Bukit pacak tegak mencanak di Taman Rimba Alam
Salam Hari Malaysia, 16 September. Akoo dah dengar cerita yang geng Jom Kayuh yang diketuai oleh Hazrul nak melayan 60km keliling Putrajaya. Mulanya Tamo bagitau dan kemudiannya CheTa mengajak. So meneruskan minggu buat perangai ni, akoo dalam diam-diam simpang planning.
Pagi tu bersarapan di Kedai Ejeap, PCP. CheTa dan Hazrul dah tunggu. Lepas akoo bersarapan rot canai, akoo telan separuh bar coklat tenaga - Access yang hebat dipromosi oleh CheTa. Apa yang menarik khabarnya lebih hebar dari Powerbar sebab ada 'Turn Fat Into Fuel'
Tukar lemak menjadi tenaga
Perjalanan bermula dengan memasuki PCP dan keluar ke kubur melalu jalan Xterra. Kemudian masuk ke road melalui Desa Pinggiran Putra - Kg Limau Manis dan masuk ke off road keluar ke Presint 15. Di sini masuk pula ke Taman Rimba Alam on tar dan off road. Akhirnya sampai ke Mamak Tapah untuk refuel. Sekeping roti canai lagi dan menghabiskan Access Bar.
Selepas settle, gerak ke wetland mengikut jalan gravel. Masa ni akoo temankan Auzaie sampai la melintas sungai. Kemudian dari Wetland keluar ke Presint 11. Kembali melalui road sampai Bangunan Seri Wilayah dan mula paved route tepi tasik dari dataran Masjid Putra sampai ke Taman Empangan. Kedai makan tutup dan mesin air habis. Ramai peserta sudah kehabisan air. Masa ni peserta berpecah. Ada yang pulang terus ke PCP - Auzaie, CheTa dan Zul. Yang lain sambung jalan tepi tasik sampai ke Pullman dan berhenti di Kolam Renang Presint 6. Nasib baik bukak. Sempat topap air.
Berhenti sebentar tepi tasik sebelum sampai Taman Empangan
Dari sini masuk ke trail Xterra yang bermula di Pusat Sukan Air tu dan keluar kat Apartment 5R3 masuk ke dalam semak lalang keluar pula ke jalan motor dan melintas ke Dengkil. Akhir sekali cross bawah terowong dan keluar di Kampung Tok Aminudin yang kat depan PCP tu. Total keseluruhan dalam 59km mengikut Hazrul punya GPS. So campur akoo kayuh dari rumah - dia jadi lebih 61km la.
Puncak Bukit Pacak
Sesi berehat-rehat
Apa yang menarik kali ini. Inilah ride akoo yang paling jauh setakat ini. Sebelum ini 50km (PCP-Dengkil-Kota Warisan-Bukit Tok 4 Rashid-360-Kota Warisan-Dengkil-PCP) yang mana akoo cramp di km yang ke-35. Sabtu aritu pun (Sg Buah) akoo hampir cramp selepas km yang ke-25. Kali ini layan Access Bar tu, hanya terasa macam nak cramp di betis selepas 50km. Letih tak terasa sangat. Lepas akoo balik rumah, terus bawak anak akoo gi Pusat Maritim pulak untuk layan Monster & Dinosaur. Lepas tu lepak tasik plak. Anak akoo tertidur kat kedai mamak dan akoo steady sampai ke tengah malam. Lepas tu bangun awal tengok Liverpool main. Pagi esoknya tak mengantuk di opis. Kuat penangan Access Bar tu. Nak try? Hubungi akoo kat 013 303 6644
Tengah menguatkan semangat untuk gi tengok dinosaur sebab dia takut
Dah seronok masa ni sampai tak nak balik
Sambung layan tasik Putrajaya tengok ikan pulak
No comments:
Post a Comment