput 
 
;