Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Thursday, July 25, 2013

Jom check BMI...

Adakah Body Mass Index (BMI) anda? Apakah BMI anda dalam keadaan yang memuaskan? Apa itu BMI? 

BMI = suatu pengukuran yang dikira berdasarkan ketinggian dan berat seseorang. 

Formula:

BMI kurang daripada 18.5 = kurang berat badan
BMI diantara 18.5-24.9 = normal
BMI diantara 25-29.9 = berat badan berlebihan.
BMI lebih daripada 30 = obes

Sekiranya sukar untuk membuat kira-kira, sila try BMI widget yang sudah akoo letak di sebelah kanan blog ini. Silalah cuba. 

Akoo punya BMI agak teruk juga ni. 
Untuk BMI yang ideal untuk akoo, akoo kena turunkan berat badan sehingga jadi 62kg sahaja. So ada 18kg lagi untuk dilupuskan. Dengan faktor umur, kerjaya, rumah tangga dan masa - mungkin ia menjadi satu cabaran yang agak extreme untuk dicapai. Tetapi akoo akan cuba juga untuk mendapatkannya. 

Carta BMI

Tetapi, BMI ini tidaklah tepat sangat untuk menunjukkan tahap kesihatan seseorang dan ia sebenarnya kadang-kala bercanggah. Ambil contoh beberapa pemain ragbi yang terkenal di dunia.

Jonny Wilkinson 
Tinggi 178cm, berat 89kg dan BMI 28.09

Sonny Bill William (Muslim)
Tinggi 194cm, berat 108kg, BMI 28.7

 Ma'a Nonu
Tinggi 182cm, berat 106kg, BMI 32 (obes tu!)

Kesimpulannya, BMI ni bukanlah tepat sangat tapi bolehlah digunakan untuk membuat rujukan dan target bila kita ingin mencapai berat yang ideal. Nak tambah tinggi dah tak boleh dah. 


No comments:

Post a Comment

 
;