Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Friday, May 31, 2013 0 comments

GTRiDERS Laung Cabaran!!!

GTRider laung cabaran
Oleh Aida Adilah Mat





Kuala Lumpur: Seramai 10 pelumba bakal mengibarkan cabaran pasukan GTRider untuk mengisi 100 tempat terbaik pada penyertaan sirkit pertama Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di Putrajaya Ahad ini.

Bagaimanapun, pengurus pasukan Mohd Radzif Shamsul Anuar meletakkan sasaran kepada tiga pelumba utamanya untuk memberikan saingan.

Katanya, untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik memang sukar kerana cabaran hebat bakal diterima daripada peserta yang menyertai acara Jamboree.

“Justeru, sasaran saya lebih kepada Muhammad Yusri Zainon yang menggalas tugas sebagai ketua pasukan selain Radzifuddin Hamzah dan Zarif Ismail untuk memburu tempat terbaik.

Monday, May 27, 2013 0 comments

Kayuhan Amal Meditop 2013 - Pendaftaran Ditutup

Adalah dimaklumkan dengan dukacitanya, kami terpaksa menutup pendaftaran dan juga memohon maaf kerana terpaksa menolak beberapa permintaan saat akhir. Pintu belakang kali ini terkunci rapat sudah. Jumlah 150 yang kami sediakan telah dilanggar sampai 165 orang. Senarai penuh peserta boleh disemak di sini


Monday, May 20, 2013 0 comments

Sesi bergambar GTRiDERS di PCP

Ahaks, sempena pendaftaran GTRiders yg nak menyertai Jamboree Harian Metro di Putrajaya pada 2hb Jun 2013 ini, diorang mintak gambar kitorang yang berkumpulan. Oleh kerana kitorang ni jarang berkayuh bersama-sama, Chip - Yusri mencadangkan buat satu sesi fotografi. Mulanya nak buat di Dataran Putrajaya tapi akoo cadangkan di PCP je la. Dekat dengan rumah akoo. Senang nak pergi. Lepas amik gambar boleh masuk PCP. So inilah hasilnya. Rupanya akoo sorang je yg datang bawak beskal. So akoo sorang je la berkayuh masuk PCP pukul 6.45 petang. Elok azan Maghrib baru sampai rumah.


Thursday, May 16, 2013 0 comments

Meditop Charity Ride 2013




Untuk tahun ke-2, GTRiders akan menganjurkan aktiviti berbasikal di Meditop Corporation, Bandar Baru Bangi. Sekiranya tahun 2012 kayuhan bersempena Earth Hour, tahun 2013 menyaksikal aktiviti kayuhan ke Rumah Bakti al-Kausar (RBaK) yang terletak di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Konsep kayuhan amal ini adalah 'Fun Ride' yang sepenuhnya akan melalui jalan raya di sekitar Bandar Baru Bangi. 

Details:

Acara: Kayuhan Amal 2013 - Meditop Corporation - Rumah Bakti al-Kausar
Tarikh: 22 Jun 2013
Jarak: ±15km sahaja (Jalan raya)
Bayaran: RM20 (RM15 utk baju + RM5 utk anak yatim)
Sekiranya ingin menyumbang lebih, adalah sangat dialu-alukan


Had umur: 16 tahun ke atas
Tarikh tutup: 23 Mei 2013

Aturcara:
07:30 - Pendaftaran
08:00 - Flag-off
10:00 - Tiba di RBaK - Sukaneka & Jamuan Ringan 
11:30 - Pulang ke Meditop
12:30 - Penutup & Lucky Draw

Rumah Bakti Al Kausar

Anak-anak yatim
Peta Laluan:

T-Shirt:

Goodies:


Borang Penyertaan:

Email borang yang siap diisi ke: radzif@meditop.com.my & hubungi Joe Radzif di 013 3036644.
Yuran boleh di bank-in ke: 162188340164 (Maybank) - Mohd Radzif Samsunanwar

Tarikh tutup: 30 Mei 2013 / cukup 150 orang peserta
Wednesday, May 15, 2013 0 comments

Tringg....

Sungguh lama tak update blog ni. Bukan setakat bersawang dah ni, dah tumbuh hutan pokok renek dah. Tak boleh nak tebas pakai sabit, nak kena pakai chain saw baru boleh settle. Lama tak update sebab kat opis ni pakai Internet Explorer zaman penjajahan Portugis. Leceh nak update banyak yang incompatible, nak view blog orang lain pun manjang error. Tapi baru-baru ni dapat install Google Chrome, so masalah selesai.

Banyak dah yang berlaku sepanjang setengah tahun tak tulis blog ni. Macam-macam up and down. Down and under. Underground, Underhill, Undertable dan tak lupa juga Undertaker. 

Antara yang dah berlaku 

November 2012 
- Masuk Jamboree Sepang yang hampeh 

Disember  2012
- Kensel masuk Jamboree Tampin 
- Kensel masuk Jamboree Putrajaya 
- Beli beskal Polygon Cozmic 6.0 Limited Edition 
- Jual beskal Raleigh masa hari Krismas

- Mula menjadi penjual aktif di BBS (http://bicyclebuysell.com/user.php?id=16750)

Januari 2013
- Salin barang-barang dari beskal Polygon ke Trek6300

- Start pakai clipless

- Menawan Puncak Bukit Tok 4 Rashid (dalam route Kota Warisan)


Februari 2013
- Jual frame Polygon 

- Jadi assistant trainer kat PCP utk acara basic mtb - Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN)


Mac 2013
- Masuk Jamboree 360 Kota Warisan - super duper cramp!

April 2013
- Mini Jamboree UUM kat Cyberjaya - santai dan tak cramp dpt nombor 333


Mei 2013
- Workout untuk event - Kayuhan Amal Meditop Corporation
Sunday, November 18, 2012 3 comments

Kota Warisan - Dari Dengkil (14 Oktober 2012)

Lama dah akoo tak update blog ni. Rasa malas nak update. Sebab gambar banyak kat handphone dan kat opis tak leh nak download sebab MIS block. Hari nih wife tersayang dengan rajinnya download software kat laptop dia so akoo pun amik kesempatan.

Tarikh tu geng kilang - GTRiders join dengan SPRides gi Sungai Lalang. Tapi akoo macam biasa la malas nak gi jejauh so pilihlah trail berhampiran dengan rumah yang di-initiate-kan oleh Hazrul BBS. Join plak dengan geng Junk - DR2 dan akoo punya junior kat sekolah dulu - Aznan pun nak join. Masa kumpul kat bengkel Junk pun ada budak satu floor dengan akoo kat kuarters pun join. So ada la dalam 15 orang.

Akoo gerak dari PCP je kayuh dengan Aznan tapi menunggu semua orang kat Bengkel Junk memang lama. Pastu gerak masuk Kota Warisan dari Pekan Dengkil. Akoo macam biasa, depan skit je dari sweeper. Tapi Aznan agak laju. Walaupun khabarnya baru main beskal tapi memang kuat. 

Junk bagitau yang trail ni tempat training geng diorang. Naik bukit je kerjanya. Tapi scenery ladang kelapa sawit la. Pertengahan jalan selisih dengan satu grup lain kat tempat gas. Amik gambar dulu. Diorang kenal satu sama lain. Akoo sebagai beginner tak kenal pun. Masa nak naik ke pencawang, akoo naik ikut jalan landai tapi panjang. Mental koyak so akoo lebih tolak dari kayuh. Aznan naik bukit pacak. Memang impressive. 

Lepas lepak lama kat atas tu menunggu semua regroup, turun ke pekan KW dengan reverse trail yang selalu akoo lalu. Lepak kat mamak biasa tu dan kemudian ikut jalan belakang kawasan perumahan. Dah tak jauh sangat dah lepas tu. Kumpul balik kat Bengkel Junk tapi ramai yang terus balik sebab kayuh dari rumah. So akoo pun ke PCP dulu basuh basikal sebelum balik ke rumah.

Bengkel Junk di Dengkil

Kona Aznan - 12kg+

Vicnie yang sangat ringan

Orbea yang sangat mahal

Trail finder Tuan Hazrul dah sampai

Berehat di puncak bukit pertama

Donat Peanut Butter

Berehat sebelum naik bukit pacak

Beskal ni pun nak kena rehat sekejap

Raleigh - Mongoose - Vicnie

Dua bijik penunggu PCP

Dua budak Siput 
Friday, October 12, 2012 3 comments

PCP: Kayuhan Kegelapan (11 Oktober 2012)

Bersempena percutian akoo ke Hospital Putrajaya untuk membuat check darah anak akoo yang berusia 3 bulan - Ahmad Sram Amjad, akoo pun melarikan diri dari rumah setelah selesai solat Asar. Berbekalkan sms dari beberapa kengkawan yang menyatakan akan ke PCP, akoo redahkan jugak ke sana walau pun mega mendung (awan) telah menutupi sekian langit. Baru pukul 5.00 dah gelap.

Rakan taulan semua start lambat. So akoo yang awal ni redah dulu ke dalam berseorangan. Walaupun berjaya lepas di rock garden, tapi akoo merasakan level of confident akoo semakin merosot. Sampai ke gazebo ke-3 akoo terus potong ke Menara Puncak. Turun dari situ pun akoo hampir gagal. Sampai di parking - Qassim Merida pun sampai. Tak lama itu Zidan pun sampai tapi dia terus naik atas. Kemudian Hazrul pun sampai dan akoo test XTC 14.5 nya. Ok jugak. Nak kena tukar frame kecik la akoo nih. Last sekali seorang beginner - Khairuddin aka Din XNine pun sampai.

Berempat start. Hazrul dan Qassim mengenakan lampu untuk mengatasi kegelapan. Akoo merasakan hujan sudah mula merintik-rintik so akoo potong terus dari 1st parking atas ke Menara Puncak sementara 'penunggu' yg dua orang lagi membuat full loop. Di sini akoo berjaya membuat sedikit tunjuk ajar kepada Din apa itu switchback berbatu-batan. Akoo hampir tertewas lagi di situ.


Cerah di luar, Gelap di dalam

Sampai kat starting gazebo, Zidan call bagi tau dia kat tempat downhill dia tanya mana yang lain. Akoo cakap ada kat dalam. Tak lama tu 2 orang penunggu pun sampai dan ajak kitorang masuk lagi separa loop. So kitorang layan sekali lagi dengan separa loop sambil disinari lampu basikal. Skip rock garden dan desert hill. Potong dari gazebo ke-3 terus ke parking Menara tanpa lalu Menara. Terus ke bawah Din belanja basuh basikal. Pastu balik ke rumah bertiga dan sampai 7.05 pm. Wife akoo dah call dah masa tu.

Tiga orang 'penunggu' - Qassim dengan frame gantian, Hazrul & Zidan

Friday, October 5, 2012 1 comments

MTB Jamboree Putrajaya - 2 Disember 2012


Details di: (Klik Sini)
Tarikh: 2 Disember 2012 (Ahad)
Lokasi: Taman Wetland Putrajaya, Presint 13, Putrajaya.
Penyertaan Terhad kepada 2,000 peserta 
Jarak: 45km-55km (20% road + 80% off-road)
Yuran Penyertaan: RM 50.00

Ketegori :
1. TERBUKA LELAKI - 17 - 44 tahun
2. TERBUKA WANITA - 17 tahun ke atas
3. VETERAN LELAKI - 45 tahun ke atas
4. JUNIOR LELAKI - 10-16 tahun
5. JUNIOR WANITA - 10-16 TAHUN

Wetland

Offroad starting point

Trail

Thursday, October 4, 2012 4 comments

Sepang Jamboree 2012 - Suatu Pencerahan

Akoo mintak maaf kalau perkara ini agak sensitive dan offensive terhadap mana-mana pihak. Tetapi sebagai seorang Islam akoo mempunyai hak untuk tahu berkenaan ke mana hala tuju duit yuran yang akoo bayar untuk menyertai jamboree itu. Lagi-lagi hangat diperkatakan tahun lepas pihak pengurusan telah memberi charity kepada sebuah gereja sehingga ramai riders Muslim tidak mahu terlibat.

Akoo teringin nak join Sepang Jamboree ini sebab dikhabarkan treknya yang tidak membunuh seasonal rider macam akoo ni. Lagi pun bulan November, kebanyakkan jamboree berada di sebelah utara tanah air. Jadi untuk domestique rider macam akoo ni hanya mampu participate di jamboree di sekitar Putrajaya-Bangi sahaja.

Jadi akoo gagahkan juga untuk bertanya. Mulanya melalui email - tiada jawapan. So akoo tanya open di chatbox mereka. Alhamdulillah, suatu jawapan yang melegakan dari pihak Admin dan diharap Admin tetap dengan kenyataannya.


Monday, October 1, 2012 1 comments

UPM Fete: Muka kebiruan, nafas tercungap

KUALA LUMPUR: “Saya lihat mukanya kebiruan dan tercungap-cungap,” kata Mohd Faris Adli Mat Nawi, 34, yang cuba memberi bantuan sebelum Mohamad Samsul Ariffin, 31, meninggal dunia selepas menyertai Kejohanan Lumba Basikal Bukit Universiti Putra Malaysia (UPM) 2012, dekat sini, semalam.


Mohd Faris berkata, dia kemudian diberitahu rakan peserta lain yang Mohamad Samsul meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan ke Hospital Serdang (HS) jam 12 tengah hari. Mohamad Samsul dari Kelab Basikal Pasoh Satu antara 1,700 peserta yang menyertai perlumbaan sejauh 40 kilometer itu yang dianjurkan Desa Tasek Mountain Bike Club yang bermula kira-kira jam 8 pagi.

Rakan sepasukannya, Azmi Abd Aziz, 43, yang dihubungi Harian Metro berkata, mangsa yang juga jirannya di Kampung Pasoh Satu, Jelebu, dekat Negeri Sembilan, berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan dan sungguh bersemangat.

“Namun selepas sejam berlumba iaitu di kilometer (km) ke-18 dia mengadu pening kepala dan sakit dada lalu berhenti untuk berehat. Seorang rakan mengurut dada Mohamad Samsul sebelum kami semua meneruskan semula kayuhan.

Berita di Harian Metro (Klik Sini)
 
;