Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Thursday, August 29, 2013 3 comments

Jamboree: Gempak Hypertrax Rampage

Tarikh: 22 September 2013
Tarikh tutup penyertaan: 1 September
Laman Blog: (Klik Sini)

Kategori: Jamboree
Penganjur: HyperTrax
Lokasi: Dengkil 
Jarak: ±40km
Sponsor: Rezada Flora
Penyokong: Kerajaan Selangor, Majlis Perbandaran Sepang, Paya Indah Wetland, PDRM

InsyaAllah join di bawah payung Presint 5 Basikalis untuk kali ini. GTRiders pula akan di'lead' oleh tuan tanah Dengkil - Hashni. Akoo bawa P5 Basikalis untuk pendedahan kepada 2-3 orang rider pemalu yang ada di Presint 5 tu. 

Dari gambar dan map, trail nampaknya santai dan sangat sesuai kepada beginner cuma jarak 40km tu agak memerlukan latihan kecergasan dan juga bekalan ubat-ubatan sewaktu melaluinya. 

Map:


Galeri:








0 comments

Rodalink: Merdeka Off-Season Clearance



Untuk tiga hari sahaja (30/8 - 1/9) di Ambang Botani, Klang. Khabar dari FB Rodalink - sales ke atas Polygon model 2012 dan parts yang lain juga 
Monday, August 26, 2013 1 comments

MTB Fork Servis & tukar travel


Tambah produk skit. Specialist saya telah bersetuju untuk menambah produk yang boleh diservis. Sebelum ni hanya Epicon. Tapi skang dah ditambah dengan Raidon (SR Suntour) dan juga Spinner - Aeris & Eagle. Untuk maklumat lanjut sila ke blog baru - MTB Fork Service (Klik Sini)



Wednesday, August 21, 2013 0 comments

Perkhidmatan Servis Fork Epicon


Saya ada buat skit promotion untuk membantu kawan saya yang ada buat servis EPICON. Model tahun 2011-2013 size 26,27.5 & 29. Harga Promosi ini RM75.00 sahaja untuk servis sahaja. Sekiranya ada repair, kita akan quote dulu dan hanya akan repair bila owner setuju dengan harga yang ditawarkan. Lokasi - Sekitar Putrajaya. Pepahal boleh call saya di 013 303 6644.

Blog Basikalista yang ada details: (Klik Sini)
Tuesday, August 20, 2013 1 comments

Basikal di atas Motorsikal







Nampaknya kat Barat sana dah macam perkara biasa aja diorang bawak basikal naik motorsikal sebelum start ride basikal. Ni kira double ride la nih. Akoo carik juga contoh yang naik motor kapcai - takda. Yang naik skuter kecik macam VS125 pun tak ada. Akoo bercadang nak buat cam ni. Sebab nak bawak naik kereta kengkadang rasa malas plak. Nak jimat minyak la kononnya ni. Tapi nampak gayanya, kena beli superbike dulu sebelum boleh buat macam ni sebab takde contoh. He he he. 

Yang kat bawah ini ada contoh-contoh yang lain pula. Cuba perhatikan....




Wednesday, August 14, 2013 0 comments

6 Syawwal - Kayuhan Semput


Sudah lama bercuti jadi dah sebulan tak jengah PCP. Lagipun projek nak kayuhan trainer tak berapa nak memberangsangkan akibat kekangan masa. Jadi masa yang ada adalah Selasa 6 Syawwal la untuk melepas geram. Mulanya ramai gak yang nak join tapi akoo tak available pagi Selasa tu so ada la yang tarik diri. 

So yang ada akoo, Hashni, Ejeap (Toke warung) dengan Aznan. Yazid sampai lambat dan catch-up kitorang kat Desert Hill. Then jumpa dengan Tez dan John yang dah kayuh loop ke-4. Ejeap nak masuk 2nd loop tapi tak de sapa nak teman. Kitorang semua pancit teruk. Bak kata Hashni, bukan setakat lemang yang keluar, batang buluh pun dah terkeluar sekali. Maybe dia dah lama tak telan catuaba la tu.



Sesi try and matching 650b ke BH Hashni. Tak leh tido malam dah pas ni....

Mukhriz takda. Kena cuci sendiri sahaja

Monday, August 12, 2013 20 comments

Blog jual barangan basikal - BASiKALiSTA

(Klik gambar utk ke blog BASiKALiSTA)

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga akoo setup satu blog untuk akoo jual barang-barang basikal yang ada dalam simpanan akoo skang. BASiKALiSTA. Sebelum nih akoo dah selalu jual barang-barang basikal di BBS. Profile akoo di BBS - (Klik Sini).

Jadi akoo jemput semua yang nak cari barang untuk tengok blog tu. Tapi takde la banyak sangat barangnya. Akoo tolong jual barang-barang kengkawan. Kalau anda nak akoo iklankan pun tak de masalah. Call sahaja akoo. Komisyen akoo senang jer. Berapa korang bagi, akoo amik. Akoo tak de tetapkan.
Monday, August 5, 2013 0 comments

Salam Lebaran 1434 / 2013

Image Credit to vectorise.net

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua pembaca, pengayuh dan juga semua yang berada di dunia tidak kira apa juga bangsa dan anutan anda.

Ucaplah seperti yang Rasulullah ucapkan pada aidilfitri:


Akhir kata, semoga berbahagia di Aidilfitri dengan amalan yg diterima dan dosa yang diampunkan. Teruskanlah istiqomah dalam beramal di bulan Ramadhan sehingga bertemu Ramadhan yang akan datang. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang untuk memperbaiki perjalanan kita menuju ke alam yang satu lagi. Cuma, jangan pulak solat terawikh, itu hanya khas untuk Ramadhan sahaja. 
Friday, August 2, 2013 0 comments

Interval Training: Hill Charges to Climb Stronger

Latihan kali ini tidak boleh dilakukan di atas trainer. Kena naik atas basikal dan panjat bukit. Berapa gradient punya bukit terpulang kepada diri sendiri tapi janganlah yang hampir landai.
Artikel asal (Klik Sini)

Menerjah bukit untuk dakian lebih hebat

Mula-mula pilih satu bukit yang cukup panjang dan tidak perlu terlalu curam. (intermediate sudah)
Set satu starting point untuk berkayuh menghala ke atas bukit (mendaki)

- Kayuh secara push 30 saat dengan cara berdiri
- Turun semula ke starting point
- Kayuh push selama 30 saat dengan duduk atas saddle
- Turun semula ke starting point 
- Buat 3 set (3 berdiri 3 duduk = 6 kali)
- Recovery 10 minit
- Ulang sampai sejam

Selamat mencuba
Thursday, August 1, 2013 0 comments

Merida 2014 - So far blom ada kelibat 26er...


Merida pun nampaknya so far menggugurkan 26er dari lineup 2014 dengan tiada 'Big Six' dalam senarai dan kemasukan Big 7 dalam line up. Senarai di atas diambil dari website Merida Australia (Klik Sini). Senarai basikal wanita pun nampaknya menengahkan senarai 27.5 juga.


Big Nine 300 (Detail klik sini)


Big 7 XT-Edition (Detail klik sini)

 
;