Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Showing posts with label Meditop Cycling Team. Show all posts
Showing posts with label Meditop Cycling Team. Show all posts
Monday, March 19, 2012 2 comments

GTRiders was born

GTRiders = Geng Top Riders

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan 

Sekadar gambar hiasan 

Setelah mendapat persetujuan dari ahli-ahli gabungan pengayuh bersatu Meditop Corporation, nama Geng Top Riders atau disingkat menjadi GTRiders telah dipilih untuk mewakili kumpulan kitorang. Jangan disalah erti sebagai GT Riders yang lain seperti perkumpulan penunggang Modenas GT128, penunggang GT BMW atau pengayuh basikal jenama GT. Kami ada sorang je yang pakai basikal GT.
Wednesday, March 14, 2012 2 comments

Test Run - Route Kayuh Santai Di Bangi

TEST RUN JE...

Sempena Kayuhan Santai pada 31/3/2012 nanti, pihak urusetia event akan mengnjurkan satu sesi test run untuk mengenal-pasti segala hazard dan risiko yang ada pada sepanjang route 25km tersebut. Kami juga menjemput kepada semua yang berminat untuk turut serta. Details adalah seperti di bawah:

Subject: Kayuhan Test Run - Santai Di Bangi
Tarikh: 18 Mac 2012 (Ahad)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Masa gerak: 8.00 pagi
Tempat kumpul: Meditop Plant 2, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (Dekat Masjid Hijau)
Jarak: 25km (2 check point - makanan dan minuman sendirian berhad)
Jenis basikal: Terbuka 
Route:

Sekiranya berminat menyertai kami pada Ahad ini, sila hubungi saya, Joe Radzif di talian o|3-3o3-namnam-patpat.
Monday, March 12, 2012 1 comments

Night Ride - Edisi Meditop vs Kampung Limau Manis

Keyword: Mula asing-asing. Jalan pecah-pecah. Finish makan-makan

Port biasa - Jambatan depan PICC. Ni group yang kena tinggal

Kepten dengan bersahaja meninggalkan kitorang dengan laju

Geng Limau Manis yang kena tinggal

Azian Fuji yang dah berzaman tak turun berkayuh 

Tinggal 5 basikal je. Lagi 6 dah blah dulu

RB geng Limau Manis

Lobi PICC

Tembok PICC.

Dataran dari kejauhan

Sek Baghak sedang berlakon

Kami yang tertinggal ni tunggu orang yang dah kedepan

Fuji yang kecundang. Dua kali

Camouflage anyone? Bergambar bersama basikal sewa

Pandai gak Raleigh Abang ni menyorok

Dua puak geng laju - XDS Abang Din dan Giant Yusri

Makan dulu lepas bersatu kembali.

Start lambat dan asing-asing. Akoo gerak dari rumah sebab akoo tak gi main futsal malam tu. Yusri, Hafiz dan Azian start dari Presint Diplomatik. Abang Din plak ikut geng Kampung Limau Manis. So set jumpa di Dataran Masjid Putra aje. Tapi bebudak ni tak bawak handphone. Kumpul plak tempat lain-lain. Nasib baik bertemu juga.

Lepas regroup dapatlah 11 basikal semua sekali. Gerak ke Jambatan PICC dulu. Malam nih Yusri nak layan santai saja dia cakap. Tapi dia gak yang paling depan sekali. Sampai kat jambatan akoo nak rehat dulu tapi Yusri ngan geng Limau Manis lain terus gerak. Tak tahu gerak ke mana. Kitorang yang tinggal ni ingat diorang gi PICC. Jadi kitorang 5 orang naik la ke lobi tapi tak de nampak muka. Hafiz yang letih main futsal ajak patah balik ke Dataran. So geng Limau Manis 2 orang tu gerak ke tempat lain.

Episod tak berapa best berlaku. Azian mulanya jatuh masa nak turun PICC. Pastu cramp pula. So kitorang slow je la. Yusri dengan Abang Din dah sampai ke Desa Pinggiran Putra nak ke Presint Diplomatik. Mulanya kitorang ingat diorang nak terus ke sana. Rupanya diorang tunggu kitorang. Bila kitorang tak muncul diorang patah balik naik ke PICC. Tapi akhirnya jumpa juga balik di Masjid Putra.

Gerak sama-sama ke Presint Diplomatik untuk minum. Akoo siap makan megi goreng lagi. Pastu dalam perut membuat operasi menghadam tu akoo dengan Abang Din kayuh balik naik bukit mental dari arah berlawanan. Lagi la tegak. Pastu akoo sorang la berkayuh. Rasanya dari kedai mamak tu ke rumah ada juga 10km dan akoo amik masa 30 minit untuk sampai. Sampai rumah pun dah pukul 2.00. Lepas ni angkut juga la basikal masuk kereta. Letih nak kayuh sorang-sorang. Jiran pula tengah sibuk uruskan baby yang baru lahir.
Saturday, February 25, 2012 0 comments

Night Ride - Meditop + BBS Cyclist - Success!

Fuji RjSutan +  Raleigh Full-sus pinjam

Giant ATX Biru keADILan - Hafiz Iceberg

Sume superhero tolong betulkan brake depan abang kawasan - Kahlid Silver Surfer

Giant Yusri - nampak cun la...

Abang kawasan posing manja sedang orang lain bertungkus lumus

Ini champion punya - Corratec Mif Deale 

Setelah dapat kebenaran dari penganjur, akoo pun jemput geng chatters BBS utk join night ride semalam (Jumaat malam). Jemputan yang telah disambut oleh Mif dan RjSutan. Berbanyak terima kasih kepada meraka berdua yang sabar melayan kerenah bebudak kilang akoo nih. Termasuk sabar menunggu akoo yang jauh tertinggal di belakang akibat kesakitan pada kelangkang dan buntut akibat seat yang kerasa dan tak pakai seluar ada pad.

Pada awalnya, akoo rasa macam ada kegagalan skit. Akoo dan Abang Din Driver tersohor gerak dari Kampung Limau Manis - panjat bukit panjang (Bukit Mental kata bebudak ni) pastu sampai flyover Alamanda berpecah pula. Akoo ke P.14 nak jemput Mif dan RjSutan Abang Din plak dah masuk ke kiri. Sedang akoo naik, bebudak Meditop dah turun dari sana. Mif dan RJ tak kisah sebenarnya sebab geng Keliwon Night Ride pun ada kat P.14 tengah bersiap. Tapi dalam kelam kabut tu, dapat juga kitorang berkumpul di Dataran Masjid Putra.

Lepas regroup, gerak dari Masjid Putra ke PICC. Mulanya akoo dapat gak ikut phase bebudak nih. Tapi lepas ketidak selesaan di kelangkang. Akoo la orang terakhir dalam tu. Sampai Simpang PICC lepak berkumpul dulu melepaskan kepenatan. Dan turun semula ke arah P.14 melalui jalan Desa Pinggiran Putra dan naik bukit panjang tu. Akoo masa nih memang dah susah dah nak kayuh. So akoo kayuh la perlahan-lahan. Rupanya diorang tunggu kat puncak. Tak tahu lah berapa lama diorang tunggu situ.

Macam biasa abis kayuh lepak minum di Haji Tapah. Semua cyclist lepak minum termasuk offroad hard core- JonzCY yang datang lepak sekali. Settle minum memasing dah dekat dengan kereta memasing. Akoo ngan Abang Din ada lagi 5km termasuk 3 kali naik bukit utk sampai ke rumah Abang Din. Tapi Ipin ngan Razi offer untuk hantar naik Avanza - syukur....

The Cyclist
1. Yusri
2. Ipin
3. Akoo (pakai beskal pinjam)
4. Haji Ikram 
5. Kahlid
6. Hafiz (new comer) 
7. Saleh
8. Razi
9. Abang Din Driver Tersohor
10. Kawan Kahlid
11. Mif Deale
12 .Raja Sutan

Guest - Jonz Che Ya

Cyclist tercicir
1. Azizan (boss akoo)
2. Saidin - hantar wakil - basikal yang akoo pakai 
3. Botak - Chandra tak approve cuti. (Sapa boss??)

Ucapan terima kasih kepada BBS Cyclist yang sudi menyertai kami.Maaf atas segala kesulitan dan kekurangan yang ada pada pasukan kami ini.
 
;