Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Tuesday, September 25, 2012

Sorang-sorang je layan PCP (22/9/2012)

Setelah malam yang penuh hujan dan padang di perkuburan Persint 20 pun digenangi air bertakung, kelihatan tidak ramai basikalis menyusuri laluan PCP. Geng BBS pula meredah hutan di Taman Rimba Alam - Sungai Merab dan akoo pula sibuk berkemas di rumah sebab Abah, Mak ngan Uwan nak datang tengah hari nanti.

Tapi mata ni dok perati je kat PCP dari tingkap. Oleh kerana suasana yang redup maka sesuai sangatlah nak meredah walaupun pada masanya matahari sudah tegak di kepala cuma awan menjadi perisai kepada panahan sinaran ultra violet. So selesai aje berkemas, akoo bersiap dan keluar rumah menuju ke PCP berseorangan.

Masa tu dalam 11.15 pagi. Di gazebo pertama ada juga beberapa basikalis sedang bersidai seperti sudah menamatkan acara masing-masing.

"Licin ke bang?" akoo bertanya.

"OK. Cuma ada tempat nak kena berhati-hati sikit"

Akoo pun turun. Slow je. Dengan ketidak-fit-tan akibat lama bercuti dari kayuhan jarak jauh ditambah pula fobia yang masih bersarang di dalam jiwa so kayuhan amat perlahan dan turun bukit dengan penuh hati-hati. Naik bukit tak yah cerita sebab pakai MTB kan... Mari Tolak Basikal sudah....

Lepas naik dari bukit panjang lepas Rock Garden

Sorang. Takde orang. Orang rehat sementara tunggu Jamboree Sungai Buaya kot esoknya. Sampai la ke gazebo yang bawah ni pun akoo sorang jugak lagi. Pace memang slow abis.

Pun sorang jugak tu.

Muncul la sorang brader pakai full-sus Specialized. Rasanya dia ada kat gazebo pertama tadi tengah lepak. Borak-borak khabarnya duduk Shah Alam kerja di UM kenalan kepada Zidan Pkum. Selang tak berapa lama datang lagi sorang full-sus Giant brader dari Nilai yang datang kayuh dengan isteri. Lepas tu kayuh bertiga plak. Cuma down-hill lepas melintas pipe line tu akoo hilang imbangan dan terpaksa melepas basikal serta landing dengan bersedia.

Nasib baik ada orang teman sekejap. Pastu semua pecut dan hilang.

Diorang ni laju. Lepak sekejap je. Pastu terus meluncur naik ke menara pandang last tu. Diorang kayuh, akoo menolak. Pastu tak jumpa dah. Trail tak berlumpur walaupun agak licin dengan tanah yang agak loose. Tapi tak de la sampai tayar jadi donat kacang macam kayuh dalam sawah. Lepas settle basuh basikal, akoo balik ke rumah. Pukul 12++ lebih jugak sampai. Ok la tu.

6 comments:

Din said...

Salam bro Joe, ko duk presint 5r6 ke? Tgk kat dlm album gmbr tu mcm ye jek. Leh join cycling pasni.

Joe Radzif said...

Bro Din,

Ye benar...
Bro dok mana?

add saya kat FB - Joe Radzif
aktive cyclist kat 5R6 ada 4-5 orang...
penunggu PCP ada 2-3 orang (kategori seminggu 3-4 kali masuk PCP)

Din said...

La..kita jiran rupanya. Saya duk blok 1. Ok, nanti saya add kat FB. FB saya - Din Xnine. Hahaha 'penunggu' yang x tahan tu. Bahaya gak trak PCP tu.

Joe Radzif said...

Bro Din,

rasanya Sabtu lepas bro ada kayuh petang kan?
siap pakai bladder...
kat traffic light tu bro naik kat path...

saya ada kayuh kat bulatan bawah tu naik ke traffic light.
cuba kejar bro tapi tak dapat...

Din said...

Haha tul la tu. Mmg ada kayuh sabtu lepas. bro duk blok brp? Tgk basikal lipat cam best gak, sempoi...

Joe Radzif said...

3...

malam nih cadang nak kayuh malam
start pukul 8.
kumpul kat lobi blok 3
at least ada la 2 orang
target malam nih 30km
nak join? - sms O|3-3O3 6644

Post a Comment

 
;