Untuk menguatkan otot-otot kaki dan kekuatan mental, Yusri petik untuk kayuhan malam sejauh 40km malam tu. Akoo memang tak de la nak cecah 40km tu sebab Jumaat kerja. Kalau Jumaat malam Sabtu punya kayuhan memang akoo pulun je sampai 40km tu. Takut esoknya tak bangun pula nak gi kerja.
Seperti biasa akoo ajak juga kat Facebook dan Group GTRiders. So ada la beberapa kerat yang turun. Akoo, Yusri, Apis, Syabrie dan Nasrul. Pastu masa lepak kat Simpang PICC datang lagi sorang solo rider budak SVS naik road bike. So berenam la malam tu dengan 2 RB. Yusri nak naik PICC tapi Security Guard tak bagi masuk. Tah apa yang ada kat atas tu. Kenderaan Polis pun beberapa kali keluar masuk.
Demi tidak mengecewakan Yusri, akoo cuba juga la kayuh laju lead jalan 30km/h+ tapi berjaya catat 26km sahaja. Route seperti di bawah sana. Cuma yang tak best bila kayuh camni, lambat sangat balik rumah. sampai rumah dah pukul 12.00 malam.
Pancit. Orang je. Tayar OK
Dua budak yang dihalang untuk masuk ke PICC oleh Pengawal Keselamatan
Dua budak yang kepancitan
Map: (Klik sini)
No comments:
Post a Comment