Start dari belakang skit sebab sampai lambat. Setting beskal tak berapa cun kat WS. Tapi masa starting potong line. Pastu kat main road dalam 3-4km sebelum masuk jalan kampong. Laluan kebun getah yg diletak batu gravel kasar – agak bahaya dan menyukarkan pendakian. Beberapa kali lalu kandang ayam yang agak berbau kurang menyenangkan. Sekali tergolek kat jalan kebun getah nih sebab buat stunt lagi. Terkelengset kulit kat lutut tempat yang luka lama tu.
Keluar jalan kampong/getah masuk jalan kampong dan kelapa sawit pulak. Masa ni ada gak la terjumpa kengkawan sorang – Eddy. Tapi pastu rasa macam hilang tenaga / berat mengayuh. Rupanya seatpost sudah mendap. So lepas beberapa ketika berhenti kat satu brader Chiru sedang terkial-kial tukar tayar, dia pakai tayar UST kot sampai susah sangat nak kepak. Lepas adjust seat post barulah meneruskan perjalanan ke bukit pacak tu. Akoo kayuh separuh pastu silap laluan kena cross alur air. Terus berhenti dan terpaksa la menolak sampai atas. Tapi yang tak best, brake akoo buat problem juga.
Lepas bukit pacak tu ada satu lagi bukit sebelahnya yang lagi tinggi tapi sikit landai dan dapat climb sampai abis. Masa turun downhill tu ada rider jatuh sedang diuruskan oleh pihak Marshall. Kemudian bermulalah siri on road dan off road yang berselang-seli. Dan rider Chiru tadi selamba potong balik. Yang akoo dapat rasa kali ini, on road akoo dapat maintain dengan stabil termasuk semasa pendakian. Memang terbaik hasil training interval atas trainer.
Cuma, masalah cramp belum selesai. Cramp hadir juga skit-skit. Akoo sound dah kat peha tu jangan cramp dulu. Tapi mild cramp tu tetap ada selepas 30km+. Bertahan juga lah bawak perlahan-lahan. Masa nak abis tu panjat bukit Hospital Tampin - tempat di mana akoo lahir di dunia ini kira-kira 34 tahun yang lepas. Kan dah kata - Homegrown event! Event di tempat akoo dilahirkan. Masa ni ada satu rider potong dan akoo tak mampu nak kejar balik.
So sampai kat stadium - Wah!! Ada nombor!! 128 tu! Tempat terbaik yang pernah akoo dapat. Tak sangka plak masih ada nombor walaupun beberapa kali berhenti dan start dari belakang dan kayuh perlahan-lahan. Eddy dapat nombor 120 dan Azmi dapat 126 kot. Depan akoo sikit jer.
Pepahal pun, penganjuran oleh geng Kembara Negara memang sangat terbaik. Marshall cukup, marking jelas, air bersepah-sepah sampaikan tiba-tiba je ada check point air. Tak sangka sungguh. Trail memang baik walaupun ada yang komplen banyak road berbanding tahun lepas. Tahun lepas akoo daftar tapi tak join sebab ada hal lain.
Akoo tak tunggu sampai abis. Lepas makan akoo balik kampung basuh beskal dan gerak balik Putrajaya melalui Beranang dan Semenyih.
Trail: 3/5
Pengurusan: 4.5/5
Medal: 4/5
Overall: 4/5
Kepuashatian Diri Sendiri: 4/5
No comments:
Post a Comment