Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Tuesday, May 1, 2012

Labour Day Special - Kayuhan Off Road di Kota Warisan

Lokasi: Kota Warisan - Kampung Semarang, Dengkil
Route: Estet Kelapa Sawit, tanah dan batu laterit. Pulang lalu highway
Jarak: 19km jerr... (60% road sebab dah tak larat...)

Asalnya akoo bercadang nak masuk PCP masa hari ni. Then bila ajukan cadangan ni kat Asnor, dia ajak layan trek kat Kota Warisan. Memandangkan dari dulu akoo carik peluang nak berbasikal dengan brader ni. Akoo pun setuju dan create event kat FB. Dari 70 orang yang diajak, 2 orang je yang datang - akoo ngan Asnor. Ok dah tu. At least ada dua orang dari tak de langsung.

Pagi-pagi Asnor dah call akoo - "Team Pujimac - Arash Mohd ada kat Mamak Hijas ni. Diorang pun kayuh kat sini."

Janji pukul 8.00 kat Mamak Hijas tapi akoo pukul 8.00 baru gerak dari rumah. So lepas sarapan ala kadar, gerak la dalam pukul 9.00 tu ke starting point sebelah stesen ERL. Nampak ada satu group mtb dalam 5 orang pun sedang start nak kayuh. Mulanya ingat kan group Arash Mohd tetapi cuma salah sorang je. Diorang pun first time nak masuk kat situ. So semua harapan terletak di bahu Asnor.

Bermula dengan jalan denai selebar tayar motor dan kemudian baru la masuk ke jalan estet kelapa sawit. Pendakian agak menegak jugak sampai akoo terpaksa menolak di beberapa kawasan. Cuma sampai kat kawasan lapang seperti dalam gambar di bawah barulah kayuhan lega sikit. Hanya pendakian landai dan downhill tak curam. Tapi akoo memang agak keletihan masa tu so lepas dalam 10km offroad, terus balik ke Kota Warisan dengan lalu jalan raya. 

Puncak tertinggi kena naik kat tiang letrik tu. Semua cakap - next time

Asnor: Kalau kat atas tu buleh nampak KLCC

Member Arash Mohd dengan baju hijau (Pujimac)

Dua brader first timer. Steady lah

Apa sajalah Asnor dok goreng tu

Terowong bawah Higway Elite

GPS - OK
Tak sesat punya

Selepas 2 jam tunggu baru diorang sampai. (ha ha ha acah je)

Fuji dan ape eh satu lagi ni....

GPS bro dah OK ke tu? Tak balik kitorang karang

XDS dan Fuji...

Trek bernadikan groupset XTR

Dalam ladang pun ada signboard tu. 



 
;