Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Tuesday, October 8, 2013

22 Sept: Hypertrax Dengkil Jamboree


Hypertrax Dengkil ni kira 'home' la ni sebab starting point dari rumah akoo dalam 3.5km je. So akoo kayuh je la dari rumah. Lagipun, sejak dari Sabtu pagi-pagi akoo dah ada kat sana sebab akoo masukkan flyer 'Servis Fork & Puyuh Dari Ladang' ke dalam goodies bags. So akoo rasa ada antara korang dapat / terjumpa flyer tu kan. 

Masukan flyer kat starting point

Sample flyer - masa ni kat stor diorang

So akoo dapat tahu yg flag off pukul 8.30am. So pagi tu slow-slow gerak ke Dengkil. Siap lepak mamak mydina tu dulu sampai 8.15am. Kali ni akoo daftar bawah Persint 5 Basikalis dengan menemani 2 orang first timer - Din dan Husni. Geng GTRiders yang join - Hashni, Abang Duan & Hisamudin. Haji Ikram tak datang sebab demam. BBS Cyclist pun ramai kali ini - Hazrul, Shahrul, ZulSaturn & RJ Sutan dan Munazrin pun ada. So akoo start belakang sekali dengan diorang. Kayuh pun slow-slow. Lepas masuk jalan ke Banting tu, ada sorang rider patah balik. Pakai baju Amaniz - akoo kenal sangat rider ni - Ayan satu sekolah dulu (SMSTJ). Dia jatuh lepas basikal dia kena pancung dan dia menyebabkan Abang Om (DR²) pun terjatuh. 


Ni la rider pertama yang menamatkan perlumbaan dengan patah balik ke starting point

On tar sejauh 8km rasanya (meter dah kong) pastu masuk ke laluan landai di dalam Paya Wetland. Masa ni berkayuh santai dengan beberapa kawan termasuk Master Arue Orbea dan Mizwan Hasmy (schoolmate masa sekolah menengah SMSTJ)). Lepas checkpoint kedua sebelum sampai highway - Din memecut tinggalkan kitorang (akoo dan Husni). Dia kuat tak pa, so kita yang tak berapa kuat ni keep slow pace je.

Masa naik bukit lepas keluar Wetland - jumpa sorang lagi budak SMSTJ (junior) - Masrul. Rasanya masa kat sini ada skit perasaan nak cramp tapi akoo counter kan pakai perasaan sahaja (ilmu perubatan level tertinggi). Tapi agak malang skitlah kali ini. Over-confident untuk ride dalam parit menyebabkan tersembam ke pokok. Bercalar jugalah lengan kiri tapi rusuk kiri menghentak pokok. Berhenti la sekejap dan kemudian meneruskan perjalanan. 

Lokasi kejadian. Pokok belah kiri tu la tempatnya. - Gambar ehsan PRCC

Sikit je kan...

Berkat training menggunakan kaedah interval di atas trainer - semua halangan berbukit diatasi tanpa sebarang masalah siap potong rider lain lagi. (Bukit pun tak pacak sangat). Poyo je lebih den nih. Syukur semuanya dapat menamatkan kayuhan tanpa kesesatan seperti rider yang mengejar ranking dan podium. Din dapat D233, Husni D278 dan akoo ditempat D279. Asal akoo bawak first timer je mesti diorang finish depan akoo. Macam masa Sepang Jamboree tahun lepas. Bawak Aznan, dia finish nombor 60 dia dah balik pun akoo blom sampai finish line lagi. 

Kali ni akoo rajin skit tunggu sampai ke habis acara. Tapi takda rezeki untuk menang lucky draw. Jumpa lagi tahun hadapan.

Din & Husni 

Basikal ni lepak je kat sini sampai abis acara teman tuannya yang makan sampai 2 kali. Burp...

1 comment:

olathewaage said...

Online gambling: the rise and fall of the casino industry
online gambling: the 바카라에볼루션 rise and fall 하하 포커 머니 상 of the 배팅 casino 크루즈 베컴 industry 승인전화없는 사이트 gambling: the rise and fall of the casino industry casino: The rise and fall of the casino industry.

Post a Comment

 
;