Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Saturday, February 18, 2012 6 comments

The Folding Riders are unfold - Putrajaya Urban Riders (PUR)

The nice gentleman - Mr. Suffian Malik 

Ahaks. Akoo terjumpa blog diorang Putrajaya Urban Riders beberapa minggu lepas. Then keep stalking kat page diorang. Folding bike group of Putrajaya. Terasa teruja nak join. Then Mr. Adib (blog owner) ajak join group diorang kat FB. So it is closed group dan akoo kena request untuk join. Sebelum akoo jumpa Mr. Suffian, diorang tak approve lagi. Tapi hari nih (18/2) access guaranteed. Dengan sewenang-wenangnya akoo menceroboh dan mencoretkan ayat di page group diorang.

So lepas chatting dengan Mr. Suffian lepas akoo turun dari Putrajaya Lake Criuise, akoo dapat tau meeting point diorang kat Umai Cafe kat Monumen Alaf Baru tu. Padan la malam tadi cari diorang kat Dataran Masjid Putra takda. So diorang ride malam - Selasa dan Jumaat. Ride weekend plak Sabtu dan Ahad pagi. Tapi minggu ni tak leh join. Akoo cadang nak join Selasa depan ni.

0 comments

Kayuhan malam - Saidin-san (opismet)

Raleigh full-sus vs Raleigh Folding

Zif, amik gambar nampak masjid...

Tadi tak clear la bang, nih clear skit...

Abang kena pakai beskal besar, adik pakai beskal kecik je....

Akoo memang nak riding beberapa malam sebelum main futsal Jumaat ni. Kiranya nak amik stamina la skit. So akoo ajak la Saidin-san (Workshop) ngan Abang Din F1 Driver. So dua-dua sudah setuju. Pacers (kayuh laju) macam Yusri memang rasanya tak yah ajak la sebab malam Jumaat rasanya dia kayuhan hentakan kat rumah je.

Petang tu akoo amik mak mertua dulu kat Saujana Putra ngan Adam. Then settle tapau baru balik rumah. Malam tu plak punya la kelam kabut, lampu belakang lupa pasang, air 100Plus tinggal dalam kereta so kena la pusing balik gi amik. Saidin-san dah tunggu lama dah kat simpang Pinggiran Putra. Nasib baik dia tak balik rumah je.

So routenya. P5-Pinggiran Putra-naik bukit panjang-lalu depan Presint 1- Masjid Putra. Lepak sekejap. Kayuh balik dari situ-P5 lalu jalan depan dataran. Bila check dengan Google Map, jarak kayuhan mencapai 19.5km. Kira terbaek la tu.
Friday, February 17, 2012 4 comments

Marked & Spotted - Mahalnya basikal lipat nih!!!

RM4000.00 utk Basikal Lipat import terpakai



Marked & Spotted at Mudah.my (klik sini)
Brand : Bianchi Fretta ( Birdy Bd-1 )
Item code : HU-1361
Status: Used (Import dari Jepun)
Condition: Nice
Specs:
- 8 speed
- Revo shifter
- 11.5Kg
- outback Bag


Wednesday, February 15, 2012 0 comments

Kayuhan malam secara solo (balik Apex hantar)

Kat tepi parking depan Masjid Putra

Tempat sama background berbeza

Kat depan gate.... (bangunan apo eh namo eh nih)

Malam tu memang akoo dah terlintas nak cycling. Tapi lepas 9.30pm baru start sebab nak bagi Adam Danial si Pria Ganteng tidur dulu. So bila isi rumah sudah tidur, barulah akoo keluar. Petang tu pulak Apex (Nurul Faidz - UTM) call ajak minum malamnya. Tu kira cantik la tu. Sudah pasti keluar bawak IC ngan hand phone sudah cukup. Sebarang makan minum considered beres.

Gerak dari rumah, lalu bawah PICC ikut tepi tasik lalu depan Masjid Besi - cross ke Jambatan Seri Wawasan dan singgah parking Masjid Putra. Walaupun dekat je tapi ambil masa 20-25 minit juga. Ambil gambar skit then Apex bagitau dia kat Bangunan Imigresen. So akoo gerak ke sana park basikal depan meja Pak Guard dan masuk ke dalam dewan. Ingatkan ada apa la si Apex ni. Rupanya sedang settlekan 6P Bangla belaannya.

Lipat-Angkat-Tolak-Masuk dalam BMW nya. Akoo rasa boot kereta sedan akoo lagi luas (Proton je pun). Minum kat Presint Diplomatik sampai lewat tengah malam. Terima kasih Apex ko hantar akoo balik rumah. Kalau tak, mau jugak pukul 2 pagi baru sampai.
18 comments

Kencana-SIC Bikeathon 2012 (19 Feb 2012)

Logo yang cukup cool....

Pusing keliling track F1. Terbaek...

Details: Kencana-SIC Bikeathon 2012 <<klik
Venue: SIC - Sepang F1 Circuit
Date:   19 Feb 2012


ITINERARY & SCHEDULE (Sunday - 19th February 2012)
TIME SESSION
0730 Signing On Opens
0850 Call To Start Line For Folding Bikes
0900 Folding Bikes Starts
0950 Call To Start Line For Mens Masters & Womens Open
1000 Men Masters & Women Open Starts
1115 Call To Start Line For Kids Events: 5-7 & 8-10 Years Old
1125 Kids Events: 5-7 Years Old
1140 Kids Events: 8-10 Years Old
1155 Call To Start Line For Juniors
1200 Juniors Category Starts
1350 Call To Start Line For Fixie Bikes
1400 Fixie Bikes Category Starts
1450 Call To Start Line For Mens Open
1500 Mens Open Starts
1610 Call To Start Line For Media & Sponsors
1615 Media & Sponsors Category Starts
1645 Prize Giving Ceremony & Lucky Draw Session For All Categories
4 comments

Kayuhan santai bersama Enche Ajoi

Style... Ajoi bersama basikal Trek - hadiah dari Samba

Hari Ahad, 12 Februari. Akoo petik Ajoi gi berbasikal petang tu. Rupanya dia terlelap masa tengok game ragbi 6 Nations - Italy vs England. "Boring" katanya...

Ni kali kedua akoo ride dengan Ajoi yang tengah nak recover fitness selepas injured patah tangan masa main ragbi tournament NS Close tahun lepas. Kalau jogging kat padang takut banyak hentakan dan beri kesan pada tempat patah tu. So riding akan kurang risiko. Cuma dia pakai road bike, tak leh nak masuk jalan tak rata. Tambahan pula seat post dia nipis gila. "Sakit bontot" dia cakap...

Nih kali kedua akoo ride dengan dia. First time masa Jumaat malam baru ni. Sekali dengan Abang Din Driver. Gerak dari rumah akoo kat PICC, jalan kat dataran sampai ke Masjid Putra. Berenti lepak lama-lama. Adusss....  Pastu patah balik. Ni Abang Din punya route la nih.

Yang Ahad nih plak lagi la sekejap. Route ikut Pullman. Baru sampai kat jambatan lepak jap dah hujan. Terus patah balik. Masa nak naik ke simpang PICC Yusri call tanya Putrajaya hujan ke tak. Dia plan nak buat family ride. Akoo cakap la hujan. Sekali sampai kat atas simpang tu tak hujan pun. Sempat la bergambar. First time akoo amik gambar basikal akoo ni.
Tuesday, February 14, 2012 1 comments

Folding Bike: GT 21 speed



(Gambar ehsan BBS - iklan dia dah takde dah)

Brand: GT
Type: Folding / Lipat
Speed: 21

Basikal lipat nih akoo jumpa dalam BBS. Brader tu nak jual terpakai pada harga RM1300. Dia beli pada harga RM1600. Sekali pandang je akoo dah jatuh minat kat basikal nih sebab speed dia (basikal akoo 7 speed je). Tapi iklan dia dah tak ada dah sebab aritu owner dia kata dah ada orang booking. Pastu tengok pada wheel dia - sport rim 6 batang macam P1 Buddy dah...
Monday, February 13, 2012 0 comments

Next Event: Kayuhan Mega Hot.FM di Putrajaya & Shah Alam


Details: Kayuhan Mega Hot.FM
Putrajaya pada 18/2/2012 - Event Malam
Shah Alam pada 19/2/2012 - Event Pagi

Tapi akoo tak join sebab nak buat advance celebration untuk birthday Adam Danial Si Pria Ganteng.
0 comments

My first event - PIPR12 - Ambang 2012

Bersama Legend of Speed - Asnor Izam Sabuti depan khemah registration

Dua budak Meditop yang berlumba dengan Marshall malam tu
Yusri & Ipin

Terlindung plak kena pakai kanta pembesar baru nampak

Semua gambar rembat dari page PIPR di Facebook

Ada kisah terselindung dari event ini. Yusri nak lari bogel keliling MT1 kalau akoo ngan Hafiz masuk PIPR. So punya la semangat nak masuk, akoo daftar nama kat Yusri dan bayar duit perlindungan RM2.50 (ke RM2.00) Tapi event malam tu dah ada orang sponsor so tak yah bayar.

Event nih malam tahun baru. Kiranya lepas abis ride terus buat countdown. Petang tu juga akoo gi Dengkil dan jumpa Asnor kat kedai basikal yang dekat dengan masjid tu untuk beli helmet. Nak cari yang murah punya. Last-last terpedaya dengan kata-kata manis ah so kedai tu akoo beli jugak yang brand Iron Mag pada harga RM90 sedangkan ada brand Raleigh yang kurang cantik pada harga RM75 (kot?)

Lepas maghrib, terus gerak parking dekat dengan arca roket tu. Asnor ngan kawan dia gi solat kat Masjid Besi. Yusri dengan bebudak Meditop parking kat Persint Diplomatik. So jumpa di Jambatan tempat daftar je. Hafiz? Hampeh. Call tak angkat, sms tak reply. So tak ada la acara lari berbogel di MT1.
Sunday, February 12, 2012 3 comments

Tutup yang lama, kita buka LIPATAN yang baru


Memandangkan Phase 6 kat kilang akoo dah siap dan parking kereta jadi jauh di belakang kilang (datang on time. Kalau datang awal buleh parking dekat). So akoo amik keputusan untuk cari basikal untuk berulang alik dari parking kereta ke lobi opis. 

Sebenarnya basikal lipat bukanlah pilihan asal. Mulanya nak cari basikal besar (mtb/road) dan gantung di alat yang biasa orang letak kat belakang kereta tu. Tapi bila tanya pada Yusri, dia cakap JPJ tak lepas sebab halang lampu kereta (signal dan brake). Jadi akoo tukar kepada basikal lipat sebab buleh simpan dalam boot. Kalau dulu kereta Satria buleh masuk, tak kan lah kereta sedan yang akoo pakai skang tak muat plak kan.

Jadi pencarian bermula ke Mudah.my seperti biasa. Ada sorang mamat jual basikal lipat terpakai dari Jepun tapi operasinya di Kedah. So akoo tak nak ambil risiko. Sampailah akoo jumpa satu brother nak jual basikal lipat Raleigh model Ugo pada harga RM700. Duit insuran ada lagi so kira boleh terimalah harga tu. Tapi Nego tetap nego until let go. 

Akoo sms minta RM400. Dia kata RM600. Akoo minta RM500 dia cakap up la RM50. So setuju la pada harga RM550. COD di Shell Equin Park Jumaat malam Sabtu beberapa hari sebelum Raya Haji 2011. So akoo pun ajak Ajoi yang setuju nak follow tapi tak setuju naik Honda Accordnya. 

Masa jumpa brader tu, akoo tanya - muat ke masuk boot kereta saya nih. Dia lipat basikal tu, dan masukkan basikal tu dalam boot - Muaaaaat.... dia cakap. Sekali dah masuk, tak keluar dah. Yang keluar duit RM50 sebanyak 11 keping je. 
 
;