Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Pandangan Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Pandangan Peribadi. Show all posts
Wednesday, March 21, 2012 0 comments

Selamatkah cyclist di jalan raya?


Nampaknya kemalangan maut pada Ahad lepas memberi impak atau penangan yang cukup kuat kepada rakyat Malaysia terutamanya seorang penunggang basikal ataupun cyclist. Banyak group, team dan orang perseorangan telah membuka mata dan menyeru kepada orang ramai untuk lebih peka terhadap keberadaan cyclist di atas jalan raya. Tetapi di Malaysia ini, adalah seorang cyclist selamat berada di jalan raya.

Banyak faktor perlu diambil kira. Keadaan jalan raya, behavioral pengguna jalan raya, kesesuaian menunggang (cycling) di jalan raya tersebut, faktor cyclist, kesedaran pengguna jalan raya, undang-undang jalan raya dan faktor cuaca. 

Pada pengamatan saya, kebanyakkan jalan raya di Malaysia ini terutamanya di bandar besar tidak sesuai dijadikan tempat berbasikal. Dengan tiadanya bahu jalan yang cukup luas, kenderaan yang banyak - tidak dapat memberi kelegaan 1.5 meter kepada cyclist, jalan yang berlubang-lubang, kenderaan yang laju, banyak simpang yang tidak tersusun dan tidak terancang (MRR2 banyak...- Pandan Indah-Pandan Jaya intersection contohnya), pencahayaan yang tidak baik pada malam hari, tiada lorong khas untuk pengguna basikal dan motorsikal. Jika kita lihat di Putrajaya pun, laluan untuk pejalan kaki dan cyclist adalah di atas bahu jalan dan bukan di jalan raya. 

Pendapat saya, di samping kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang adanya cyclist di situ tidak cukup jika jalan raya yang sesuai untuk cyclist tidak dapat diwujudkan. Jalan raya yang bahaya kepada cyclist juga perlu ditanda dan papan tanda peringatan terhadap cyclist perlu diadakan. Jika kita lihat di jalan raya seperti MRR2, kebanyakkan flyover ada papantanda yang menyatakan motorsikal tidak dibenarkan lalu. Seterusnya, undang-undang jalan raya perlu dikemaskini agar dapat memberi ruang dan peluang cyclist untuk terus berada di atas jalan raya dengan selamat. Ataupun mungkin demi menyelamatkan cyclist dari menjadi mangsa di jalan raya - haramkan mereka di jalan raya. 

Sekadar pendapat peribadi saya yang tidak membawa mana-mana pendapat pasukan atau persatuan. 
Tuesday, March 20, 2012 11 comments

Kemalangan maut cyclist Le Tua - Pandangan Peribadi saya

Pertamanya, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rafizi Hamdan, 37 tahun. Semoga tabah dalam menerima pemergian Allahyarham.

Sesungguhnya ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah dan tidak akan dicabut nyawa dari badan sesaat awal mahupun sesaat lambat. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sakaratul maut itu kerana kita tidak tahu bila saatnya. Yang pasti selangkah kita bergerak, selangkah juga kita mendekati maut.

Saya tidak mahu komen berkenaan peristiwa yang sudah berlaku cuma saya ingin melihat kehadapan persediaan kita dalam aktiviti berbasikal kita yang mendatang. Saya ingin lihat dari persediaan peribadi kita setiap kali turun ke gelandangan, jalan raya mahu pun bukit bukau atau sawah bendang. 

  • Mulakan niat untuk berkayuhan dengan niat riadah - suatu ibadah
  • Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan - yang pastinya menutup aurat
  • Bacalah bismilah dan doa sebelum keluar rumah - disertakan surah al-fatihah, ayat kursi dan lain-lain
  • Mulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan - Rasulullah dah ajar...
  • Berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar perjalanan kita sentiasa dilindungi dan dihindari sebarang musibah
  • Iringi setiap kayuhan dengan ucapan membesarkan Allah - tahlil, tasbih, tahmid atau takbir
  • Mengucap syukur (Alhamdulillah) setiap kali sampai ke check point dan tamat kayuhan
  • Segerakan yang wajib (solat fardhu) setiap kali masuk waktunya - takut tak sempat
  • Mengucap salam dan senyum kepada pengayuh atau orang-orang yang kita jumpa sepanjang perjalanan
  • Sentiasa bersabar dalam meniti dugaan-dugaan yang mendatang sepanjang aktiviti
  • Jaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang air merata-rata tempat
Wallahu a'lam. Semoga kita sentiasa dapat manfaat dalam aktiviti duniawi kita dalam menuju alam akhirat. InsyaAllah.
Tuesday, February 28, 2012 5 comments

PIPR14 - Pandangan peribadi saya

Mereka kata:
1. Ada baju
2. Nak pecah rekod
3. Ada cabutan bertuah
4. Helmet wajib

Hakikatnya:
1. Baju abis sebab orang main ambik je
2. Daftar pun kelam kabut cemana nak dapat official count
3. Tak de pun
4. Budak fixie selamba je tak pakai...


Pendafaran:
1. Check nombor
2. Beratur kaunter ikut nombor dan ambil kupon
3. Bawa kupon dan ambil baju
4. Ambil nombor

Yang berlaku:
1. Dah check nombor
2. Beratur dan ambil kupon - Tapi kaunter 1500++ sampai event start pun tak abis beratur lagi
3. Tak check pun kupon masa ambil baju. Ada cerita ada brader pakai satu kupon tapi ambil sampai 5 baju
4. Pilih la nombor mana-mana pun. Ramai je yang tak amik nombor, tak amik kupon dan tak dapat baju.

Kalau akoo jadi official utk Malaysia Book Of Record - akoo tak kan iktiraf langsung rekod diorang ni.

Pengumuman:
- Sila jangan pakai baju tu kerana kita belum dapat pengiktirafan dari Book of Record
Tapi...
- Baju yang akoo dapat tu tak de pun tulis Malaysia Book of Record

Dia tulis Karnival WOW je...

Paling best - Page diorang kat FB dah tak dijumpai lagi...

Akoo bukan nak condemn diorang pada posting kali ini. Tapi nak menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari itu. Ramai peserta tidak berpuas hati berkenaan event tersebut. Secara peribadi, akoo mengatakan pihak pengurusan PIPR masih belum mampu untuk handle event yang besar sebegini. Namun begitu, ada banyak improvement yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kelancaran event di masa akan datang.

Pun begitu, tetap ada bagusnya terutamanya kawalan trafik oleh PDRM disepanjang persimpangan yang ada lintasan di antara peserta dan trafik awam. Namun untuk satu event yang besar pada bilangan peserta, PIPR haruslah juga mempunyai bilangan petugas yang besar untuk menguruskan event dari awal sampai ke akhirnya. Terdapat peserta yang tidak menghabiskan kayuhan dan balik ke rumah di pertengahan jalan. Dan ada juga tidak tahu route yang sebenar dan salah laluan.

Opportunity for improvement.
1. Registration dibuat awal sehari atau dua hari (Cadangan dari Pak Adib - Putrajaya Urban Riders)
2. Dapatkan bantuan petugas dari kelab-kelab basikal yang aktif dan sentiasa join PIPR
3. Tambah marshal dan sweeper.
4. Susun permulaan ikut kategori dan semua kategori akan diiringi marshal dan sweeper

Huraian:
- MTB dan RB dalam satu group, Folding, minibike dan fixie satu group
- MTB dan RB dilepaskan dahulu - then hanya berpecah pada laluan off road (kiranya ada)
- Foldies, minibike dan fixie dilepaskan kemudian mengikut laluan yang sama pada awalnya dan dihalakan ke laluan yang lebih pendek, kurang berbukit dan lebih santai. Ini kerana kategori ini lebih perlahan dan ada kalanya membawa anak kecil bersama

5. Safety first - budak fixie tak pakai helmet - suruh balik. sapa buat aksi berbahaya seperti wheelie - suruh balik
6. Bantuan kenderaan iringan 4 roda (4x4, kereta atau van) sangat penting.

Tu aje yang dapat akoo pikir untuk malam ni. Jika ada lagi cadangan yang bernas silalah komen di bawah. Kerana pendapat anda akan disalurkan melalui ahli jawatan kuasa PIPR yang sah.
 
;