Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Thursday, July 25, 2013

Workout 20 minit sempena Ramadhan

Latihan kali ini yang akoo cuba nak maintainkan sepanjang bulan puasa ini. Target buat selepas balik tarawikh dan selepas tidorkan anak-anak comel kat umah ni. Umminya pandai tidor sendiri. Tak de masalah. Workout ni dikatakan interval la nih. Akoo layan atas trainer. Kalau takde trainer, boleh layan atas jalan raya yang rata.

Bermula dengan sesi memanaskan badan selama 2 minit dengan putaran 30%.


Fasa 1
- 10 saat push diselangi dengan 20 saat santai
- Lakukan 10 pusingan - 5 minit
- Kemudian lakukan kayuhan secara rehat - 1 minit


Fasa 2
- 10 saat push dan 10 saat santai 
- Lakukan 9 pusingan - 3 minit 
- Kemudian kayuhan rehat selama 30 saat


Fasa 3
- 20 saat push dan 40 saat santai 
- Lakukan 5 set - 5 minit 
- Selepas tu terus masuk ke Fasa 4


Fasa 4
- 20 saat push dan 20 saat santai 
- Lakukan sebanyak 6 set - 4 minit
- Kemudian warming down utk 2 minit 

So secara keseluruhan workout ini adalah - 22 minit ++ sahaja. Dengan masa yang terhad ini, akoo bercadang nak teruskan workout sebegini sehingga abis bulan Ramadhan ini. Selamat mencuba... 

No comments:

Post a Comment

 
;