Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Tuesday, April 10, 2012

Kayuhan Sihat dan Santai terbit di Mingguan Malaysia

MD Meditop - Hisashi Morikawa melepaskan peserta Kayuhan Sihat / Santai.
Kapten GTRiders - Yusri mendahului lain-lain peserta

Kayuhan Sihat dan Santai sempena World Earth Hour pada 31 Mac 2012 telah berlangsung dengan jayanya walaupun hujan renyai-renyai telah membuatkan laluan telah disingkat menjadi 18km dari 25km yang dicadangkan. Bantuan polis trafik cawangan Kajang juga telah banyak membantu kelancaran lalu-lintas sepanjang perjalanan.

Kayuhan anjuran Meditop Corporation (M) Sdn Bhd ini adalah acara sampingan dari Majlis Gotong-Royong yang dianjurkan bersama dengan Bangi Industrial Area Association (BIAA) telah berjaya mengumpulkan kira-kira 130 orang peserta dari kilang-kilang sekitar Bandar Baru Bangi dan sekitarnya.

Acara telah dilepaskan oleh Pangarah Urusan Meditop Corporation - Hisashi Morikawa kira-kira jam 8.15 pagi di Meditop Plant 2 dan checkpoint adalah di Meditop Plant 1. Acara kayuhan tamat kira-kira jam 10.00 pagi dan disambung dengan acara cabutan bertuah.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang cabutan bertuah. Kami juga meminta maaf atas segala kekurangan yang terbit dari acara ini dan juga rasa tidak puas peserta di atas perjalanan yang agak pendek disebabkan hujan renyai-renyai sejak pagi.

No comments:

Post a Comment

 
;