Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Off Road. Show all posts
Showing posts with label Off Road. Show all posts
Tuesday, November 12, 2013 0 comments

Geng Low Profile Ride (13 Oktober 2013)

Dari depan - Aziz Talha, Jafril, Nizam & Nizamudin (terlindung)

Bulan 10 merupakan bulan jadi budak baik. So ketenangan air halus manja. Setelah off untuk minggu pertama di bulan 10 sebab ada team building. So perancangan untuk off road pula dibuat pada Ahad 13 Oktober tu. Asal nak layan PCP je dengan geng-geng Low Profile Cyclist tapi Saudara Aziz telah ajak long distance skit. So akoo bawak diorang masuk Jenderam ikut trail BASH aritu. Tapi tak sampai naik Bukit Tok 4 Rashid sebab ada rider yang tak larat. 

Low Profile Cyclist ni group WhatsApp yang akoo buat untuk kumpul beberapa kerat basikalis untuk layan trail Sungai Lalang aritu. Tapi untuk kesekian kalinya niat ke sana gagal. Kemudian group tu dikekalkan dan ditambah dengan basikalis yang akoo ada nombor nya dan yang kurang menonjol. Keep Low. Karang tak pasal-pasal ada orang buat lawak submit profile. 

Ini dinamakan membajak sawah

Dari kiri - Nizam, Nizamudin & Jafril 

Nak basuh tapi masih ada jalan berlumpur untuk dilalui

Ketenangan air halus manja - suspect ada paip Syabas bocor

Kat bawah nih trail yang kitorang lalu lebih kurang sebab akoo tak de capture pakai GPS. Yang bawah ni akoo plot dengan RunnerAhead punya website. Untuk details trail - Klik Sini. Sekarang ni trail ni telah diperpanjangkan lagi dengan memasukan - Bukit Tok 4 Rashid - Jenderam Hulu - Jenderam Hilir - Lalu Tepi Sungai dan sebagainya. 


Thursday, September 26, 2013 0 comments

14/9 - Trail Sg Buah (GTRiders)


Setelah mendapat keizinan, akoo bercadang nak layan off-road pada 14 September 2013. Pada asalnya akoo nak berkayuh ke Sungai Lalang yang dah banyak kali akoo gagal nak ke sana. Macam-macam halangan. Dan kali ini, gagal lagi untuk ke sana kerana tiada siapa nak guide.

So Sungai Buah menjadi pengganti. Dapat mengumpul 7 orang riders termasuk akoo. Yang lain - Haji Ikram, Yusri, Hashni, Hisamudin, Duan dan Miao (BBS). Kali ini akoo tumpang Hashni yang tunggu akoo kat kedai mamak yang berhampiran PCP. Kemudian menuju ke Seri Putra. Lepas settle sarapan, mula la bergerak masuk ke trail melalui Kampung Sungai Buah. 

Masuk je off-road dah sesat skit. Dari nak reverse terus jadi double reverse. Tapi ok lah. Layan trail pokok getah, lalu sungai, lalu bawah pencawang, lalu kat paip gas, ladang sawit dan juga lalu single trail lereng bukit. Jumlah keseluruhan dapatlah 30km. Akoo kali ni ada rasa improve sejak dari buat training secara interval. Naik bukit nampak banyak membantu. Cuma lepas km ke-25 akoo dah mula rasa nak krem kat peha. So perkara inilah yang masih belum improve. 

Lepas abis kayuh, lepak jap minum pastu ke PCP sekejap. Tapi basuh basikal sahaja lah. 

Haji Ikram, Hisamudin, Hashni, Yusri, Joe, Duan & Miao




Yeah, tempat bersidai


Monday, May 28, 2012 4 comments

Kayuhan Off Road di Kota Warisan (repeat) - 20 Mei 2012

Leader - Asnor Izam sedang menaikkan motivasi peserta

Mamat DH yang terkesima dengan kehebatan pengayuh GTRiders (Yusri & Haji Ikram)

Route aritu - 12km+ jer...

Akoo memang dah lama set nak layan trek ni. Set untuk repeat selepas perkayuhan pertama kali dulu. Kali ini 6 basikalist telah turun termasuk 3 dari GTRiders (akoo, Yusri ngan Haji Ikram), 2 senior akoo (Asnor dan Gagek) dan seorang new comer. Kebetulan pula hari ini ada PIPR kat Putrajaya. Tapi nafsu nak layan off road lebih kuat. So akoo teruskan juga niat ke Kota Warisan Estet Kelapa Sawit ni. Sebabnya, kalau PIPR akoo akan layan basikalipat jer.

Details workout ada di Sports Tracker - (Klik sini)
Tuesday, May 1, 2012 2 comments

Labour Day Special - Kayuhan Off Road di Kota Warisan

Lokasi: Kota Warisan - Kampung Semarang, Dengkil
Route: Estet Kelapa Sawit, tanah dan batu laterit. Pulang lalu highway
Jarak: 19km jerr... (60% road sebab dah tak larat...)

Asalnya akoo bercadang nak masuk PCP masa hari ni. Then bila ajukan cadangan ni kat Asnor, dia ajak layan trek kat Kota Warisan. Memandangkan dari dulu akoo carik peluang nak berbasikal dengan brader ni. Akoo pun setuju dan create event kat FB. Dari 70 orang yang diajak, 2 orang je yang datang - akoo ngan Asnor. Ok dah tu. At least ada dua orang dari tak de langsung.

Pagi-pagi Asnor dah call akoo - "Team Pujimac - Arash Mohd ada kat Mamak Hijas ni. Diorang pun kayuh kat sini."

Janji pukul 8.00 kat Mamak Hijas tapi akoo pukul 8.00 baru gerak dari rumah. So lepas sarapan ala kadar, gerak la dalam pukul 9.00 tu ke starting point sebelah stesen ERL. Nampak ada satu group mtb dalam 5 orang pun sedang start nak kayuh. Mulanya ingat kan group Arash Mohd tetapi cuma salah sorang je. Diorang pun first time nak masuk kat situ. So semua harapan terletak di bahu Asnor.

Bermula dengan jalan denai selebar tayar motor dan kemudian baru la masuk ke jalan estet kelapa sawit. Pendakian agak menegak jugak sampai akoo terpaksa menolak di beberapa kawasan. Cuma sampai kat kawasan lapang seperti dalam gambar di bawah barulah kayuhan lega sikit. Hanya pendakian landai dan downhill tak curam. Tapi akoo memang agak keletihan masa tu so lepas dalam 10km offroad, terus balik ke Kota Warisan dengan lalu jalan raya. 

Puncak tertinggi kena naik kat tiang letrik tu. Semua cakap - next time

Asnor: Kalau kat atas tu buleh nampak KLCC

Member Arash Mohd dengan baju hijau (Pujimac)

Dua brader first timer. Steady lah

Apa sajalah Asnor dok goreng tu

Terowong bawah Higway Elite

GPS - OK
Tak sesat punya

Selepas 2 jam tunggu baru diorang sampai. (ha ha ha acah je)

Fuji dan ape eh satu lagi ni....

GPS bro dah OK ke tu? Tak balik kitorang karang

XDS dan Fuji...

Trek bernadikan groupset XTR

Dalam ladang pun ada signboard tu. 



 
;