Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Monday, April 23, 2012

My first MTB Jamboree - Putrajaya MTB Jamboree

GTRiders - Bebudak kilang Meditop

Semua sudah ready

Dapat medal. Tapi nombor tak naik

Lepas masuk air terus clear lumpur

Ex-schoolmate yang dah 8 tahun tak jumpa - Ayan

Dah nasib rumah flat - kena basuh kat PCP

Showroom condition

Horray - my first medal. Finisher ok?

Mulanya akoo macam tak jadi nak join sebab macam tak de bajet. Tapi Haji Ikram kata dia nak bayarkan dulu then bayar balik kat dia. So akoo pun confirm la masuk. Lagipun kat Putrajaya je kan. Bukan jauh mana pun. Cuma yang tak bestnya - mintak route diorang tak bagi pun. Risau gak kena tapau je RM50 tu karang.

So akoo register under GTRiders - team bebudak Kilang Meditop. 6 orang yang masuk kali ni - Yusri, Botak, Wan, Haji, Ipin dan akoo. Starting akoo, Haji ngan Wan dok belakang yang lain duduk depan. Tapi tu la duduk belakang memang tersekat je la. Start kat Wetland - Taman Rimba Alam - Wetland balik. Masa kat Taman Rimba Alam rantai akoo 3 kali jatuh masa change gear. Tu yang buat jauh tertinggal kat belakang. 

Paling mencabar masa kena tolak basikal naik bukit tinggi tu. Dah la licin sebab semalam tu hujan. Kasut plak tak de stud. Memang terpaksa tolak perlahan-lahan. Rupanya bukan satu tempat - ada tiga tempat kena menolak. Paling tak best bila setiap check point air abis. Nasib baik pisang tak abis. Cuma kat tempat pisang tu Wan terduduk sebab tayar dia pancit. Sorry Wan akoo tak dapat nak tolong. 

Tapi lepas makan pisang tu bukan main bertenaga akoo rasa. Kayuhan lancar dan konsisten. Dapat la potong dalam 30 riders. Sampai la ke tempat cross air tu akoo kayuh jugak perlahan-lahan. Cuma lepas keluar air tu dah tak berapa kuat nak kayuh so perlahan skit mengayuh. Bateri meter plak kong. So tak leh nak determine berapa speed yang sebenar. 

Akhirnya akoo tamat kayuhan dan dapat medal. Finish pukul 11.10 la lebih kurang. Orang terawal abis dalam pukul 10 je. Gila laju diorang. Lepak dengan Ayan je lepas tu sampai abis acara sampai hadiah dan cabutan bertuah. Petang sambung lepak ngan dia makan kat Presint Diplomatik. 

Secara keseluruhannya akoo sangat berpuas hati dengan jamboree ini dan looking forward untuk menyertai jamboree yang lain. Akoo bercadang nak masuk jamboree Kuntau pada 17 Jun 2012 ni. Bulan 5 ada banyak aktiviti lain. 

No comments:

Post a Comment

 
;