Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Monday, September 2, 2013

Kayuhan 5K di PCP - 1 Sept 2013

5K - Keseorangan, Kehujanan, Kelicinan, Kebasahan dan Kejatuhan

Bukit dikejauhan tu sangat akoo nak naik. Rumah akoo blok yang paling kanan (jauh)

1 September 2013 - bermula dengan cerah di waktu pagi, hujan di sebelah awal petang dan berhenti hujan selepas Asar. So akoo pun invite la beberapa orang di WhatsApp dan juga FB (Grup: PCP Regulars). Mulanya Ejeap (Warung Nasi Lemak / Roti Canai di hujung PCP) reply macam ON. Sekali dah sampai parking dia kata balik kampung pula. So nak tak nak kayuh aje la sensorang. Tapi sebelum masuk bacalah surah-surah lazim dan berdoa. Satu je yg akoo lupa - lupa bagi salam. Kera banyak yang teman masa kayuh tu.

Mulanya tak hujan. Pun begitu, akoo skip je rock garden tu. Tapi masa sampai kat gazebo tengah, Start pulak hujan. Masa akoo turun downhill tu akoo turun sambil mengigil-gigil. Lepas nak climbing zigzag (Switchback) akoo silap gear dan clip tak release dan jatuh. Bercalar yg pedih jugak la siku ni. Then naik ke desert hill dan start la amik gambar. Sampai ke puncak Menara Tinjau (gambar atas) rasanya dalam pukul 6.20. Turun dari menara, akoo nak layan rock garden tu tapi goyang. 2 kali akoo repeat sampai kali yg terakhir tu jatuh ke tebing dan rusuk terhentak batu. So jangan cari pasal, akoo tolak je la turun. Kalau berdua, akoo cuba juga untuk hilangkan perasaan takut. Hujan semakin lebat, lepas siap basuh akoo pun berkayuh balik. 

Galeri:

Entrance, masa untuk membaca doa

Redup jer kan

Gazebo tengah sejurus sebelum start hujan

Oh yeah. Jatuh yg pertama...

Pondok puncak Desert Hill

Kesan kebakaran hutan

Siapa nak gi tengok bunga api bulan 9 ni sangat clear

4 comments:

Din said...

Dah expert ni...leh la guide layan pcp mlm plak hihi. Amacam?

Joe Radzif said...

Dalam Planning...
tapi nak kena beli lampu yg super terang dulu...

Jon 9W2ACY said...

tunjuk ajarku sifu... nanti ada ride malam habaq2 mai la sifu ku JR...

Joe Radzif said...

InsyaAllah...
la ni musim hujan master Jonz...
licin...

Post a Comment

 
;