Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Solo. Show all posts
Showing posts with label Solo. Show all posts
Tuesday, October 22, 2013 0 comments

Solo Ride - Minggu ni Tampin


Memandangkan geng GTRiders yang lain menghala ke Thompson Trail, Cameron Highland, akoo mengambil keputusan untuk layan 'homegrown' - Tampin Nature. Seumur hidup ni tak pernah kayuh kat Tampin. Biasa outing hari Sabtu pun naik bas Eng Giap (r.i.p). Eng Giap pun dah tak ada lagi dah. dah tutup. 

Kebetulan takdir Allah, listing nama disusun dok bawah junior kat sekolah dulu yang berasal dari Banting tapi dah jadi cikgu di Kuala Pilah. Tengok pada listing, kategori 'Men Open' hanya 361 orang sahaja dan mengikut calculation, akoo target nak dapat nombor 150 dan ke bawah. Tapi makin dekat nak ke event ni, makin banyak makan dan tido pulak. 
Monday, September 2, 2013 4 comments

Kayuhan 5K di PCP - 1 Sept 2013

5K - Keseorangan, Kehujanan, Kelicinan, Kebasahan dan Kejatuhan

Bukit dikejauhan tu sangat akoo nak naik. Rumah akoo blok yang paling kanan (jauh)

1 September 2013 - bermula dengan cerah di waktu pagi, hujan di sebelah awal petang dan berhenti hujan selepas Asar. So akoo pun invite la beberapa orang di WhatsApp dan juga FB (Grup: PCP Regulars). Mulanya Ejeap (Warung Nasi Lemak / Roti Canai di hujung PCP) reply macam ON. Sekali dah sampai parking dia kata balik kampung pula. So nak tak nak kayuh aje la sensorang. Tapi sebelum masuk bacalah surah-surah lazim dan berdoa. Satu je yg akoo lupa - lupa bagi salam. Kera banyak yang teman masa kayuh tu.

Mulanya tak hujan. Pun begitu, akoo skip je rock garden tu. Tapi masa sampai kat gazebo tengah, Start pulak hujan. Masa akoo turun downhill tu akoo turun sambil mengigil-gigil. Lepas nak climbing zigzag (Switchback) akoo silap gear dan clip tak release dan jatuh. Bercalar yg pedih jugak la siku ni. Then naik ke desert hill dan start la amik gambar. Sampai ke puncak Menara Tinjau (gambar atas) rasanya dalam pukul 6.20. Turun dari menara, akoo nak layan rock garden tu tapi goyang. 2 kali akoo repeat sampai kali yg terakhir tu jatuh ke tebing dan rusuk terhentak batu. So jangan cari pasal, akoo tolak je la turun. Kalau berdua, akoo cuba juga untuk hilangkan perasaan takut. Hujan semakin lebat, lepas siap basuh akoo pun berkayuh balik. 

Galeri:

Entrance, masa untuk membaca doa

Redup jer kan

Gazebo tengah sejurus sebelum start hujan

Oh yeah. Jatuh yg pertama...

Pondok puncak Desert Hill

Kesan kebakaran hutan

Siapa nak gi tengok bunga api bulan 9 ni sangat clear

Tuesday, September 25, 2012 7 comments

Sorang-sorang je layan PCP (22/9/2012)

Setelah malam yang penuh hujan dan padang di perkuburan Persint 20 pun digenangi air bertakung, kelihatan tidak ramai basikalis menyusuri laluan PCP. Geng BBS pula meredah hutan di Taman Rimba Alam - Sungai Merab dan akoo pula sibuk berkemas di rumah sebab Abah, Mak ngan Uwan nak datang tengah hari nanti.

Tapi mata ni dok perati je kat PCP dari tingkap. Oleh kerana suasana yang redup maka sesuai sangatlah nak meredah walaupun pada masanya matahari sudah tegak di kepala cuma awan menjadi perisai kepada panahan sinaran ultra violet. So selesai aje berkemas, akoo bersiap dan keluar rumah menuju ke PCP berseorangan.

Masa tu dalam 11.15 pagi. Di gazebo pertama ada juga beberapa basikalis sedang bersidai seperti sudah menamatkan acara masing-masing.

"Licin ke bang?" akoo bertanya.

"OK. Cuma ada tempat nak kena berhati-hati sikit"

Akoo pun turun. Slow je. Dengan ketidak-fit-tan akibat lama bercuti dari kayuhan jarak jauh ditambah pula fobia yang masih bersarang di dalam jiwa so kayuhan amat perlahan dan turun bukit dengan penuh hati-hati. Naik bukit tak yah cerita sebab pakai MTB kan... Mari Tolak Basikal sudah....

Lepas naik dari bukit panjang lepas Rock Garden

Sorang. Takde orang. Orang rehat sementara tunggu Jamboree Sungai Buaya kot esoknya. Sampai la ke gazebo yang bawah ni pun akoo sorang jugak lagi. Pace memang slow abis.

Pun sorang jugak tu.

Muncul la sorang brader pakai full-sus Specialized. Rasanya dia ada kat gazebo pertama tadi tengah lepak. Borak-borak khabarnya duduk Shah Alam kerja di UM kenalan kepada Zidan Pkum. Selang tak berapa lama datang lagi sorang full-sus Giant brader dari Nilai yang datang kayuh dengan isteri. Lepas tu kayuh bertiga plak. Cuma down-hill lepas melintas pipe line tu akoo hilang imbangan dan terpaksa melepas basikal serta landing dengan bersedia.

Nasib baik ada orang teman sekejap. Pastu semua pecut dan hilang.

Diorang ni laju. Lepak sekejap je. Pastu terus meluncur naik ke menara pandang last tu. Diorang kayuh, akoo menolak. Pastu tak jumpa dah. Trail tak berlumpur walaupun agak licin dengan tanah yang agak loose. Tapi tak de la sampai tayar jadi donat kacang macam kayuh dalam sawah. Lepas settle basuh basikal, akoo balik ke rumah. Pukul 12++ lebih jugak sampai. Ok la tu.
Thursday, April 12, 2012 0 comments

Ugo naik PICC...

Nih first time akoo bawak beskalipat ni naik ke PICC sampai ke puncaknya. Dapat juga buat beberapa round. Rupanya lagi berat rasanya kayuhan dengan basikalipat berbanding basikal gunung.









Tuesday, April 3, 2012 5 comments

PICC Evening Ride - Solo Ride













Wednesday, February 15, 2012 0 comments

Kayuhan malam secara solo (balik Apex hantar)

Kat tepi parking depan Masjid Putra

Tempat sama background berbeza

Kat depan gate.... (bangunan apo eh namo eh nih)

Malam tu memang akoo dah terlintas nak cycling. Tapi lepas 9.30pm baru start sebab nak bagi Adam Danial si Pria Ganteng tidur dulu. So bila isi rumah sudah tidur, barulah akoo keluar. Petang tu pulak Apex (Nurul Faidz - UTM) call ajak minum malamnya. Tu kira cantik la tu. Sudah pasti keluar bawak IC ngan hand phone sudah cukup. Sebarang makan minum considered beres.

Gerak dari rumah, lalu bawah PICC ikut tepi tasik lalu depan Masjid Besi - cross ke Jambatan Seri Wawasan dan singgah parking Masjid Putra. Walaupun dekat je tapi ambil masa 20-25 minit juga. Ambil gambar skit then Apex bagitau dia kat Bangunan Imigresen. So akoo gerak ke sana park basikal depan meja Pak Guard dan masuk ke dalam dewan. Ingatkan ada apa la si Apex ni. Rupanya sedang settlekan 6P Bangla belaannya.

Lipat-Angkat-Tolak-Masuk dalam BMW nya. Akoo rasa boot kereta sedan akoo lagi luas (Proton je pun). Minum kat Presint Diplomatik sampai lewat tengah malam. Terima kasih Apex ko hantar akoo balik rumah. Kalau tak, mau jugak pukul 2 pagi baru sampai.
 
;