Layan Trail DH
Minggu buat perangai. Kali ni Abra minta temankan dia nak comeback lepas kejadian patah tangan masa layan Bukit Kiara masa cuti Hari Pekerja (1 Mei) aritu. Dia yang mengajar akoo layan PCP ni so akoo amik masa sikitlah untuk temankan dia. Pada masa yang sama beberapa chatters kat BBS pun turut serta - Khalid (XCRider), Jonz dan BC Kelolo bersama segerombolan askar-askarnya. Total satu loop sahaja tapi lambat abisnya sebab banyak sesi networking dan soal jawab serta soal selidik. So far OK je sebab memang niat untuk bersantai.
Awal-awal tayar Khalid pecah sebab kurang pressure + lompat-melompat
Meriahnya...
Sesi rawatan (akoo jatuh dan kulit tersiat - ala skit jer)
Dari kiri - Resident Specialist, Resident Tech (e-Manager) & Resident Rider
Petang sikit akoo bawak la anak akoo gi mandi kat kolam Presint 6 tu. Seronoklah dia sebab sebelum ni ada sahaja yang tak bagi dia nak gi mandi kat situ. Akoo tak mandi sekali, hari Ahad kolam budak penuh. Anak akoo ni ajak gi kolam dalam skit dia tak nak. Karang kalau ditinggalkan, mau terapung sorang-sorang plak.
No comments:
Post a Comment