Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Thursday, March 29, 2012 2 comments

Details untuk Kayuh Santai pada 31/3/2012


Map ke Meditop & Route Kayuhan

Map Kilang Meditop Plant 2 (MT2)

Sila patuhi penerangan di bawah ini.
1. Semua kenderaan tetamu / peserta perlu mengikut tanda anak panah MERAH dan parking di Guest Parking Area.
2. Sila daftar di registration dan anda diberi goodie bag yang mengandungi
- Towel (dalam kotak)
- Nombor pendaftaran letak di basikal + cable tight
- Nombor cabutan bertuah
- Air RO Seamaster
- Roti Delicia Gardenia
- Sijil penyertaan 
- Beberapa vitamin sumbangan CCM
- Map
- Kupon RM0.50 untuk ditukar dengan pisang dan air minuman di Check Point
3. Anda dibenarkan meninggalkan basikal di petak merah (parking motorsikal)
4. Pelepasan diadakan selepas satu upacara permulaan gotong-royong dijalankan (8.15)
5. Sila daftar awal (7.15-7.45)
6. Sila patuhi arahan lalu-lintas oleh Pengawal Keselamatan Meditop.

Sebarang kemusykilan sila hubungi Joe Radzif di 013 303 6644 secepat mungkin.

Senarai peserta yang daftar di bawah saya - daftar di kaunter BIAA dengan merujuk pada nombor pendaftaran di bawah
136 - Ahmad Syabrie Ghazali
137 - Azhar Awadz
138 - Wan Azrul Nizam
139 - Mohd Ezuan Husni
140 - Ahmad Syahmi Shahfudin
141 - Ahmad Hafiz Shahfudin
142 - Izzat Hilmi Mazlan
143 - Megat Zulkarnain Megat Hassan
144 - Azlan Awadz
145 - Abu Bakar Rofie
146 - Khairulanuar Muhari
147 - Munazrin Mohd Yusup

Jumpa di MT2 bros....
0 comments

Cycle4Care Charity Ride - 6 May 2012


Details event: (Klik sini)
Sinopsis:
Event: Cycle4Care Charity Ride
Tarikh: 6 May 2012 (Ahad)
Masa: 7.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Alam Budiman, U10 Shah Alam  Selangor
Jarak: 45km untuk MTB
Tujuan: Mendapatkan dana untuk:
- OrphanCARE
- Rumah Amal Asnaf Al-Barakah
- Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV / AIDS (PERNIM) 
- mereka yang kurang bernasib baik di Selangor dan Lembah Klang.
Wednesday, March 28, 2012 0 comments

Closed for registration - Kayuhan Sihat Sempena World Earth Hour

Merujuk kepada posting awal (klik sini), Kayuhan Sihat / Santai sempena World Earth Hour di Bandar Baru Bangi anjuran Meditop Corporation dan BIAA kini telah ditutup pendaftarannya. Senarai nama peserta akan dikeluarkan secepat mungkin. Peserta-peserta juga akan diberitahu berkenaan pendaftaran dan urus-setia pada 31 Mac 2012 melalui syarikat masing-masing. Kepada peserta yang telah mendaftar melalui saya, saya akan menghubungi anda melalui sms dan email untuk maklumat terkini.
Tuesday, March 27, 2012 0 comments

PUR Morning Ride - Ahad 25/3/2012

RV 7.45am. Setting basikal je dekat sejam...

Yeah... a Java with Italian flag

Aloo... Bilo nak gorak nih?

Since a Mercedes have to carry the Scuderia Ferrari, Alonso won Malaysia GP...

Sapo lambat - tinggal....

Live photographing... (Pro tak pa...)

Don't messing with the white shirt guy

Brompton hitam

Acara zig-zag sebelah bobby traps

At last - a UGO family...

Ash Burn (Ugo Hitam): Sejak bila ada Ugo separuh hitam separuh putih ni?
Akoo: Special edition (Ini Champion punya....)

Lepak nak minum air kelapa (tapi takda)

Taman Warisan Pertanian

Selamba je kayuh naik atas sampai Pok Gak marah...

The airborne Brommy 

At last, akoo join gak PUR punya Morning Ride. Tu pun letih travel Putrajaya-Kuantan-Gambang-Kuantan-Putrajaya tak abis lagi. Nasib baik la geng ni layan santai aje. So tak da la letih sangat. Kali ni dapat ride dalam 17km sahaja. Ni semua gara-gara perut sudah penuh masa makan nasi lemak kat Taman Warisan Pertanian. Tapi lepas tu sambung lagi minum kat Umai Cafe. Cuma yang tak best ride kali ini ada 3 eksiden telah berlaku. Semoga lepas ini lebih menjaga keselamatan.
0 comments

Fox Cave MTB Challenge 2012

Poster tells all

Maklumat lanjut sila (klik sini)
0 comments

Kayuh Kota Mara 2012 - 31 Mac


Maklumat lanjut sila klik (sini) dan (sini)
Sunday, March 25, 2012 0 comments

Jamboree MTB Kuntau - 17 Jun 2012


Maklumat lanjut: (Klik Sini)

Ada satu mesej kat Chat Box tu ajak join Jamboree Kuntau tapi tak da plak letak link. Mana nak carik details diorang ni. Tapi nasib baik la jumpa jugak kat bloglist Malaysia Cycling Event. So akoo post kat sini, korang bole klik kat link kat atas tu ye. Selamat berjamboree. (Bro Kuntau, nanti kalau letak mesej kat chatbox, letak la link sekali tau....) :)
0 comments

Putrajaya Inter Park Ride 15 - 1 April 2012

The poster tells everything


Route PIPR15

Untuk lebih lanjut sila layari Page Inter-Park Ride di Facebook. (Klik Sini)
Saturday, March 24, 2012 0 comments

Putrajaya MTB Jamboree




Details sila layari: Putrajaya MTB Jamboree

Peserta dan Kategori 

1) Terbuka ( Lelaki) ( 18-39 tahun)
2) Terbuka (Wanita) (18 tahun keatas)
3) Veteran (Lelaki  dan Wanita) (40 tahun keatas)
4) Junior (Lelaki dan Wanita) (12-17 tahun)

Syarat-syarat basikal:

1) Spesifikasi : 100% MTB
2)Tayar slick tidak dibenarkan
3) Sazi tayar 1.9 inci dan keatas


Lokasi :

Anggaran Jarak:

On Road    : 10%
Off Road    : 90 %

Mula / Tamat : Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya
* Peta laluan ( Route Map) akan dikeluarkan kemudian.

Yuran Penyertaan : RM 50 (T-shirt,Tag Basikal,Air & Snack,Makan Tengahari,Goodies Bag)

Yuran penyertaan boleh dibayar melalui akaun :

Nama        : RED CUBE RESOURCES
Bank         : CIMB Bank
No.Akaun : 1434-0001036-10-0

Kepada yang berminat boleh terus menghubungi :

Hp : Narin (019-3711662)/Syikin (013-2229020)
Email : putrajayamtbjamboree@yahoo.com/ nurulasikinr@yahoo.com
Fax: 0361869020

Tarikh Tutup Penyertaan   : 16 April 2012
Wednesday, March 21, 2012 0 comments

KNR 23/3/2012 - Share The Road


The poster tells everything...
0 comments

Selamatkah cyclist di jalan raya?


Nampaknya kemalangan maut pada Ahad lepas memberi impak atau penangan yang cukup kuat kepada rakyat Malaysia terutamanya seorang penunggang basikal ataupun cyclist. Banyak group, team dan orang perseorangan telah membuka mata dan menyeru kepada orang ramai untuk lebih peka terhadap keberadaan cyclist di atas jalan raya. Tetapi di Malaysia ini, adalah seorang cyclist selamat berada di jalan raya.

Banyak faktor perlu diambil kira. Keadaan jalan raya, behavioral pengguna jalan raya, kesesuaian menunggang (cycling) di jalan raya tersebut, faktor cyclist, kesedaran pengguna jalan raya, undang-undang jalan raya dan faktor cuaca. 

Pada pengamatan saya, kebanyakkan jalan raya di Malaysia ini terutamanya di bandar besar tidak sesuai dijadikan tempat berbasikal. Dengan tiadanya bahu jalan yang cukup luas, kenderaan yang banyak - tidak dapat memberi kelegaan 1.5 meter kepada cyclist, jalan yang berlubang-lubang, kenderaan yang laju, banyak simpang yang tidak tersusun dan tidak terancang (MRR2 banyak...- Pandan Indah-Pandan Jaya intersection contohnya), pencahayaan yang tidak baik pada malam hari, tiada lorong khas untuk pengguna basikal dan motorsikal. Jika kita lihat di Putrajaya pun, laluan untuk pejalan kaki dan cyclist adalah di atas bahu jalan dan bukan di jalan raya. 

Pendapat saya, di samping kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang adanya cyclist di situ tidak cukup jika jalan raya yang sesuai untuk cyclist tidak dapat diwujudkan. Jalan raya yang bahaya kepada cyclist juga perlu ditanda dan papan tanda peringatan terhadap cyclist perlu diadakan. Jika kita lihat di jalan raya seperti MRR2, kebanyakkan flyover ada papantanda yang menyatakan motorsikal tidak dibenarkan lalu. Seterusnya, undang-undang jalan raya perlu dikemaskini agar dapat memberi ruang dan peluang cyclist untuk terus berada di atas jalan raya dengan selamat. Ataupun mungkin demi menyelamatkan cyclist dari menjadi mangsa di jalan raya - haramkan mereka di jalan raya. 

Sekadar pendapat peribadi saya yang tidak membawa mana-mana pendapat pasukan atau persatuan. 
Tuesday, March 20, 2012 0 comments

Test Run Photo - 18 March 2012











































Test run untuk route yang acara yang bakal berlangsung pada 31 Mac 2012 - Kayuhan Sihat / Santai sempena World Earth Hour. Seramai kira-kira 19 cyclist mengambil bahagian termasuk geng folding Lembah Klang yang datang seramai 6 orang dari Klang dan Nilai. Peserta selain Meditop pada acara akan datang ini juga turut sama memberi khidmat percuma pada hari itu.

Terdapat beberapa findings terhadap jalan raya dan route tersebut. Perkara itu telah dibawa ke pengetahuan penganjur dan tindakan susulan akan diambil untuk memperbaiki keadaan. 
 
;