Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Monday, July 22, 2013 0 comments

Chris Froome menang Tour de France


Chris Froome telah menepati ramalan sebagai favourite untuk memenangi Tour de France edisi ke-100 dengan meninggalkan Quintana di tempat ke-2 dengan 4 minit 20 saat. Quintana juga telah memenangi kategori pelumba muda dan King of Mountain. Jersi Hijau kekal milik Peter Sagan. 

Ada yang mengatakan sepatutnya Froome telah menang sejak dari 2012 sewaktu beliau membantu Bradley Wiggins menjadi atlet British pertama memenangi TdF di mana Froome lebih hebat dalam stage berbukit seperti mana beliau telah memenangi 2 stage termasuk Vermont di mana kali terakhir pemegang Jersi Kuning memenangi stage tersebut adalah pada 1970 oleh Eddy Merck. 

TdF telah menutup tirainya pada Stage 21 yg tamat di Paris Champ-Elysees di mana Marcel Kittel telah menamatkan penguasaan Mark Cavendish selama 4 tahun berturut-turut di pentas penamat ini. 


Thursday, July 18, 2013 0 comments

Frame idaman on sale pula - TREK 8.9...


Murah je ni. 2nd la tapi. RM1500 je. Saiz pun dah kena. Barang baik biasanya muncul kat BBS time akoo tak de sen. Kalau ada bajet, memang akoo dah amik dah nih. Cuma kalau amik jugak, memang kena beli fork lain la sebab frame ni jenis tapered. Warghh.....

Iklan asal (klik sini)


Wednesday, July 17, 2013 4 comments

Demi Pusara Negara, PCP dikorbankan sikit.



Ala sikit je. Kat Pump track je. Tapi ramai yang sedih sebab last gap tu dah tak de. Tak leh nak lompat dah. Akoo pun tak sempat nak melompat kat situ. Gambar² ni diambil pada hari akoo jatuh dulu. 9 Jun 2013. Skang dah lain skit dah progressnya.


Sebelah tayar belakang beskal tu la jalan yang asal mendaki ke dessert hill. So skang nih diorang dah buat trail yang lain macam divert skit tapi agak curam juga. 


Yang nampak macam denai belah kiri sebelah kanan tepi pokok sawit tu la jalan yang baru. Masa gambar ni diambil dia belum betul² padat lagi. Skang dah padat dah dan tak susah untuk climbing. 

Nampak bulatan dan bulatan merah? Kat situ lah yang akan jadi Pusara Negara untuk tanam negarawan yang berjasa di negara ini. Siapa la yang akan rasmikan tempat ni menjadi jenazahnya. Kita tunggguuuuu....
Tuesday, July 16, 2013 0 comments

Want to sell: MacMahone XC Fullsus - Final offer!!



Menjual bagi pihak rakan - Alvin Goh
Iklan asal di BBS (Klik Sini)

Hardly ride. The most 3 -4 months. Very rare frame. Not many in the country.
Suitable for riders with attitude. Good climb and fast rolling!!

Condition - 9.8/10
Cosmetic - 9.5 /10
Color - Green and white
Price - RM 4099 - 3 days only!!

Frame - MacMahone Lionheart XC
Size - 17
Rear shock - Rockshox Monarch 4.2
Front Fork - XFusion Velvet (120mm) 15mm thru axle
Handlebars - Ritchey Superlogic Carbon 
Stem - Truvativ Stylo T30 (70mm)
Headset - MacMahone 
Seat clamp - Macmahone
Grips - SRAM Foam Grip
Seatpost - Truativ
Front brake - Avid Elixr 7
Rear brake - Avid Elixr 7
Rotor - XX 180mm
Cranks - X7 (2 x10)
Chain - SRAM X7
Pedals - Wellgo
Front derailleur - XT
Rear derailleur - X7
Front shifter - X7
Rear shifter - X7
Cassette - SRAM 10 speed
Wheelset - Macmahone King Rim (Black with white spokes and red nipples)
Tyres - Tubeless Panaracer 2.1 UST
Total weight - 12.4 kg (can reduce further with better upgrades!!)

Call / SMS / Wassup me @ 0123223600 (Alvin). Bike can be view in Klang anytime. Call or text me for arrangements or directions. 



Monday, July 15, 2013 0 comments

Upgred di tempat cuci beskal PCP


Hari Sabtu, puasa ke-4 akoo bawak anak jalan-jalan. Singgah sekejap ke PCP saja nak tengok ramai ke orang. Tengok kat tempat skate memang tak de orang. Yang ada nampaknya beberapa geng Cina tengah basuh basikal. Baru perasan ada tempat stand kat tempat cuci tu. Kiranya senang la skit nak membasuh beskal lepas ni. Tak yah la sandar kat dinding atau diterbalikkan. Tak berapa baik diterbalikkan nih takut air masuk dalam tube.

Jangan tiru aksi ini. Ini adalah salah guna kemudahan namanya.

Ni baru betul. Layan PCP satu loop lepas Asar Puasa ke-5.

Friday, July 12, 2013 0 comments

Interval Training: Flying 40s to Enhance Muscular Endurance

Kepada yang kekurangan masa seperti akoo tapi ada trainer (pinjam) di rumah. So ada beberapa teknik untuk memperhebatkan dan memperkasakan kaki yang boleh dicuba di rumah. So teknik kali ini dinamakan dalam BM nya:

40 saat untuk meningkatkan ketahanan otot
(Sila rujuk gambarajah di atas)

Graf hijau gelap - Kayuh sekuat / selaju yang boleh 
Graf hijau muda - Kayuh recovery

Kayuh kuat 40 saat kemudian recovery 20 saat dan ulang semula selama 10 kali = 10 minit
Kemudian kayuh secara rehat / santai / releks selama 5 minit
So satu set = 10m + 5m = 15 minit. 
Sila buat 4 set so jumlahnya menjadi - 60 minit (sejam)

Sumber rujukan: (Klik Sini)
Thursday, July 11, 2013 1 comments

BMW Concept Active Tourer Outdoor - untuk Basikalis


Kombinasi kereta dan basikal sangat diperlukan oleh basikalis-basikalis yang perlu berada di sesuatu tempat sebelum melancarkan mesin yang menggunakan kekuatan zahir. Inilah hasilnya. Suatu konsep oleh BMW. Gantung belakang boleh kena rembat. Sangkut atas pun bahaya kalau terlupa boleh terlanggar fly-over. So simpan dalam lagi selamat. Kalau orang tu boleh bukak kereta untuk rembat basikal, baik diorang rembat sekali dengan keretanya. Pembacaan lanjut boleh klik sini (Paultan.org)





Tuesday, July 9, 2013 0 comments

Jumper jatuh kat PCP


Setelah 4 minggu berlalu lepas kejadian stunt not fun dulu, akoo try juga masuk ke PCP sebelum bermulanya Ramadhan 1434 ni. Dah banyak ajak orang, tak de pun yang kata nak join. So akoo layankan aje lah sorang-sorang. Dalam pukul 6.00 petang start. Sebelum sampai ke Rock Garden terserempak dengan seorang brader. Pastu ada lagi 2 brader muncul. Salah sorangnya adalah kelibat yang dikenali sangat biasa di PCP - Yazid. 

So follow diorang la. Ramai skit kurang skit risiko. Tapi yang pasti diorang ni downhill bukan main laju. Makan debu je la akoo. Dah la cuaca kering dan berdebu tambahan pula ada sisa-sisa asap dari pembakaran terbuka so agak bekerja keras juga paru-paru ni. Lepas habis semua loop, lepak sekejap kat pump track tengok geng Freeride & Dirt jump main lompat-lompat. Pastu sambung 2nd round. 

Kedengaran bunyi ambulan tapi tidak dipedulikan sebab tak terpikir apa-apa pun. Cuma bila dah abis loop, baru perasan yang ada rider berbalut bahu. Ada yg cakap dislocated, ada yang cakap collarbone fracture. Mana satu yg betul pun tak tahu. Yang akoo tau, masa landing dia silap dan jatuh ke sebelah kanan. Akoo sempat mengucapkan semoga cepat sembuh kat brader tu masa dia kat dalam ambulan. 

Macam biasa, lepas maghrib baru sampai di rumah. 


Friday, July 5, 2013 12 comments

CAMERON HIGHLANDS THOMPSON TRAIL MTB FUNRIDE 2013


Bertarikh 26/10/2013, Cameron Riders Cycling Club bersama-sama Pejabat Kesihatan Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia dan juga Kementeriaan Belia dan sukan akan mengadakan satu funride event yg diberi nama CAMERON HIGHLANDS THOMPSON TRAIL MTB FUNRIDE 2013.

Details boleh klik di sini.

InsyaAllah akoo akan join dengan geng GTRiDERS car pool beramai-ramai. 
Monday, July 1, 2013 0 comments

Red Bull Jungle Meltdown 2013 - Bukit Ramlee


Maklumat lanjut di sini
 
;