Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Trek. Show all posts
Showing posts with label Trek. Show all posts
Wednesday, July 24, 2013 0 comments

Puzzle terakhir sudah pun sampai...

Cuba carik huruf tersembunyi

Akhirnya, completelah sudah group set beskal ini. So boleh dah stop upgred untuk beberapa bulan. Hehehe. So skarang nih tinggal saddle, wheelset, fork dan tayar sahaja yang masih kekal dari basikal Polygon dulu. Ni pun tengah berkira-kira nak dapatkan wheelset XT. Kalau dah dapat, itu namanya super-completed.

Brek ini adalah ihsan dari abang senior - Aziz Talha yang upgred ke XTR. Pakej yang menarik (2 kali bayar) tapi dah agak ketat juga syaratnya. Dulu beli crank XT pun dapat 3 kali bayar. Terima kasih Abam Ajiz

Unstoppable - takde brek!

Thursday, July 18, 2013 0 comments

Frame idaman on sale pula - TREK 8.9...


Murah je ni. 2nd la tapi. RM1500 je. Saiz pun dah kena. Barang baik biasanya muncul kat BBS time akoo tak de sen. Kalau ada bajet, memang akoo dah amik dah nih. Cuma kalau amik jugak, memang kena beli fork lain la sebab frame ni jenis tapered. Warghh.....

Iklan asal (klik sini)


Wednesday, May 15, 2013 0 comments

Tringg....

Sungguh lama tak update blog ni. Bukan setakat bersawang dah ni, dah tumbuh hutan pokok renek dah. Tak boleh nak tebas pakai sabit, nak kena pakai chain saw baru boleh settle. Lama tak update sebab kat opis ni pakai Internet Explorer zaman penjajahan Portugis. Leceh nak update banyak yang incompatible, nak view blog orang lain pun manjang error. Tapi baru-baru ni dapat install Google Chrome, so masalah selesai.

Banyak dah yang berlaku sepanjang setengah tahun tak tulis blog ni. Macam-macam up and down. Down and under. Underground, Underhill, Undertable dan tak lupa juga Undertaker. 

Antara yang dah berlaku 

November 2012 
- Masuk Jamboree Sepang yang hampeh 

Disember  2012
- Kensel masuk Jamboree Tampin 
- Kensel masuk Jamboree Putrajaya 
- Beli beskal Polygon Cozmic 6.0 Limited Edition 
- Jual beskal Raleigh masa hari Krismas

- Mula menjadi penjual aktif di BBS (http://bicyclebuysell.com/user.php?id=16750)

Januari 2013
- Salin barang-barang dari beskal Polygon ke Trek6300

- Start pakai clipless

- Menawan Puncak Bukit Tok 4 Rashid (dalam route Kota Warisan)


Februari 2013
- Jual frame Polygon 

- Jadi assistant trainer kat PCP utk acara basic mtb - Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN)


Mac 2013
- Masuk Jamboree 360 Kota Warisan - super duper cramp!

April 2013
- Mini Jamboree UUM kat Cyberjaya - santai dan tak cramp dpt nombor 333


Mei 2013
- Workout untuk event - Kayuhan Amal Meditop Corporation
Wednesday, February 15, 2012 4 comments

Kayuhan santai bersama Enche Ajoi

Style... Ajoi bersama basikal Trek - hadiah dari Samba

Hari Ahad, 12 Februari. Akoo petik Ajoi gi berbasikal petang tu. Rupanya dia terlelap masa tengok game ragbi 6 Nations - Italy vs England. "Boring" katanya...

Ni kali kedua akoo ride dengan Ajoi yang tengah nak recover fitness selepas injured patah tangan masa main ragbi tournament NS Close tahun lepas. Kalau jogging kat padang takut banyak hentakan dan beri kesan pada tempat patah tu. So riding akan kurang risiko. Cuma dia pakai road bike, tak leh nak masuk jalan tak rata. Tambahan pula seat post dia nipis gila. "Sakit bontot" dia cakap...

Nih kali kedua akoo ride dengan dia. First time masa Jumaat malam baru ni. Sekali dengan Abang Din Driver. Gerak dari rumah akoo kat PICC, jalan kat dataran sampai ke Masjid Putra. Berenti lepak lama-lama. Adusss....  Pastu patah balik. Ni Abang Din punya route la nih.

Yang Ahad nih plak lagi la sekejap. Route ikut Pullman. Baru sampai kat jambatan lepak jap dah hujan. Terus patah balik. Masa nak naik ke simpang PICC Yusri call tanya Putrajaya hujan ke tak. Dia plan nak buat family ride. Akoo cakap la hujan. Sekali sampai kat atas simpang tu tak hujan pun. Sempat la bergambar. First time akoo amik gambar basikal akoo ni.
 
;