Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Friday, October 12, 2012 3 comments

PCP: Kayuhan Kegelapan (11 Oktober 2012)

Bersempena percutian akoo ke Hospital Putrajaya untuk membuat check darah anak akoo yang berusia 3 bulan - Ahmad Sram Amjad, akoo pun melarikan diri dari rumah setelah selesai solat Asar. Berbekalkan sms dari beberapa kengkawan yang menyatakan akan ke PCP, akoo redahkan jugak ke sana walau pun mega mendung (awan) telah menutupi sekian langit. Baru pukul 5.00 dah gelap.

Rakan taulan semua start lambat. So akoo yang awal ni redah dulu ke dalam berseorangan. Walaupun berjaya lepas di rock garden, tapi akoo merasakan level of confident akoo semakin merosot. Sampai ke gazebo ke-3 akoo terus potong ke Menara Puncak. Turun dari situ pun akoo hampir gagal. Sampai di parking - Qassim Merida pun sampai. Tak lama itu Zidan pun sampai tapi dia terus naik atas. Kemudian Hazrul pun sampai dan akoo test XTC 14.5 nya. Ok jugak. Nak kena tukar frame kecik la akoo nih. Last sekali seorang beginner - Khairuddin aka Din XNine pun sampai.

Berempat start. Hazrul dan Qassim mengenakan lampu untuk mengatasi kegelapan. Akoo merasakan hujan sudah mula merintik-rintik so akoo potong terus dari 1st parking atas ke Menara Puncak sementara 'penunggu' yg dua orang lagi membuat full loop. Di sini akoo berjaya membuat sedikit tunjuk ajar kepada Din apa itu switchback berbatu-batan. Akoo hampir tertewas lagi di situ.


Cerah di luar, Gelap di dalam

Sampai kat starting gazebo, Zidan call bagi tau dia kat tempat downhill dia tanya mana yang lain. Akoo cakap ada kat dalam. Tak lama tu 2 orang penunggu pun sampai dan ajak kitorang masuk lagi separa loop. So kitorang layan sekali lagi dengan separa loop sambil disinari lampu basikal. Skip rock garden dan desert hill. Potong dari gazebo ke-3 terus ke parking Menara tanpa lalu Menara. Terus ke bawah Din belanja basuh basikal. Pastu balik ke rumah bertiga dan sampai 7.05 pm. Wife akoo dah call dah masa tu.

Tiga orang 'penunggu' - Qassim dengan frame gantian, Hazrul & Zidan

Friday, October 5, 2012 1 comments

MTB Jamboree Putrajaya - 2 Disember 2012


Details di: (Klik Sini)
Tarikh: 2 Disember 2012 (Ahad)
Lokasi: Taman Wetland Putrajaya, Presint 13, Putrajaya.
Penyertaan Terhad kepada 2,000 peserta 
Jarak: 45km-55km (20% road + 80% off-road)
Yuran Penyertaan: RM 50.00

Ketegori :
1. TERBUKA LELAKI - 17 - 44 tahun
2. TERBUKA WANITA - 17 tahun ke atas
3. VETERAN LELAKI - 45 tahun ke atas
4. JUNIOR LELAKI - 10-16 tahun
5. JUNIOR WANITA - 10-16 TAHUN

Wetland

Offroad starting point

Trail

Thursday, October 4, 2012 4 comments

Sepang Jamboree 2012 - Suatu Pencerahan

Akoo mintak maaf kalau perkara ini agak sensitive dan offensive terhadap mana-mana pihak. Tetapi sebagai seorang Islam akoo mempunyai hak untuk tahu berkenaan ke mana hala tuju duit yuran yang akoo bayar untuk menyertai jamboree itu. Lagi-lagi hangat diperkatakan tahun lepas pihak pengurusan telah memberi charity kepada sebuah gereja sehingga ramai riders Muslim tidak mahu terlibat.

Akoo teringin nak join Sepang Jamboree ini sebab dikhabarkan treknya yang tidak membunuh seasonal rider macam akoo ni. Lagi pun bulan November, kebanyakkan jamboree berada di sebelah utara tanah air. Jadi untuk domestique rider macam akoo ni hanya mampu participate di jamboree di sekitar Putrajaya-Bangi sahaja.

Jadi akoo gagahkan juga untuk bertanya. Mulanya melalui email - tiada jawapan. So akoo tanya open di chatbox mereka. Alhamdulillah, suatu jawapan yang melegakan dari pihak Admin dan diharap Admin tetap dengan kenyataannya.


Monday, October 1, 2012 0 comments

UPM Fete: Muka kebiruan, nafas tercungap

KUALA LUMPUR: “Saya lihat mukanya kebiruan dan tercungap-cungap,” kata Mohd Faris Adli Mat Nawi, 34, yang cuba memberi bantuan sebelum Mohamad Samsul Ariffin, 31, meninggal dunia selepas menyertai Kejohanan Lumba Basikal Bukit Universiti Putra Malaysia (UPM) 2012, dekat sini, semalam.


Mohd Faris berkata, dia kemudian diberitahu rakan peserta lain yang Mohamad Samsul meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan ke Hospital Serdang (HS) jam 12 tengah hari. Mohamad Samsul dari Kelab Basikal Pasoh Satu antara 1,700 peserta yang menyertai perlumbaan sejauh 40 kilometer itu yang dianjurkan Desa Tasek Mountain Bike Club yang bermula kira-kira jam 8 pagi.

Rakan sepasukannya, Azmi Abd Aziz, 43, yang dihubungi Harian Metro berkata, mangsa yang juga jirannya di Kampung Pasoh Satu, Jelebu, dekat Negeri Sembilan, berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan dan sungguh bersemangat.

“Namun selepas sejam berlumba iaitu di kilometer (km) ke-18 dia mengadu pening kepala dan sakit dada lalu berhenti untuk berehat. Seorang rakan mengurut dada Mohamad Samsul sebelum kami semua meneruskan semula kayuhan.

Berita di Harian Metro (Klik Sini)
18 comments

Takziah buat keluarga cyclist di UPM Fete

Al-Fatihah.

Seorang cyclist yang beraksi di UPM Fete telah dijemput Ilahi seperti mana yang diumumkan oleh penganjur sewaktu sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Banyak cerita yang kedengaran di alam maya berkenaan bagaimana Allahyarham pergi namun akoo tak pasti mana satu yang betul. Yang diumumkan Allahyarham mengalami serangan jantung. Namun apa yang penting marilah kita menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham. Mohd Samsul Arifin 31 tahun dari PSCC.

Pun begitu semoga cyclist lain yang jatuh sewaktu downhill dan juga di route last menuju check point 7 yang mengarut cepat sembuh. Ramai yang menyumpah organiser dan ketiadaan medal finisher amat menyakitkan hati. Bab ni akoo cerita kat entry lain sebab akoo pun sakit hati di samping sakit kaki.
 
;