Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Wednesday, February 29, 2012

Beginners Night - Fun Ride bebudak Meditop

Hafiz - The Giant Justice

Izhar Geng Keliwon - LOOK

Toke kedai Hardware - Ajim aka Pali dengan Colnago

Eja bebetul - C O L N A G O

Apa motif ko posing ni bro. Apesal tak bawak DSLR

Brader Shidi - BH

Akoo tak ingat bila tapi yang start petik - Kahlid (The Silver Surfer). Dia cakap member lama akoo nak ride sama akoo (Ajim aka Pali). Pastu dia cakap Hafiz Iceberg aka The Giant Justice nak ride juga. So akoo patutnya nak test Mtb akoo dengan geng PUR. Tapi petikan mamat ni nampak lebih menyelerakan sebab semua Mtb dan semua nak tunjuk hebat walaupun tak hebat mana pun.

Seperti biasa, akoo sambung memetik kat dalam email opis. Dapat tarik lagi sorang beginner - Haji Ikram. Zuzaki tak yah cakap la sebab dia cakap je tapi basikal pun tak beli lagi. Yusri jual mahal. Saidin ada badminton. So additional as usual - Abang Din Driver Tersohor.

Janji pukul 9 tapi akoo sampai lambat skit. Diorang semua dah tunggu kat parking lot Presint 5 termasuk brader Izhar yang datang dari Banting selepas tertarik dengan jemputan akoo di link blog akoo yang akoo letak kat KNR Cycling Community. Route asal nak main 20km termasuk naik bukit. Tapi oleh kerana ada first timer dalam ride kali ni, kitorang bincang semula di Dataran Masjid dan reroute semula.

Route malam tadi: P5 - Simpang PICC - Masjid Besi - Masjid Putra - Pusing ke P5 - masuk ke taman - lalu bawah jambatan menyusur tepi tasik sampai ke Kolam Awam P6 - pusing belakang KIPT - Padang Ragbi - Parking lot P5. So dapat juga 20km di situ. It is really relax, lite and easy ride. Masa berenti kat jambatan P5, berselisih dengan satu group lain kebetulan ada member lama ada kat dalam tu - Bachak (ex-Alam Shah). Sekali member dia yang duduk satu blok dengan akoo kat apartment ni follow kitorang. 

Start ride dalam 9.30 dan habis dalam sebelum pukul 11.00. Akoo, Abang Din, Shidi dan Kahlid gi minum dulu dan kemudian Saidin datang lepak sekejap. Success....

The Meditop
1. Kahlid (beginner)
2. Hafiz (beginner)
3. Haji Ikram (beginner)
4. Abang Din (otai umur 52 tahun)
5. Joe Radzif (1st timer dengan Mtb)

The Associates
1. Shidi
2. Izhar (KNR - otai)
3. Ajim aka Pali (Colnago the 1st timer) - still dapat catch up dengan kitorang
4. Syabrie - Jiran satu blok

Esok malam akoo nak ride dengan The Legend of Speed plak...

No comments:

Post a Comment

 
;