Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Monday, October 1, 2012

Takziah buat keluarga cyclist di UPM Fete

Al-Fatihah.

Seorang cyclist yang beraksi di UPM Fete telah dijemput Ilahi seperti mana yang diumumkan oleh penganjur sewaktu sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Banyak cerita yang kedengaran di alam maya berkenaan bagaimana Allahyarham pergi namun akoo tak pasti mana satu yang betul. Yang diumumkan Allahyarham mengalami serangan jantung. Namun apa yang penting marilah kita menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham. Mohd Samsul Arifin 31 tahun dari PSCC.

Pun begitu semoga cyclist lain yang jatuh sewaktu downhill dan juga di route last menuju check point 7 yang mengarut cepat sembuh. Ramai yang menyumpah organiser dan ketiadaan medal finisher amat menyakitkan hati. Bab ni akoo cerita kat entry lain sebab akoo pun sakit hati di samping sakit kaki.

18 comments:

Anonymous said...

takziah buat family arwah...
organizer cuai... simple
xde medic,JPA,marshall & kurang kakitangan
sponser banyak tp medal xde,water point kurang bekalan... sedih dgn penganjuran kali ini

Anonymous said...

Bbuat stage mengarut banyak2 nak buat apa...kalo x ada air kat stage tu...

sengal!!!

penganjur x buat test trek ke???
bagero!!!

Joe Radzif said...

sabar bang...
he he he

Anonymous said...

antara luahan para peserta semalam...

1) Ko rasa anuar manan kayuh x bukit ni?
2) ini trek hiking ke mountain bike ni?..siap sediakan tali lagi utk memanjat..lawak ...

yang mencarut n maki hamun jangan ceritalah....

ada rider pempuan smpai menangis melalak dalam hutan sebab dah x tahan sakit sgt..

Joe Radzif said...

akoo semalam pun hampir melalak tahan krem kat divider jalan raya masa nak cross masuk route ke CP7 tu... (trek hiking)

huhuhu....

Anonymous said...

apa ke bodoh sangat penganjur ini ..... itu lah tak reti buat jamboree

Joe Radzif said...

baru nak belajar la tu...

Anonymous said...

Trek macam sial dan menyusahkan semua riders!!! Slh srg dari team kami mengalami kecederaan yg sangat teruk... Patah tangan, tulang rusuk dan tulang selangka... Sakit hati btol!!!

Anonymous said...

Pada pendapat aku kalau trail ni tak heavy, dan maybe ada 1 je bukit pacak, yang lain semua XC, kejadian seperti ini mungkin tidak berlaku. Distance semalam 47.7km, ada rider yg keluar pukul 2 tengah panas terik. Ada yg masih tersadai injured dekat area pokok Pine. Dengar cerita pula mamat yg dok buat trail ni agak syok sendiri, dan dikatakan seorang yang pakar dalam bidang basikal. Adakah ini benar? Maybe masa ricky trail ni tak terfikir agaknya kudrat manusia, ada yg beginner, ada wanita, ada orang tua, sampaikan masa dok menolak kat bukit pacak...ada pakcik umur 62 menyanyi lagu Alangkah sedihnyaaa..hatiku..param param pam...sepatutnya organizer invite organizer yg pernah buat Jamboree sebelum ni utk test trail dan bagi feedback, sebaiknya yg pernah buat trail XC seperti Jamboree di Jasin, Kuntau, Pilah, Sg. Buaya dll. Kalau nak setakat syok sendiri buat trail, nak jadi kreatif dan eksperimen sambil berbasikal panjat tali, lupakan aje la. Kemungkinan besar tahun depan kalau buat lagi event ni hanya rider Giant aje la kot yg masuk...rider macam kita ni baik layan FRIM or PCP ajer...

Anonymous said...

salam,saya adalahsalah seorg pengayuh tegar kat upm ni,,mmg saya dah jangka akan jadi gini,mamat yang wat trek tu sendiri bukan seorg rider mtb yg penah masuk jambore,korg bygkan dia guna touring bike pastu g wat trail..mamt ni sorg yg sombong!x nak minta pendapat org..patut nya kematian rider tu kita kena suruh dia bertangunggjawab,,korg bayangkan saya ada larian solomon pada hari yg sama,then lepas tu sy terpaksa jd volunteer utk jaga trafik yang dtg dari bukit stadium tu..saya faham mcm mana perasaan rider yg da penat,pastu dengan tarfic jem lagi...trail tah mana,marshal takder,,korg nak nak korg cari nama kat fb Basikal Akmal,dia yg patut dipertanggungjawab

Anonymous said...

aku dengar2..
organiser jual nama upm kot,
padahal upm x terlibat langsung.
kalo betul naya la korang...
buit duit buta2 je organiser...

Joe Radzif said...

rider yang patah bahu tu pakai Orbea Alma kan?

patutnya dalam satu hari tak boleh ada 2 event kat UPM tu...

Anonymous said...

alah, korang cakap la apa pun.. bukannya luak duit untung dia. korang gak yang bayar. he he..

Anonymous said...

aku tak puas hati, trek dah la teruk, ni bukan tahap jamboree, ada ka patot uphill kena pakai tali, laluan kat dalam longkang, sah2 tak boleh kayuh.

yang paling sakit hati, aku kayuh sampai habis walaupun kat bukit last sekali tu dah rasa habis nyawa dah, bila sampai kat finishing line tak dapat medal. kalau tau takder medal, dari awal aku ikut chicken loop...

apa la organizer, agak-agak la kalau nak untung pun, ayam yang aku dapat pun ciput/kecik je, kalau jua mungkin 25sen seketol!!!!...

Anonymous said...

ikutkan hati nak je aku baling budak yang jaga makanan tu dengan nasi...
tp pikirkan bukan dia yang bersalah dan lapor,,,
aku koyakkan plate dan aku lemparkan je kat dia..
makan dan aku berambus ...

nasib baik aku x trus tertipu dgn menunnggu lucky draw sampai pukul 4.

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

kalau adventure races bolehlah guna trek tu tapi ini semua rider. organiser dah salah pilih trek.

Anonymous said...

the worst jamboree aku pernah masuk....pe punya sengal trek....mmg kesian bnyak org2 oldtimer yg merapu...marsyal dah laa cam x nampak batang hidung...CP ada yg x der air....giler ker hapa....agak2 laa kalau nak untung pun....dah laa hadiah banyak sponsor....important turning pu ada yg x signboard lagik....nasib laa kalau ada org jaga....mmg 2 thumb down aku bg kat organizer...so sorry for next year...

IKRAM'S AQUAPONIC PROJECT said...

Semoga kesilapan kali ini menjadi iktibar buat organizer2 lain diluar sana. Jangan ulangi kesilapan kali ini. Tambahan bila melibatkan keselamatan dan meragut nyawa.

Mungkin lain cerita jika tajuk jamboree UPM fete diganti dgn UPM MTB Challenge atau UPM Advanture Challenge.

Post a Comment

 
;