Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Wednesday, April 25, 2012

Raleigh Ugo

Official gambar dari laman web Raleigh (klik sini)

Sekarang dah buleh dapat lagi murah pada harga di atas. Sebuah basikal yang baru buleh didapati pada harga RM750-RM850 sahaja.


Akoo pakai basikal ini setelah membeli basikal terpakai dengan harga RM550 yang berjaya dikurangkan dari RM700 yang diminta setelah beberapa kali sesi negosiasi secara SMS. Iklan basikal ini akoo jumpa di Mudah.my. So far basikal ini tidak pernah mengecewakan lagi. Paling jauh untuk satu perjalanan dalam 20km-25km. Jumlah jarak perjalanan menggunakan basikal ini sekitar 150km-250km. Sudah dua event di Putrajaya yang akoo masuk dengan basikal ini - Putrajaya Inter-Park Ride (PIPR) 12 dan 14. Group yang biasa layan basikal lipat pula - Putrajaya Urban Riders (PUR)

Komen secara keseluruhan - Sebuah basikal lipat yang boleh dikatakan above average (better than basic) dengan 7 speed yang sudah cukup untuk memanjat bukit (sudah sampai ke puncak PICC) dan juga dipacu dengan laju (25km/h ke 30km/h) bergantung pada kekuatan pengayuh. Basikal yang sangat santai dan selesa dikayuh di taman, di bandar dan dicelahan bangunan. Akoo pakai setiap hari untuk bergerak dari parking kereta ke lobi pejabat. 

Namun tidak boleh dipacu secara terlalu lasak. Mempunyai berat keseluruhan yang ringan - mudah diangkat untuk dimasukkan dalam boot kereta setelah dilipat. Saddle yang amat selesa dan tidak menyakitkan punggung walaupun dikayuh pada jarak yang jauh. Menurut rakan yang terlibat dalam perlumbaan basikal lipat - Raleigh Ugo ini boleh di'upgrade' dengan sedikit penambahan accessory seperti crank perlumbaan dan juga disc brake. 

Oleh itu akoo menganugerahkan 3.5/5 kepada basikal ini secara keseluruhan. 5/5 untuk value for money. Murah dan setanding dengan jenama dan model lain yang mencecah ribuan ringgit.

11 comments:

Anonymous said...

Aku pon ada satu beskal neh....mmg santai dn bergaya

Mohd 'Joe' Radzif said...

Dan juga buleh diupgrade menjadi racing specs

Anonymous said...

Caria nasikal nie...tapi xde stok

azrulyahya said...

Aku beli lagi murah RM650 dekat tempat aku...memang berbaloi :)

azrulyahya said...
This comment has been removed by the author.
Joe Radzif said...

Azrul, bro punya tempat di mana tu
ada no kontek kedai tu?
maybe ada orang nak beli....

azrulyahya said...

Kedai tu ada dekat Selayang Baru...Lek Ben Bike Shop.
No Tel : 0361201843

Memang terkejut aku dia kata RM650. Memang cukup berbaloi. Lagi pun Ben ni memang offical seller untuk Raliegh. Ada alamat kedai dia kat Raleigh Malaysia punya website

Joe Radzif said...

thanks for sharing..
nanti akoo update...

Anonymous said...

Where can buy this bicycle cheap?Pretty Malaysian Girls

selipar8 said...

Mcm mana nak upgrade jadi racing spec?

nurul syila said...

Ad nmpak kedai yg jual basikal mcm ni.. cuba lihat disini www.kedaionlinemy.com

Post a Comment

 
;