Raleigh full-sus vs Raleigh Folding
Zif, amik gambar nampak masjid...
Tadi tak clear la bang, nih clear skit...
Abang kena pakai beskal besar, adik pakai beskal kecik je....
Akoo memang nak riding beberapa malam sebelum main futsal Jumaat ni. Kiranya nak amik stamina la skit. So akoo ajak la Saidin-san (Workshop) ngan Abang Din F1 Driver. So dua-dua sudah setuju. Pacers (kayuh laju) macam Yusri memang rasanya tak yah ajak la sebab malam Jumaat rasanya dia kayuhan hentakan kat rumah je.
Petang tu akoo amik mak mertua dulu kat Saujana Putra ngan Adam. Then settle tapau baru balik rumah. Malam tu plak punya la kelam kabut, lampu belakang lupa pasang, air 100Plus tinggal dalam kereta so kena la pusing balik gi amik. Saidin-san dah tunggu lama dah kat simpang Pinggiran Putra. Nasib baik dia tak balik rumah je.
So routenya. P5-Pinggiran Putra-naik bukit panjang-lalu depan Presint 1- Masjid Putra. Lepak sekejap. Kayuh balik dari situ-P5 lalu jalan depan dataran. Bila check dengan Google Map, jarak kayuhan mencapai 19.5km. Kira terbaek la tu.
No comments:
Post a Comment