Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Thursday, September 26, 2013

14/9 - Trail Sg Buah (GTRiders)


Setelah mendapat keizinan, akoo bercadang nak layan off-road pada 14 September 2013. Pada asalnya akoo nak berkayuh ke Sungai Lalang yang dah banyak kali akoo gagal nak ke sana. Macam-macam halangan. Dan kali ini, gagal lagi untuk ke sana kerana tiada siapa nak guide.

So Sungai Buah menjadi pengganti. Dapat mengumpul 7 orang riders termasuk akoo. Yang lain - Haji Ikram, Yusri, Hashni, Hisamudin, Duan dan Miao (BBS). Kali ini akoo tumpang Hashni yang tunggu akoo kat kedai mamak yang berhampiran PCP. Kemudian menuju ke Seri Putra. Lepas settle sarapan, mula la bergerak masuk ke trail melalui Kampung Sungai Buah. 

Masuk je off-road dah sesat skit. Dari nak reverse terus jadi double reverse. Tapi ok lah. Layan trail pokok getah, lalu sungai, lalu bawah pencawang, lalu kat paip gas, ladang sawit dan juga lalu single trail lereng bukit. Jumlah keseluruhan dapatlah 30km. Akoo kali ni ada rasa improve sejak dari buat training secara interval. Naik bukit nampak banyak membantu. Cuma lepas km ke-25 akoo dah mula rasa nak krem kat peha. So perkara inilah yang masih belum improve. 

Lepas abis kayuh, lepak jap minum pastu ke PCP sekejap. Tapi basuh basikal sahaja lah. 

Haji Ikram, Hisamudin, Hashni, Yusri, Joe, Duan & Miao




Yeah, tempat bersidai


No comments:

Post a Comment

 
;