Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Wednesday, June 12, 2013

Malang tak de bau di PCP 9/6/2013

Ujung minggu itu setelah membuat pembelian jiwa yang sangat meyakinkan, akoo bergerak ke Bukit Berhantu antara blok rumah akoo dengan PICC. Macam cerita didengar kat bukit tu. Bukit tu masih tak dapat tumbang khabarnya ada penunggu lah ada harimau putihlah. Tapi beberapa bulan lepas ada je bajak buat teres kat situ. So akoo pun naik la kat situ dan lepas tu gi plak ke PCP berseorangan. 

Rasanya masa start masuk kat PCP pun dah pukul 6.00 petang lepas kena roadblock dengan anak akoo yang nak makan nasi la nak mandi la. Akoo punya la nak cepat keluar sementara OG (Orang Ghumah) masih tidur. He he he. Amik gambar kat tempat PCP yang kena sodok tu. Dan seterusnya menghabiskan trail dan layan pump track dan meluncur dengan laju turun kat palang menuju ke parking. Kat situ ada sikit bonggol / ramp yang pada kebiasaannya memang akoo akan melompat kat situ. 

Seperti biasalah, laju + henjut + lompat + landing + (tayar tubeless kurang angin) = tayar burst + landing tak bagus + tergolek + sagat simen kasar + kulit tersiat. Usung beskal ke tempat basuh, syukur Mukhriz (Bangla) tu ada. Dia basuhkan beskal dan tolong akoo antar balik rumah naik motor. Syukur alhamdulillah, OG tak marah pun. Dia yang tolong cuci dan buat dressing. Yang bising dan berleternya adalah Adam Danial je. Sampai dalam bilik Doktor Zubir pun dia dok berleter. Pastu masa nurse buat dressing - dia berzikir. Huahahaha...

Pengajaran sepanjang hayat - sebelum keluar berkayuh sila pastikan pressure tayar dalam keadaan yang baik.

Sejurus selepas kejadian yang menyayat hati

Sejurus selepas kejadian menyakitkan kaki (mandi)

Selepas nurse menonyoh ubat kuning dengan gauze dengan kuat beserta zikir 'hasbi rabbi' dari Adam

Buat sendiri kat opis semalam. Selinsing seluar all the way sampai MD-san pun tegur.


2 comments:

Anonymous said...

boring dah blog ko ni bro...sebab pe?...sebab dah takde citer psl beskal lipat...baik ko tukar je nama blog ko beskal mtb....boringgg gilerrrr...

gua dulu main mtb, main gak rb...tapi yang paling best kayuh fun...beskal lipat laaa...lu plak terbalik...haiyaaaa....boling...bolinggg....

Joe Radzif said...

kih kih kih...
nama kat atas tak leh nak tukar...

tapi pepahal pun terima kasih atas teguran...
he he he

Post a Comment

 
;