Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Sunday, February 19, 2012

Night Ride - Sesi cecah tanah basikal baru Haji Ikram

Pit stop buang air di Presint 5 (Bawah PICC)
Yusri, Haji Ikram, Saidin & Abang Din Driver Tersohor







Lepas sesi panjat - turun bukit ke simpang PICC


Start/Finish - Dataran Masjid Putra


Tuan Haji dengan Exitway berbau kedainya

Kasut futsal akoo yang dah tercabut tapaknya...

Sesi nih berlangsung setelah sesi petik memetik di dalam email futsal geng opis. Haji Ikram yang akoo duga telah membeli mtb Specialized silver telah memberi hint untuk berbasikal selepas futsal geng opis di Aktif Futsal Bangi. Rupanya telahan akoo salah. pemilik Specialized kekal misteri dan Haji rupanya sedang mengacukan senapang ke arah lain. Bermula dengan Polygon 24 speed tetapi berakhir dengan Exitway 27 speed dan hydraulic brake lagi pada harga yang sama.

Sesi petik memetik telah berjaya menarik minat beberapa makhluk ganas - Yusri (yang 50/50 sebab akoo rasa dia nak ride dengan pemilik misteri Specialized), Saidin (sanggup datang bawak van sebab tak nak cabut tayar), Hafiz (tapi tak datang di saat akhir. Basikal dah dapat tapi tayar plak sudah rosak), Abang Din (tunggu kat Masjid) & Man of the Hour - Haji Ikram dengan basikal barunya. (Kalau tak jadi beli dia ride naik basikal wife dia je)

Oleh sebab start futsal lambat, abis pun lambat dan sampai ke Masjid pun lambat. Ada pula sorang lagi makhluk ganas - Encik Azizan HR Manager yang datang dengan kereta panjangnya ditemani anak beranak. Apesal la boss tak bawak Mongoose made in Banting tu. Goyang ka? So sesi Night Ride ni di lepaskan oleh HR Manager kita.

Quote of the day by Yusri: Kita pusing bagi Ikram biasa dulu. (Yang nyata akoo tinggal 2 kampung)

Start je akoo dah tertinggal jauh. Jumpa balik di Jambatan bawah PICC tu. Masa tu jugak nampak satu group folding turun bertentangan. Baru tahu tadi yang tu lah geng Putrajaya Urban Riders (PUR). Oleh kerana tak tahan nak membuang, singgah la di Presint 5 tu. 

Yusri ajak pula naik bukit ke simpang PICC. Akoo tapau dia untuk 15 meter pertama. Lepas pada tu nafas dah abis. Tinggal lagi sekali dan jumpa balik di jambatan.Then terus menghala ke Masjid Putra ikut jalan Masjid Besi. Masa kat dataran, akoo dah flat dah. So diorang tinggalkan akoo 3 kampung.

Lepas abis penat lelah, gerak ke Presint Diplomatik dengan Haji Ikram - sesi meggi goreng.

No comments:

Post a Comment

 
;