Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Sunday, July 8, 2012

Pahit Payau di Jamboree Kuntau - 17 Jun 2012

Jamboree terakhir yang akan akoo layan sebelum puasa dan juga sebelum orang rumah bersalin dalam bulan Julai ni. Mood dia pun nampak OK untuk lepaskan akoo gi berjamboree masa ni. So kira terbaik lah. Yang tak baiknya adalah akoo tak de buat training langsung. Kayuh pun seminggu sekali je skang ni. Tapi semangat punya pasal memang akoo ready awal nak gi jamboree ni. Basikal semua dah siap masuk kereta dari malam. Baju nak pakai, baju spare semua dah siap dalam capaian. 

Gerak pun on time. Sampai di meet point paling awal di Masjid Semenyih. Masa tu Yusri sampai kendian. Ipin, Duan ngan Lan sampai lambat skit. Apis memang tak yah tanya la. Gagal bukak mata. Pahit Payau baru nak start - helmet tinggal. Call member-member lain semua dah gerak plak. Takde helmet spare. Kat tempat parking akoo dah malas nak bersiap dah. Bebudak lain dah gi starting grid akoo dok pusing sana sini lagi. Tak keruan. Last-last akoo beli gak helmet Fox China dengan harga mahal. Hampeh. Tapi tu la yang paling murah. 

Start macam biasa kat belakang dengan Saudara Zul Fuji 29ers. Tapi starting je la sekali. Lepas tu masa tunggu hadiah baru jumpa balik. 42km ingat an selamba je. Rupanya naik turun bukit. Naik naik naik naik sekali turun. Pastu naik balik. Argh... Lepas 25km akoo cramp. Mulanya ada brader sapu yoko-yoko. Buleh la jalan sekejap. Sebelum cross jalan besar ada crew sembur spray. Lepas pada tu berkayuh dalam kepedihan la selama hampir 20km. So finisher jugak la akoo walaupun amik masa 4 jam lebih dengan nombor 873.

GTRiders di Kuntau

King IpinUpin

Bang Duan

King IpinUpin

Baru lepas kena spray dengan crew

Mentang fotografer ni kenal akoo, bontot pun nak diambilnya gambar

Cip dalam kehujanan

2 comments:

Anonymous said...

terbaek bro

Joe Radzif said...

terimo kasih...

Post a Comment

 
;