Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Asnor Izam. Show all posts
Showing posts with label Asnor Izam. Show all posts
Thursday, July 5, 2012 0 comments

Kayuhan Sesat di Kota Warisan (10/06/2012)

Lama tak dapat nak update. Kayuhan Sesat ni dianggotai oleh beberapa orang antaranya - Akoo, Asnor, Ikram, Shahrol, Saharudin dan Hazrul. Mulanya akoo invite kat FB pakai event punya invitation tapi tak ramai pun respon. Cuma akhirnya Shahrol ngan Hazrul respon kat BBS chatbox. So dapat la 6 orang. Tu pun kalau tak 5 orang je sebab Asnor tak berapa sihat. So sebab Asnor lambat, kita pun mula lambat juga la.

Kali ni kitorang gagahkan juga ke pencawang dan amik gambar. Bukti yang dah sampai pencawang. Kali ni diorang nak test jalan lain - masuk kanan masa kat terowong ELITE tu. So kesudahannya memang sampai ke area Jenderam punya kampung tapi diorang tak nak lalu jalan tar. So redah balik masuk jalan kelapa sawit. Itu yang sampai sosek baghek tu. Takda jalan, denai diluruskan. 

Insiden memang banyak la. Rantai akoo berapa kali dah menjatuhkan diri. Nasib baik la ada Hazrul aka Racer. Lepas pada tu kemuncaknya - rantai Shahrol pulak yang terputus masa mendaki. Sekali lagi Hazrul la penyelamatnya. Itu yang buat lambat sampai ke start point. Hitam la kitorang ni.

Haji Ikram - GTRiders

Hazrul09 - BBS Cyclist

Ringan sungguh ini basikal

Port wajib. 


Penunggu PCP (akan dibahaskan kelak)

Pemandangan di pencawang

Asnor dibelakang sana sedang setup route dengan GPS

Bukti nak bagi kat orang rumah

Sayup-sayup rumah den

Bukti nak bagi kat kengkawan

Oh yeah, pitstop yang ke-18

Berehat kali ke-23

Doktor membuat rawatan pesakit luar

Pesakit luar....

If you don't have tool - you must have Hazrul

17km jer. Target pasni 30km

Monday, May 28, 2012 4 comments

Kayuhan Off Road di Kota Warisan (repeat) - 20 Mei 2012

Leader - Asnor Izam sedang menaikkan motivasi peserta

Mamat DH yang terkesima dengan kehebatan pengayuh GTRiders (Yusri & Haji Ikram)

Route aritu - 12km+ jer...

Akoo memang dah lama set nak layan trek ni. Set untuk repeat selepas perkayuhan pertama kali dulu. Kali ini 6 basikalist telah turun termasuk 3 dari GTRiders (akoo, Yusri ngan Haji Ikram), 2 senior akoo (Asnor dan Gagek) dan seorang new comer. Kebetulan pula hari ini ada PIPR kat Putrajaya. Tapi nafsu nak layan off road lebih kuat. So akoo teruskan juga niat ke Kota Warisan Estet Kelapa Sawit ni. Sebabnya, kalau PIPR akoo akan layan basikalipat jer.

Details workout ada di Sports Tracker - (Klik sini)
Tuesday, May 1, 2012 2 comments

Labour Day Special - Kayuhan Off Road di Kota Warisan

Lokasi: Kota Warisan - Kampung Semarang, Dengkil
Route: Estet Kelapa Sawit, tanah dan batu laterit. Pulang lalu highway
Jarak: 19km jerr... (60% road sebab dah tak larat...)

Asalnya akoo bercadang nak masuk PCP masa hari ni. Then bila ajukan cadangan ni kat Asnor, dia ajak layan trek kat Kota Warisan. Memandangkan dari dulu akoo carik peluang nak berbasikal dengan brader ni. Akoo pun setuju dan create event kat FB. Dari 70 orang yang diajak, 2 orang je yang datang - akoo ngan Asnor. Ok dah tu. At least ada dua orang dari tak de langsung.

Pagi-pagi Asnor dah call akoo - "Team Pujimac - Arash Mohd ada kat Mamak Hijas ni. Diorang pun kayuh kat sini."

Janji pukul 8.00 kat Mamak Hijas tapi akoo pukul 8.00 baru gerak dari rumah. So lepas sarapan ala kadar, gerak la dalam pukul 9.00 tu ke starting point sebelah stesen ERL. Nampak ada satu group mtb dalam 5 orang pun sedang start nak kayuh. Mulanya ingat kan group Arash Mohd tetapi cuma salah sorang je. Diorang pun first time nak masuk kat situ. So semua harapan terletak di bahu Asnor.

Bermula dengan jalan denai selebar tayar motor dan kemudian baru la masuk ke jalan estet kelapa sawit. Pendakian agak menegak jugak sampai akoo terpaksa menolak di beberapa kawasan. Cuma sampai kat kawasan lapang seperti dalam gambar di bawah barulah kayuhan lega sikit. Hanya pendakian landai dan downhill tak curam. Tapi akoo memang agak keletihan masa tu so lepas dalam 10km offroad, terus balik ke Kota Warisan dengan lalu jalan raya. 

Puncak tertinggi kena naik kat tiang letrik tu. Semua cakap - next time

Asnor: Kalau kat atas tu buleh nampak KLCC

Member Arash Mohd dengan baju hijau (Pujimac)

Dua brader first timer. Steady lah

Apa sajalah Asnor dok goreng tu

Terowong bawah Higway Elite

GPS - OK
Tak sesat punya

Selepas 2 jam tunggu baru diorang sampai. (ha ha ha acah je)

Fuji dan ape eh satu lagi ni....

GPS bro dah OK ke tu? Tak balik kitorang karang

XDS dan Fuji...

Trek bernadikan groupset XTR

Dalam ladang pun ada signboard tu. 



Monday, February 13, 2012 0 comments

My first event - PIPR12 - Ambang 2012

Bersama Legend of Speed - Asnor Izam Sabuti depan khemah registration

Dua budak Meditop yang berlumba dengan Marshall malam tu
Yusri & Ipin

Terlindung plak kena pakai kanta pembesar baru nampak

Semua gambar rembat dari page PIPR di Facebook

Ada kisah terselindung dari event ini. Yusri nak lari bogel keliling MT1 kalau akoo ngan Hafiz masuk PIPR. So punya la semangat nak masuk, akoo daftar nama kat Yusri dan bayar duit perlindungan RM2.50 (ke RM2.00) Tapi event malam tu dah ada orang sponsor so tak yah bayar.

Event nih malam tahun baru. Kiranya lepas abis ride terus buat countdown. Petang tu juga akoo gi Dengkil dan jumpa Asnor kat kedai basikal yang dekat dengan masjid tu untuk beli helmet. Nak cari yang murah punya. Last-last terpedaya dengan kata-kata manis ah so kedai tu akoo beli jugak yang brand Iron Mag pada harga RM90 sedangkan ada brand Raleigh yang kurang cantik pada harga RM75 (kot?)

Lepas maghrib, terus gerak parking dekat dengan arca roket tu. Asnor ngan kawan dia gi solat kat Masjid Besi. Yusri dengan bebudak Meditop parking kat Persint Diplomatik. So jumpa di Jambatan tempat daftar je. Hafiz? Hampeh. Call tak angkat, sms tak reply. So tak ada la acara lari berbogel di MT1.
 
;