Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label PIPR14. Show all posts
Showing posts with label PIPR14. Show all posts
Tuesday, February 28, 2012 5 comments

PIPR14 - Pandangan peribadi saya

Mereka kata:
1. Ada baju
2. Nak pecah rekod
3. Ada cabutan bertuah
4. Helmet wajib

Hakikatnya:
1. Baju abis sebab orang main ambik je
2. Daftar pun kelam kabut cemana nak dapat official count
3. Tak de pun
4. Budak fixie selamba je tak pakai...


Pendafaran:
1. Check nombor
2. Beratur kaunter ikut nombor dan ambil kupon
3. Bawa kupon dan ambil baju
4. Ambil nombor

Yang berlaku:
1. Dah check nombor
2. Beratur dan ambil kupon - Tapi kaunter 1500++ sampai event start pun tak abis beratur lagi
3. Tak check pun kupon masa ambil baju. Ada cerita ada brader pakai satu kupon tapi ambil sampai 5 baju
4. Pilih la nombor mana-mana pun. Ramai je yang tak amik nombor, tak amik kupon dan tak dapat baju.

Kalau akoo jadi official utk Malaysia Book Of Record - akoo tak kan iktiraf langsung rekod diorang ni.

Pengumuman:
- Sila jangan pakai baju tu kerana kita belum dapat pengiktirafan dari Book of Record
Tapi...
- Baju yang akoo dapat tu tak de pun tulis Malaysia Book of Record

Dia tulis Karnival WOW je...

Paling best - Page diorang kat FB dah tak dijumpai lagi...

Akoo bukan nak condemn diorang pada posting kali ini. Tapi nak menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari itu. Ramai peserta tidak berpuas hati berkenaan event tersebut. Secara peribadi, akoo mengatakan pihak pengurusan PIPR masih belum mampu untuk handle event yang besar sebegini. Namun begitu, ada banyak improvement yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kelancaran event di masa akan datang.

Pun begitu, tetap ada bagusnya terutamanya kawalan trafik oleh PDRM disepanjang persimpangan yang ada lintasan di antara peserta dan trafik awam. Namun untuk satu event yang besar pada bilangan peserta, PIPR haruslah juga mempunyai bilangan petugas yang besar untuk menguruskan event dari awal sampai ke akhirnya. Terdapat peserta yang tidak menghabiskan kayuhan dan balik ke rumah di pertengahan jalan. Dan ada juga tidak tahu route yang sebenar dan salah laluan.

Opportunity for improvement.
1. Registration dibuat awal sehari atau dua hari (Cadangan dari Pak Adib - Putrajaya Urban Riders)
2. Dapatkan bantuan petugas dari kelab-kelab basikal yang aktif dan sentiasa join PIPR
3. Tambah marshal dan sweeper.
4. Susun permulaan ikut kategori dan semua kategori akan diiringi marshal dan sweeper

Huraian:
- MTB dan RB dalam satu group, Folding, minibike dan fixie satu group
- MTB dan RB dilepaskan dahulu - then hanya berpecah pada laluan off road (kiranya ada)
- Foldies, minibike dan fixie dilepaskan kemudian mengikut laluan yang sama pada awalnya dan dihalakan ke laluan yang lebih pendek, kurang berbukit dan lebih santai. Ini kerana kategori ini lebih perlahan dan ada kalanya membawa anak kecil bersama

5. Safety first - budak fixie tak pakai helmet - suruh balik. sapa buat aksi berbahaya seperti wheelie - suruh balik
6. Bantuan kenderaan iringan 4 roda (4x4, kereta atau van) sangat penting.

Tu aje yang dapat akoo pikir untuk malam ni. Jika ada lagi cadangan yang bernas silalah komen di bawah. Kerana pendapat anda akan disalurkan melalui ahli jawatan kuasa PIPR yang sah.
Monday, February 27, 2012 1 comments

PIPR14 bersama Putrajaya Urban Riders

Geng Brompton 

Beratur macam nak rak. Tapi ramai tak dapat baju.

No akoo lain. Tapi no ni je la yang dapat

Adus... gambar tak ikut turutan. Ni dah abis ride dah nih

Masa ni berenti makan pisang yang akoo tapau...

Masa nih akoo baru lepas kena trick dengan geng-geng PUR

Kita minum dulu....

Crank ada 3...

Another Foldies

Tayar dia kecik je

Couple dengan anak naik foldie. Kuat kaki brader ni

Ni ada bantuan nyawa tambahan....

Geng power ni. FB siap ada disc brake. Tapi naik bukit akoo tapau aa...

They are not oldies. Just foldies

Seawal pukul 7.30 akoo kuar umah ride gi Presint 2. Tengok ramai gila orang beratur. Nasib baik akoo tanya kat Megat Zulkarnain. Cara daftar - check nombor, beratur ikut nombor, amik kupon, bawak kupon amik baju dan amik nombor letak kat basikal/baju. Hakikatnya - hampeh. 

Jumpa gak bebudak yang akoo pernah kenal dulu-dulu macam Bacak (ex-SAS), Marv (ex-UTM). Tapi puas akoo perhatikan geng PUR tapi tak jumpa. Rupanya diorang tunggu kat belakaaaang sana. Tunggu abis suma orang gerak, baru la diorang nak gerak. 

Macam biasa la. Akoo layan Pak Adib je. Bawa slow and easy. Tapi ada gak geng folding yang laju. Tapi last-last akoo gak yang terkena. Diorang siap pikul basikal naik tangga sedangkan akoo naik bukit tinggi gila. Tak terasa hati pun. Seronok dapat cabar bukit tinggi tu.

Cuma akoo rasa pengurusan PIPR tak mampu lagi nak handle event besar macam ni. Serabut, terabur dan ramai tak puas hati. 
Thursday, February 23, 2012 0 comments

PIPR14 - 26 Feb 2012 - Akan menjadi sejarah


Putrajaya Inter-Parks Ride
26 Feb 2012 - Ahad
7.00 di Presint 2
Jarak mencecah 35km
Bersempena Karnival WOW!

Latest news:
Pendaftaran telah ditutup setelah mencapai 2300 orang. Hanya 200 orang sahaja akan dibenarkan untuk walk-in registration.
 
;