Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Ugo. Show all posts
Showing posts with label Ugo. Show all posts
Monday, May 21, 2012 0 comments

U-Go Sunset Sightseeing at Seaside - Bagan Lalang

Sabtu baru ni, Orang Ghumah ajak gi ke Bagan Lalang bawa Abang Adam Anak Soleh main layang² beserta acara makan kek birthday akoo yang ke-3². Muda lagi kan? Parking dekat dengan area surau tu. Tengok ada orang sewa basikal berkuasa bateri. Menarik gak ni. Macam kat Siam plak rasanya.

Bila dah settle sementara nak tunggu maghrib tu, baru akoo teringat yang mamat U-Go akoo ada bawak dalam boot. So akoo pun bawak la keluar dan riding la kat situ. Try bawak ke pantai. Tak buleh nak kayuh langsung. Jadi amik gambar je la….

Basikal berkuasa bateri

Bateri. Tak perlu kayuh²

U-Go ni kalau ada orang lemas, tak leh nak tolong

Pastikan pantai sentiasa bersih tau...

Lagi setengah jam nak maghrib

Tukar setting

Lambat lagi nak maghrib, tak terkayuh atas pasir tu

Setting pemandangan - cerah skit

Laut meluas...

Setting - sunset

Sexy Sunset

Bergambar dengan saudara

Saudara setayar lain kuasa

Wednesday, April 25, 2012 21 comments

Raleigh Ugo

Official gambar dari laman web Raleigh (klik sini)

Sekarang dah buleh dapat lagi murah pada harga di atas. Sebuah basikal yang baru buleh didapati pada harga RM750-RM850 sahaja.


Akoo pakai basikal ini setelah membeli basikal terpakai dengan harga RM550 yang berjaya dikurangkan dari RM700 yang diminta setelah beberapa kali sesi negosiasi secara SMS. Iklan basikal ini akoo jumpa di Mudah.my. So far basikal ini tidak pernah mengecewakan lagi. Paling jauh untuk satu perjalanan dalam 20km-25km. Jumlah jarak perjalanan menggunakan basikal ini sekitar 150km-250km. Sudah dua event di Putrajaya yang akoo masuk dengan basikal ini - Putrajaya Inter-Park Ride (PIPR) 12 dan 14. Group yang biasa layan basikal lipat pula - Putrajaya Urban Riders (PUR)

Komen secara keseluruhan - Sebuah basikal lipat yang boleh dikatakan above average (better than basic) dengan 7 speed yang sudah cukup untuk memanjat bukit (sudah sampai ke puncak PICC) dan juga dipacu dengan laju (25km/h ke 30km/h) bergantung pada kekuatan pengayuh. Basikal yang sangat santai dan selesa dikayuh di taman, di bandar dan dicelahan bangunan. Akoo pakai setiap hari untuk bergerak dari parking kereta ke lobi pejabat. 

Namun tidak boleh dipacu secara terlalu lasak. Mempunyai berat keseluruhan yang ringan - mudah diangkat untuk dimasukkan dalam boot kereta setelah dilipat. Saddle yang amat selesa dan tidak menyakitkan punggung walaupun dikayuh pada jarak yang jauh. Menurut rakan yang terlibat dalam perlumbaan basikal lipat - Raleigh Ugo ini boleh di'upgrade' dengan sedikit penambahan accessory seperti crank perlumbaan dan juga disc brake. 

Oleh itu akoo menganugerahkan 3.5/5 kepada basikal ini secara keseluruhan. 5/5 untuk value for money. Murah dan setanding dengan jenama dan model lain yang mencecah ribuan ringgit.
Friday, April 20, 2012 0 comments

Model folding bike show...

Muka garang je model ni. Senyum la skit.
Thursday, April 12, 2012 0 comments

Ugo naik PICC...

Nih first time akoo bawak beskalipat ni naik ke PICC sampai ke puncaknya. Dapat juga buat beberapa round. Rupanya lagi berat rasanya kayuhan dengan basikalipat berbanding basikal gunung.









Tuesday, March 13, 2012 1 comments

Ugo balik kampung...

Oleh kerana barang skit. Ugo kali ni dapat peluang nak ikut

Adam pun nak ikut jugak....

Dia siap gi amik mainan Thomas dia

Tanah lot ni dulu gondol. Skarang dah penuh rumput macam padang ragut plak

Bukit kat atas tu tempat akoo main lompat-lompat pakai motor Honda Cup arwah atuk 

Tanah - takde hal...

Lereng bukit ni dulu ada penyengat hitam. Takut nak lalu kat sini 

Tempat yang sama

Jom masuk hutan

Kebun getah tu jalan nak gi tanah kebun

Vertical 

Sisi lain

Macho...

Kat bawah tu dulu sawah tempat 'mengoca' ikan dengan tangguk dan tapis sayur

Ala semak sikit je

Country side

Nombor ni lepas ni dah buleh buang

Air terjun....

Masjid Jamek Johol

Balai Polis. 

Monday, March 5, 2012 0 comments

Daddy-son day out - uMMi outstation...

















Masa ni lepas jatuh kali kedua masa amik 'not so sharp turn downhill'

Ni basikal ke Autobot?

Ahad, 4 Mac 2012
Lokasi di sekitar Persint 5 dan 6 - Tepi Tasik Putrajaya
Mode: Dua beranak yang kena tinggal oleh uMMi yang outstation di Langkawi
 
;